25 November 2010

penangan si yaya

  5 Komen    
Korang kenal siapa budak nama Yaya ni ? Ala, abang dia nama Aiman pehtu kakak dia nama Mia. Takkan tak tau lagi kot, yang mak bapak dia kerja doktor ada bukak klinik tu la. 


Korang tak kenal ke ? Aku secara rasminya telah terpaksa mengenali si Yaya ni disebabkan anak aku. Bukan boipren dia la, tapi tayangan kat astro ceria tu yang bertajuk 'Misi Yaya'.


Aku tak tau la apesal anak aku tersangat la berminat ngan tayangan Misi Yaya ni. Asal agak agak dekat jam 11 malam tu dia dah sibuk ambik remote astro tu pehtu cakap "Yaya Yaya". Nak suruh aku tukar channel la. Padahal waktu siaran tayangan tu pada jam 1.30 pagi. Sabtu ahad baru la jam 12.30 pagi.


Yang aku heran tu, anak aku yang berusia 2 tahun ni sanggup tunggu lak tu. Fanatik tul. Tapi yang menjadi mangsa selalunya aku la. Nak mintak aku teman dia layan misi Yaya tu sampai abis. Bila dah abis tayangan lak kekadang tu cam tak dapat nak menerima kenyataan lak tayangan dah abis. Siap nangis nangis lagi tu. Kalo citer tayangan lain tu bila dah abis tau lak dia cakap "da abis da".


Tapi sebagai seorang bapa mithali [yang bakal dicalonkan la] aku layan la jugak kekadang tu. Kekadang aku lari cecepat masuk bilik ataupun aku menyusup tanpa dia sedar. 


Pelik gak bila nak pikir minat dan kegemaran anak ni. Kekadang tu sampai penin gak. Lelebih lagi mama dia la. Tak larat nak mengemas rumah katanya. Dinding rumah aku leh kata keliling ada dia punya 'grafiti'. 


Walau bagaimana pun, aku tak pernah menghalang anak aku tu dari mempamirkan segala kekreativiannya dalam apa jugak perkara yang dia suka. Sebab kekadang tu menghiburkan hati gak. Kalo tak percaya tengok antara koleksi video yang aku sempat rakam aksi anak aku yang sorang ni. Selamat berhibur. Layann..



Related Posts:

  • Projek cuti sekolah Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mendung je petang ni di bandaraya Ipoh. Bagi rakan-rakan yang terjejas banjir tu mudah-mudahan bersabar dengan … Read More
  • Remaja dan keterujaan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap makhluk terutamanya yang bergelar manusia semuanya pernah melalui satu fasa yang penuh dengan keterujaan… Read More
  • Akhir zaman Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala kesyukuran dan pujian bagi ALLAH yang mengizinkan kita semua untuk terus menikmati segala kurniaan-NYA m… Read More
  • Piagam Pelanggan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam baru 34 minggu usia kehamilan isteri aku. Kami ke unit O&G Hospital Raja Perempuan Bainun untuk ruj… Read More
  • Cobaan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alam yang luas ini sudah tentu ada yang mentadbirnya dengan begitu teliti sekali. Setiap detik dan saat terhada… Read More

5 comments:

  1. heheheeh cuter nye dia!!! dah besar leh amek kokorikulum bahagian "kebudayaan" . ada menari2 :P
    btw she's so cute!

    ReplyDelete
  2. terima kasih dan syukur pada Allah kerana menganugerahkan kami seorang anak yang kiut dan menghiburkan hati.

    terima kasih atas pujian yang diberikan.

    ReplyDelete
  3. kalo nak mengikuti budak comel tu, bole la singgah kat

    http://qiqikiut.blogspot.com

    (^_^)

    ReplyDelete
  4. Hey, know About Jessica Barden biography? Visit Our page or Secrets Of Jessica Barden! Do You Know?

    ReplyDelete