Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah dalam apa juga yang kita lakukan.
Beberapa hari lepas aku ada terbaca dalam akhbar berkenaan peratusan kemalangan jalanraya di negara kita ni dimana 87% adalah berpunca dari sikap pemandu atau pengguna jalanraya itu sendiri.
Memang tak dapat nak dinafikan kalau diletakkan puncanya 100% adalah dari kecuaian dan kesilapan manusia yang bergelar pemandu atau pengguna atau penyelenggara atau pembina jalanraya itu sendiri.
Namun begitu sebagai makhluk yang terbaik diciptakan Allah dengan memiliki akal fikiran melebihi dari makhluk yang lain, gunakanlah akal kurniaan Allah itu dengan sebaik mungkin.
Aku juga salah seorang pemandu dan pengguna jalanraya. Alhamdulillah sejak dari menjadi penumpang, kemudian memandu sendiri bermula dari kayuhan basikal seterusnya kenderaan berenjin, belum pernah lagi terlibat dalam kemalangan ngeri kecuali beberapa kemalangan kecil yang tidak melibatkan kecederaan parah.
Bagaimanapun aku pernah menyaksikan sendiri beberapa siri kemalangan berlaku di depan mata. Termasuklah beberapa siri hampir terjadinya kemalangan dan pastinya semua berpunca dari kecuaian dan kesilapan pemandu atau pengguna jalanraya itu sendiri.
Adakah jalanraya di negara kita benar benar tidak selamat ? Atau apakah pemandu atau pengguna jalanraya di negara kita memang tidak berhemah ?
Kelalaian manusia adalah faktor kemalangan jalan raya. Malu sebagai rakyat Malaysia sikap memandu belum sampai tahap berhemah bayangkan AES yang dipasang pun cuba diusik dan ada berpura-pura memandu mematuhi kelajuan.
ReplyDeleteApa yang berlaku adalah pemandu menekan minyak sebelum jumpa dan selepas melintas AES.
assalamualaikum pipoq...kalau dah memandu laju pasti akan berlaku kemalangan yg tidak diingini...:)
ReplyDeleteAmbe rase sbb sikap manusia. Sesuai sgt dgn "tgn manusia yg merosokkan bumi.."
ReplyDeletesatu benda yang aku tak puas hati tentang dia orang dah merah pun nak jalan lagi, apa dia orang ingat kuning itu tekan minyak
ReplyDeletesikap pemandu itu sendiri, rasanya jalan raya di Malaysia boleh dikatakan baik.. :)
ReplyDeletemcm sy..sy ngaku..masa terlibat dalam accident beberapa bulan yg lepas, mmg silap saya..leka..fikiran merewang ke arah lain sampaikan kereta datang pun tak perasan..huhu..
peratus kemalangan yang tinggi biasanya disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri..jadi, masing-masing kena beringat..ingatlah orang tersayang..tak gitu bro?
ReplyDeleteperangai driver kat malaysia ni yg kurang ajar...facility jalan world class, tapi mentaliti hazab, susah la
ReplyDeletesebenarnya peratusan ia lebih banyak kerana sikap pemandu itu sendiri.kalau memandu secara berhemah dan berhati2, kemalangan pasti dapat dielakkan.. tapi pemandu kita ni selalu memandu mengikut emosi. tu yang bahaya tu
ReplyDeletekadang2 faktor jalan raya juga menjadi penyebab...
ReplyDeletepernah ada mat motor sebelah tiba2 tergelincir di tengah jalan..
lopak besar ditiupi air hujan...
Assalam....
ReplyDeleteKadang kala terfikir juga...Peraturan telah diikuti, kereta pun sudah servis, mungkin masa tengah bawa kereta tu, Allah takdirkan kaki pemandu tu tak dapat menekan brek (kaki jadi keras),maka berlaku la kehilangan nyawa...Apa yang berlaku pasti ada sabab-musababnya, hanya Allah yang tahu...