Korang kenal siapa budak nama Yaya ni ? Ala, abang dia nama Aiman pehtu kakak dia nama Mia. Takkan tak tau lagi kot, yang mak bapak dia kerja doktor ada bukak klinik tu la.
Korang tak kenal ke ? Aku secara rasminya telah terpaksa mengenali si Yaya ni disebabkan anak aku. Bukan boipren dia la, tapi tayangan kat astro ceria tu yang bertajuk 'Misi Yaya'.
Aku tak tau la apesal anak aku tersangat la berminat ngan tayangan Misi Yaya ni. Asal agak agak dekat jam 11 malam tu dia dah sibuk ambik remote astro tu pehtu cakap "Yaya Yaya". Nak suruh aku tukar channel la. Padahal waktu siaran tayangan tu pada jam 1.30 pagi. Sabtu ahad baru la jam 12.30 pagi.
Yang aku heran tu, anak aku yang berusia 2 tahun ni sanggup tunggu lak tu. Fanatik tul. Tapi yang menjadi mangsa selalunya aku la. Nak mintak aku teman dia layan misi Yaya tu sampai abis. Bila dah abis tayangan lak kekadang tu cam tak dapat nak menerima kenyataan lak tayangan dah abis. Siap nangis nangis lagi tu. Kalo citer tayangan lain tu bila dah abis tau lak dia cakap "da abis da".
Tapi sebagai seorang bapa mithali [yang bakal dicalonkan la] aku layan la jugak kekadang tu. Kekadang aku lari cecepat masuk bilik ataupun aku menyusup tanpa dia sedar.
Pelik gak bila nak pikir minat dan kegemaran anak ni. Kekadang tu sampai penin gak. Lelebih lagi mama dia la. Tak larat nak mengemas rumah katanya. Dinding rumah aku leh kata keliling ada dia punya 'grafiti'.
Walau bagaimana pun, aku tak pernah menghalang anak aku tu dari mempamirkan segala kekreativiannya dalam apa jugak perkara yang dia suka. Sebab kekadang tu menghiburkan hati gak. Kalo tak percaya tengok antara koleksi video yang aku sempat rakam aksi anak aku yang sorang ni. Selamat berhibur. Layann..
penangan si yaya
Related Posts:
Mungkinkah akan bertemu lagi ? Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dira… Read More
Barang larangan ? Asalkan cukai dibayar mungkin boleh dijual On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea … Read More
Jangan lupa Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati da… Read More
Duit raya Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat… Read More
Tiket habis ? On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea… Read More
heheheeh cuter nye dia!!! dah besar leh amek kokorikulum bahagian "kebudayaan" . ada menari2 :P
ReplyDeletebtw she's so cute!
haha..comel giler
ReplyDeleteterima kasih dan syukur pada Allah kerana menganugerahkan kami seorang anak yang kiut dan menghiburkan hati.
ReplyDeleteterima kasih atas pujian yang diberikan.
kalo nak mengikuti budak comel tu, bole la singgah kat
ReplyDeletehttp://qiqikiut.blogspot.com
(^_^)
Hey, know About Jessica Barden biography? Visit Our page or Secrets Of Jessica Barden! Do You Know?
ReplyDelete