26 November 2010

ada aku kesah ?

  1 komen    
Satu masa dulu aku bergerak aktif jugak dalam aktiviti berblog ni. Kemudian telah menarik diri secara drastik dari dunia dihujung jari ni atas beberapa sebab yang munasabah dan tak berapa masuk akal.

Dan kini aku telah kembali cuba untuk mengaktifkan diri secara ekslusif. Mula balik nak berjinak jinak [liar kot sebelum ni] dengan segala perkhidmatan yang ada dalam dunia maya ni. Tapi tak la semua sangat pun. 

Ramai gak satu masa dulu yang tanya mane aku hilang. Tapi aku diamkan diri je. Kekonon macam orang nak pegi bertapa la. Padahal aku malas sebenarnya. Bukan malas sebab aku malas fizikal dan mental. Cuma tumpuan aku masa tu lebih pada kerjaya dan kehidupan realiti. 

Sekarang ni kalo nak kira kira aku rasa baru sebulan lebih aku berkecimpung kembali dalam dunia maya ni. Menggunakan perkhidmatan internet dan lain lain. Alasan aku :

  • Aku dah beli laptop baru, kalo tak digunakan takkan nak buat tukun pulak.
  • Aku dah melanggan perkhidmatan internet yang perlu aku bayar setiap bulan, kalo aku tak mempergunakan apa yang aku dah bayar ni buat apa aku nak membazirkan duit camtu je. 
  • Aku suka membaca. Ni salah satu hobi aku dari kecik. Dalam internet ni kan banyak yang boleh dibaca. T&C tu pun kadang kadang aku baca tiap perkataan dia sampai isteri aku cakap aku ni terlalu detail kalo bab membaca ni. 
  • Aku bukan nak mencari glamer tapi sekadar berkongsi maklumat dan pandangan umum, so tak salah pun ye tak ? 
Tu antara alasan aku sendiri la. Kalo ada orang lain nak cakap alasan aku tu tersangat naif, ada aku kesah ?



Related Posts:

  • rummanAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung. Semalam aku menerima surat pelarasan harga pak… Read More
  • solat jumaat Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Semakin lama semakin panas isu 'bersih' tu. Tak tau la es… Read More
  • kadang-kadangAssalamualaikum, salah sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang sudi singgah ke sini. Sepanjang dua minggu … Read More
  • wordless wednesday - perhimpunan haram ?? … Read More
  • kuala kangsar (siri 3)Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Kalau tengok berita kelmarin, antaranya pasal pilihanraya … Read More

1 comment:

  1. perdulikan apa org kata, yg penting kene enjoy berblogging..:)


    PESANAN PENAJA :

    Undi blog "THE BEAUTY IN UGLY" untuk Blog Personal Lelaki Pilihan (nombor 9 dari atas) kat sini
    -------> http://bpm-undi.blogspot.com/

    (guna semua browser yg ada..hehe)

    ReplyDelete