Showing posts with label nightmare. Show all posts
Showing posts with label nightmare. Show all posts

19 April 2011

malam seram

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung. Lambat sikit update hari ni. Maklum la bila cuti kerja ni boleh nak sambung tidur bangun lewat sikit. 

Hari ni cuti sempena hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ke 83 tahun. Baginda sultan diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, Perak. Ditabalkan menjadi Sultan Perak pada tanggal 9 Disember 1985 sebagai sultan yang ke 34 untuk memerintah rakyat negeri Perak ni.

Malam tadi aku sekeluarga tidur lewat selewatnya. Bukannya ada pesta atau melepak kat mane mane pun. Tapi sekadar duduk kat rumah melayan cerita seram kat internet. 




Bermula tayangan seawal jam 9 malam, anak aku layan cerita hantu kak limah balik rumah. Orang lain dah abis kisah pasal hantu kak Limah ni, aku pulak baru nak tengok. 


Lepas abis tengok Hantu Kak Limah tu, tutup semua lampu dalam rumah hanya tinggal cahaya dari lampu jalan diluar rumah dan cahaya bulan mengembang penuh je.



Seram pertama dimulakan dengan filem bertajuk The Ghost lakonan Kim Ha-Neul dan Gi Ju-Bong. Boleh tahan jugak la tahap kesaspenan yang diserapkan dalam jalan cerita filem ni.


Lepas abis menyeramkan diri dengan filem The Ghost tu, sambung pulak dengan satu lagi filem seram Korea yang bertajuk Gawi atau Nightmare. Walaupun mata dah mengantuk nak terpejam pejam, tapi sebab dalam masa yang sama menemankan anak aku yang menonton sama terpaksa jugak la menambahkan keseraman.

Secara keseluruhannya boleh tahan jugak la. Kemungkinan sebab dah melepasi tahap umur takut pada ketakutan, walau seseram mana pun filem yang ditayangkan tu tak la sampai mempengaruh perasaan dan khayalan aku. Berbeza masa aku bebudak dulu. Bila peh tengok citer seram sikit, nak pegi bilik air pun takut.

Aku jarang sebenarnya tengok YouTube tu. Tapi banyak jugak kelebihannya yang tak pernah aku terpikirkan selama ni. Dulu aku sangka kat YouTube ni hanya video pendek pendek je. Rupanya keseluruhan filem pun ada dalam YouTube ni. 

Tak payah daftar Astro First, tak payah beratur beli tiket wayang, tak payah kontrol hensem duduk depan skrin. Walaupun mutu gambar dan audio mungkin kurang berkualiti tapi sekurang kurangnya bagi bukan kaki filem tegar macam aku ni, tu semua pun dah cukup dari lebih. 

Lepas ni nak layan filem apa pulak ? Oh tidak, esok dah mula kerja semula.