Showing posts with label The Walking Dead. Show all posts
Showing posts with label The Walking Dead. Show all posts

02 April 2012

Hati seorang bapa

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Bagi yang di ibukota yang mengalami masalah banjir kilat tu diharap bersabar je la dengan ujian dari Allah ni.

Entri hari ni bukan la ditujukan khas untuk kaum bapa je tapi boleh juga digunapakai oleh semua untuk menjadi panduan dan peringatan sepanjang hayat. InsyaAllah mudah mudahan perkongsian kita hari ni dapat memberikan banyak manfaat buat semua.


Jumaat yang lepas ketika menonton siri The Walking Dead, aku tertarik pada satu dialog antara Hershel (Scott Wilson) dan Glenn (Steven Yeun) bilamana Hershel menyerahkan jam poket miliknya yang diwarisi dari ayah dan datuknya sambil menyatakan pendiriannya dalam perhubungan Glenn dan anak perempuannya, Maggie (Lauren Cohan).

Bila aku fikir fikirkan semula apa yang dikatakan oleh Hershel tu, ada betulnya jugak. Sebagai seorang bapa kepada seorang anak perempuan, dah semestinya seorang bapa itu mahukan seorang lelaki yang terbaik bagi menggantikan tugasnya untuk menjaga anak perempuannya tu. 


Sebelum ni aku sendiri tak pernah terfikir sampai ke tahap tu. Bila pertama kali naik pangkat menjadi seorang bapa, aku hanya memikirkan untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang terbaik untuk anak aku tu. Begitu jugak dengan layanan sepanjang tumbesarannya. Dah tentu aku nak memberikan yang terbaik jugak lebih dari apa aku sendiri pernah terima.

Orang kata hidup ni ibarat putaran roda. Apa yang kita alami sekarang ni, ada yang terlebih dulu dari kita dah merasainya. Begitu jugak akan datang, pasti akan ada yang bakal mengalami apa yang kita pernah rasai sekarang. 


Sebagai bapa, semestinya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Bila tiba masa anaknya tu nak mendirikan rumahtangga, pastinya hati seorang bapa tu tak sebegitu mudah untuk melepaskan anaknya kerana risaukan adakah anaknya akan menerima yang terbaik dari bakal pasangannya. 

Memang jarang untuk kaum lelaki ni menyuarakan isi hati tak kira apa situasi sekalipun. Tapi hendaknya kita fikirkan sejenak, bagi para suami yang mengambil alih amanah tanggungjawab dari seorang bapa pada anak perempuannya, adakah kita sudah menunaikan kewajipan kita pada tahap yang terbaik ? 


Atau kita melampau lampau menggunakan kuasa sebagai suami dengan berbuat apa sahaja mengikut kemahuan kita terhadap isteri kita yang dahulunya anak perempuan tanggungan bapa mertua kita sedangkan dahulu bapa mertua kita tidak pernah memperlakukan anak perempuan mereka seperti yang kita lakukan ?

Bagi bakal bakal menjadi suami tu pulak, sentiasa la ingat untuk menjadi yang terbaik bagi bakal bakal isteri tu. Kalau boleh, dekati bakal bapa mertua tu dengan sebaiknya. Selami hati dan jiwa bakal bapa mertua kita tu. Pelajari dari mereka apa yang seharusnya dilakukan bila nanti sah menjadi suami buat anak perempuan mereka.

InsyaAllah andai kita sentiasa beringat tentang perkara sebegini, sudah pasti hidup berumahtangga akan menjadi lebih harmoni. Jadilah anak yang terbaik buat ibu bapa kita. Jadilah ibu bapa yang terbaik untuk anak anak kita dan jadilah pasangan yang terbaik untuk pasangan kita sendiri barulah akan terasa kemanisan sakinah yang kita cari tu.



10 March 2012

The Walking Dead

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Cuti sekolah penggal pertama dah bermula, hampir seminggu lebih ni harap harapnya bagi adik adik bersekolah tu jangan menyalahgunakan pulak cuti sekolah ni.


