22 April 2016

Setelah Sekian Lama

  Tiada Komen    
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua mudah-mudahan kita semua diberikan kenikmatan hidup dan keberkatan rezeki sepanjang perlajanan usia kita di dunia ini.

Sudah agak lama juga laman blog ni ditinggalkan. Alhamdulillah dengan sedikit waktu yang dipinjamkan ini akan dimanfaatkan dengan sebaiknya. 


Semalam aku berkesempatan mengikuti satu pengajian. Antara isi pengajian tersebut yang dikupaskan oleh tuan guru, kita sebagai muslim adalah ummah yang terbaik. Namun untuk yang menjadi yang terbaik itu bukanlah percuma. 

Kita menjadi terbaik apabila kita menyeru orang untuk melakukan kebaikan dan menegah orang lain dari melakukan keburukan. 

Ada sesetengah orang, bila dia merasakan dirinya sudah beriman, melakukan suruhan dan perintah Allah dalam beribadah, solatnya tidak pernah 'miss', puasanya bukan sekadar yang wajib, zakat tidak pernah culas, pergi haji melebihi satu kali, dia merasakan itu semua sudah cukup terbaik dari orang lain disisi Allah.

Sebenarnya jika begitu, kita sebenarnya terlupa. Sebagai seorang mukmin, sebagai seorang muslim, tidak sepatutnya kita bersikap melepas diri atau mementingkan diri. Biar sahaja orang lain melakukan dosa dan maksiat asalkan tidak diri kita.

Tidak seharusnya kita berfikiran sebegitu. Sebagai mukmin dan muslim, harusnya kita saling ingat memperingati, tegur menegur, nasihat menasihati antara satu sama lain. 

Memang susah hendak mengikis sikap tidak memperdulikan orang lain kepada ambil berat dan ambil tahu mengenai orang lain. Alasan mudahnya, kita tidak perlu campur tangan dalam urusan orang lain atau tidak perlu 'menjaga tepi kain orang'.

Namun perlu kita ingat, andainya bukan kita yang memulakan. Andainya bukan kita yang menegur, memperingat, menasihat ke arah kebaikan, adakah akan ada orang lain yang akan melakukannya ?

Jangan kita lupa, sekiranya Allah hendak menimpakan sesuatu bala ke atas sesebuah negeri kerana berleluasanya kejahatan dan kemungkaran, tidaklah yang ditimpakan bala itu hanya kepada pelakunya sahaja malah ianya akan ditimpakan kepada seluruh penduduk yang ada di situ walaupun terdapat ahli abid di sana hanya kerana kurangnya orang yang mencegah dan lebihnya orang yang membiarkan sahaja.



Related Posts:

  • sehari 500 kunjungan Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Malam tadi teras… Read More
  • Kerja oh kerja Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Alhamdulillah pagi ni cuaca di bandar Ipoh agak cerah ber… Read More
  • Fruttare dikala panas Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati da… Read More
  • Lelaki ke neraka akibat wanita ? Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua mendapat rahmat da… Read More
  • Piala Sultan Azlan Shah edisi ke 21 Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung bersama keluarga atau rakan rakan tak kira di mana juga anda semua berada mudah mud… Read More

0 comments:

Post a Comment