15 October 2024

Bangunan Seri Kinta

  Tiada Komen    

Aku bermastautin di Ipoh ni dah agak lama jugak la. Sejak dari tahun 1998 lepas tu ada la lari ke negeri lain sekejap dan kembali ke Ipoh semula masa tahun 2003 kalau tak silap. Sejak dari tu, Ipoh ni kira dah jadi ala-ala my hometown konon.

Macam mana berkembang pesatnya negara Malaysia, Bandar Ipoh pun tak terkecuali menerima pembangunan dan kemodenan. Bagusnya, beberapa bangunan lama yang ada di bandar Ipoh dan sekitarnya di pelihara dan dijadikan bangunan warisan. 

Bangunan-bangunan baru pun boleh tahan la banyak dibina selagi muat. Tempat tarikan pun banyak untuk korang melawat. 

Dalam banyak-banyak bangunan atau kompleks awam yang ada kat Ipoh ni, satu ni je antara yang aku tak pernah masuk. Bangunan Seri Kinta. Nama je duduk Ipoh lama tapi tak pernah masuk Seri Kinta. 


Super Kinta (sekarang dah jadi UTC) tu biasa sangat. Jusco Kinta pun selalu. Tapi bangunan Seri Kinta ni memang tangga dia pun aku tak pernah pijak.

Mungkin takde kepentingan bangunan tu pada aku atau aku ni yang tak berkepentingan untuk berada dalam bangunan tu. Apa yang aku tau, kat situ ada pejabat MARA dengan wayang Bollywood. Nak layan filem hindustan ke filem tamil ke kat situ la.


Cuma Ipoh masih lagi belum jadi bandar 24jam la. Maknanya orang-orang Ipoh kebanyakannya masih lagi manusia waras yang perlukan rehat tidur di waktu malam.

Moh le komer ke Ipoh. Ngajak free je, tapi komer nak makan ke nak ke mana ke bayor ler sendiri. Tu je nak ngaborkan. 

Related Posts:

  • kalau tak malu...dipersilakanAMARAN : ENTRI INI MUNGKIN AKAN MENYINGGUNG PERASAAN. Salam mesra selamat hari jumaat buat semua pengunjung dan pembaca. Dah nampak amaran kat atas … Read More
  • tahniah....anda terpilih Salam isnin buat semua pembaca. Hari ni bersamaan 14 Februari agak kontroversi sikit gamaknya. Kononnya hari ni adalah hari untuk memperingati kekasi… Read More
  • sumbang mambangCuti sempena tahun baru cina yang lepas mesti ada ramai yang ambik peluang melansungkan perkahwinan kan ? Termasuk la salah seorang kejiranan berhampi… Read More
  • mesej dalam laguSelamat hari selasa dan salam maulidurrasul buat semua rakan rakan pembaca yang dihormati. Kalau semalam agak panas dengan isu sambutan hari valentine… Read More
  • telur jepun atau tofu telur ?Salam mesra buat semua pembaca. Apa perancangan untuk hari ni ? Bersantai dengan keluarga kat rumah je atau pergi makan angin kat luar ? Entri hari ni… Read More

0 comments:

Post a Comment