Setelah penantian selama berbulan bulan, akhirnya malam tadi bermula kembali episod sambungan yang dinanti nantikan dari siri The Walking Dead. Dua minggu sebelum ni saluran Fox Movie Premium kat astro asyik ulang marathon episod terdahulu je. 


Episod yang terbaru ni dikatakan lebih mengikut jalan cerita seperti di dalam penulisan komik asalnya berbanding dengan jalan cerita yang telah sedikit digubah pada episod awal pada tayangan tahun lepas. 


Agak mengejutkan jugak pada episod terakhir musim lepas bila misteri kehilangan Sophia akhirnya terjawab dengan kemunculannya sebagai zombie yang dikurung bersama dengan zombie lain yang dikurung dalam bangsal milik Hershel.


Dengan alasan zombie yang dikurung itu masih bersifat manusia dan memerlukan rawatan yang sesuai, Hershel menyembunyikan perkara tu dari pengetahuan kumpulan Rick sampai la terkantoi ditemui oleh Glenn ketika mencari tempat sesuai untuk berdating. 


Lepas kejadian 'penghapusan' zombie kurungan milik Hershel, dia yang tak puas hati bertindak menyuruh Rick dan ahli kumpulannya untuk meninggalkan kawasan rumah dia yang dijadikan penempatan berlindung sementara dalam perjalanan menuju ke Fort Benning.


Dalam kalut kalut tuduh menuduh antara satu sama lain, Hershel menghilangkan diri pulak. Rupanya dia pegi mabuk mabuk seorang diri di sebuah bar kerana kesedihan mengenangkan kehilangan ahli keluarga dan kebodohannya mengharapkan ahli keluarga yang bertukar menjadi zombie tu akan sembuh.


Selepas ditemukan oleh Rick dan Glenn yang keluar mencarinya, tiba tiba muncul pulak dua orang lelaki nak mintak perlindungan kat rumah Hershel setelah diorang bagitau Fort Benning sudah ditawan zombie. Tapi bila Rick tak nak percaya tiba tiba salah sorang dari lelaki tu keluarkan pistol tapi Rick lebih pantas lagi lalu menembak kedua dua lelaki tu.


Nak jadi cerita pulak, anak perempuan Hershel tiba tiba sakit dan Lori dengan sukarelanya menawarkan diri untuk mencari dan memberitahu kepada Hershel keadaan anaknya tu malangnya dalam perjalanan tu dia terlanggar seorang zombie lalu menyebabkan kereta yang dipandunya terbalik kemalangan.


Macam biasa pada setiap episod, tengah sedap sedap melayan jalan cerita rupanya dah sampai ke penghujung meninggalkan penonton dalam keadaan tertanya tanya plot plot cerita yang seakan tergantung dan menjadi persoalan kenapa dan bagaimana dan bla bla bla..(malas dah aku nak huraikan panjang panjang)


Cuma yang agak rasa tak puas hati, Rick tu macam poyo je dalam keadaan 'darurat' camtu pun masih lagi nak berpakaian uniform sheriff dia tu. Shane pulak entah kenapa panjang riwayat hidupnya, mungkin sebab dia bawak watak yang agak jahat kot. Hehehe..




19 October 2011

WW - The Walking Dead






Pelakon utama :


Andrew Lincoln sebagai Rick Grimes
Jon Bernthal sebagai Shane Walsh
Sarah Wayne Callies sebagai Lori Grimes
Norman Reedus sebagai Daryl Dixon
Laurie Holden sebagai Andrea
Jeffrey DeMunn sebagai Dale Horvath
Steven Yeun sebagai Glenn
Chandler Riggs sebagai Carl Grimes
IronE Singleton sebagai T-Dog


Waktu tayangan @ Starmovies ch 413 :

Episod 1 - Ahad, 23 Okt @ 11pm
Episod 2 - Jumaat, 28 Okt @ 11pm
Episod 3 - Jumaat, 4 Nov @ 11pm
Episod 4 - Jumaat, 11 Nov @ 11pm
Episod 5 - Jumaat, 18 Nov @ 11pm
Episod 6 - Jumaat, 25 Nov @ 11pm
Episod 7 - Jumaat, 2 Dis @ 11pm