02 September 2013

Kongsi malap

  3 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seronok beraya sakan sampai lupa nak kemas kini blog. Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan aktiviti berkongsi minda di alam maya ni.

Cakap pasal kongsi ni umumnya kita dah sedia maklum antara salah satu medium perkongsian tak lain tak bukan adalah melalui penggunaan internet. Berbagai perkara yang boleh dikongsikan.

Itulah yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Dari sekecil-kecil maklumat hinggalah kepada rahsia-rahsia yang tidak lagi menjadi rahsia. Dari maklumat yang diketahui sendiri sampailah ke tahap hanya menyebarkan tanpa usul periksa.


Tak terkecuali juga dalam dunia blogging. Kalau suatu masa dulu mungkin penulisan di alam maya ni lebih menjurus kepada hobi, perkongsian ilmu dan luahan minda melalui teks tanpa mengharapkan keuntungan, berbeza dengan dunia blog hari ini yang kebanyakannya menjurus ke arah keuntungan.

Memang tidak salah untuk kita menjana pendapatan melalui penulisan blog malah andainya kemahiran kita lebih menjurus dalam penulisan yang baik itu lebih digalakkan.

Cuma yang menjadi masalah apabila perkongsian itu adalah semata-mata mengharapkan penjanaan keuntungan tanpa memikirkan keberkatan pendapatan itu sendiri.


Dengan isu plagiat hasil nukilan orang lain, penyebaran fitnah tanpa usul periksa (dengan alasan mengaut sumber dari pihak lain), melebarkan aib orang lain ke serata dunia, berkongsi pendedahan aurat orang itu dan orang ini dengan harapan apa yang dikongsiakan itu mendapat sambutan hangat dari segenap penjuru dunia agar dari situ berduyun-duyun manusia memberikan kadar trafik yang tinggi kepada blog tersebut seterusnya meningkatkan punca pendapatan pemilik blog itu sendiri.

Ingat ingat, hasil yang tidak halal tempatnya di neraka. Takut-takut dalam kita mengejar keuntungan, kita terbabas dalam menetapkan standard punca rezeki kita sehari-hari. Itu yang namanya kongsi malap.




Related Posts:

  • Diserang pengganas Anonymous Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam limpahan rahmat dan apa juga yang ki… Read More
  • Kongsi malap Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seronok beraya sakan sampai lupa nak kemas kini blog. Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk menerusk… Read More
  • Pendapatan dari blog Perkara pertama yang selalu korang pikir masa memula nak berblog ape benda ? Apa tujuan korang menyertai komuniti blogger ni ? Kenapa korang berblo… Read More
  • 1.3 juta dalam masa tiga hari Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Al… Read More
  • Alhamdulillah Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dikurniakan rahmat dan keberkatan dari ALLAH… Read More

3 comments:

  1. Jalan mudah untuk mengejar trafik dengan cara yang salah.

    ReplyDelete
  2. Tak salah copy, tapi bukan secara bulat-buat. Isu yang sama, tapi isi perlu diolah semula. Yang tu baru betul nak copy.

    ReplyDelete
  3. jenis plagiat ni yang buat haru dunia blog.

    jauhkan aktiviti plagiat ni

    ReplyDelete