21 September 2014

Tips : Bagasi dan penerbangan

  1 komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu masa dahulu orang kebanyakan macam aku ni hanya mampu untuk memasang impian untuk berada disebalik awan memutih yang berlatarkan langit biru melintasi sempadan-sempadan negeri dan negara dengan menaiki pesawat terbang.

Waktu itu hanya mereka yang benar-benar berkemampuan yang mampu untuk merasai semua itu. Namun ianya tidak lagi menjadi satu kemustahilan pada zaman sekarang ini. 

Sejak sistem bayar dulu terbang kemudian diperkenalkan, semakin ramai yang boleh menjadikan impian untuk berada disebalik awan itu satu kenyataan tidak kira usia, pangkat mahupun darjat.



Tiket sudah dibeli. Perancangan perjalanan juga sudah dipersetujui. Semua dokumen telah disediakan. Tarikh penerbangan semakin hampir. Cuma tinggal beg yang perlu untuk diisi. Apa yang nak disumbat dalam beg nanti ? Macam mana nak menguruskan bagasi ? Jom kita kongsi sikit tips.

Tips pertama : Pakaian keperluan yang mencukupi.

Ada orang yang mewah dengan pakaian. Kalau kat rumah tu mungkin ada yang sampai terpaksa memiliki dua almari untuk menyimpan semua pakaian yang ada. Tapi bila nak terbang ke mana-mana, tak perlu la angkut segalanya yang ada dalam almari tu. 

Bergantung pada kesesuaian perjalanan dan berapa lama kita berada di destinasi yang dituju, cukup hanya beberapa pasang pakaian yang boleh dibasuh dan dipakai semula. 

Jadi tak perlu la beg yang terlalu besar dan terpaksa membawa berat berlebihan pula. Perlu diingat, ada syarikat yang membenarkan penumpangnya membawa bagasi di bawah muatan yang dihadkan dengan percuma dan ada juga syarikat yang mengenakan bayaran terhadap bagasi yang dibawa.

Tips kedua : Pengasingan mengikut jenis.

Mengasingkan barangan yang dibawa di dalam bagasi juga adalah satu keperluan  ketika menguruskan bagasi. Selain memudahkan kita untuk mencapai atau mengambil sesuatu yang kita perlukan, ianya juga memudahkan urusan pemeriksaan keselamatan ketika di terminal lapangan terbang.

Sebarang barangan berbentuk cecair tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat kecuali dengan pengesahan pegawai keselamatan yang bertugas. Jadi sebab tu la lebih mudah kalau setiap barang disusun dan diasingkan mengikut kategori masing-masing.


Tips ketiga : Aspek keselamatan.

Elakkan dari memasukkan barangan yang rapuh dan mudah rosak di dalam bagasi. Kalau nak bawak jugak, perlu la dibawa ke dalam kabin pesawat dengan beg yang lebih kecil.

Selain itu, pastikan bagasi milik kita berkunci. Kalau tiada kunci, pastikan ianya tidak mudah untuk dibuka. Terpulang la samada nak diikat dengan tali atau dibalut dengan plastik pembalut lut sinar.

Tidak lupa juga, pastikan bagasi milik kita tu bertanda. Ikatkan dengan riben atau sebagainya. Kalau boleh lekatkan pelekat nama yang lengkap beralamat yang mudah dihubungi lebih bagus walaupun ianya kelihatan seperti mendedahkan privasi kita sendiri.

Ok la, tu je tiga tips yang aku nak kongsikan dalam entri kali ni sebagai panduan kita bersama. Perlu kita ingat, barang kita adalah hak kita. Kalau bukan kita yang berusaha menjaganya, siapa lagi yang kita nak harapkan.

Dan perlu juga kita tahu, seandainya berlaku sebarang masalah seperti kerosakan bagasi ataupun kehilangan bagasi, segeralah melaporkan ke pejabat tuntutan bagasi dengan menampilkan bersama segala dokumen perjalanan kita pada hari tersebut.




Related Posts:

  • Akhir zaman Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala kesyukuran dan pujian bagi ALLAH yang mengizinkan kita semua untuk terus menikmati segala kurniaan-NYA m… Read More
  • Tips : Bagasi dan penerbangan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu masa dahulu orang kebanyakan macam aku ni hanya mampu untuk memasang impian untuk berada disebalik awan me… Read More
  • Remaja dan keterujaan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap makhluk terutamanya yang bergelar manusia semuanya pernah melalui satu fasa yang penuh dengan keterujaan… Read More
  • Rumah Allah vs Rumah Kita Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rata-rata secara umumnya kita ni semuanya pernah menjejakkan kaki ke masjid. Tidak kiralah samada kerap atau ha… Read More
  • Kalau nak jadi punca Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saban hari pasti ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang kita dengar, lihat atau baca samada melib… Read More

1 comment: