Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa ke sini mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
Masih ingat lagi tak waktu sekolah rendah dulu, antara tajuk karangan yang menjadi pilihan mesti ada yang memilih "Aku sebatang pen". Dan termasuk la aku sendiri yang pernah jugak menggunakan tajuk sedemikian.
Cuma yang agak menghairankan sedikit, kebanyakan karangan yang melibatkan fantasi diri menjadi sesuatu objek pastinya akan berakhir dengan penyudah yang menyedihkan. Jarang sekali karangan berbentuk sebegitu berakhir dengan penyudah yang menggembirakan.
Penglibatan hidup aku dengan pen secara rasminya bermula sejak berada ditahun lima sekolah rendah. Seronoknya bila cikgu mula mengizinkan para pelajar menggunakan pen untuk menulis dalam buku latihan.
Sejak dari hari itu, memang pelbagai jenis pen yang aku gunakan. Dari pen mata bola hinggalah pen berdakwat cecair. Dan menjadi salah satu kegemaran aku untuk mencuba pen keluaran terbaru tidak kiralah walau apa jenamanya yang dijual dinegara kita ni. Tapi kalau pen yang harganya mengalahkan nilai isian kegunaan minyak petrol motorsikal aku untuk seminggu tu memang terkecuali la.
Dan yang terbaru ni aku mencuba pen keluaran Pilot yang dinamakan wingel. Sebelum ni aku pernah juga menggunakan pen siri dakwat gel keluaran Pilot. Antaranya Pilot G-1, G-2 dan Dr Grip.
Bagi seorang pengguna pen macam aku ni, ada beberapa ciri yang perlu ada pada sebatang pen apabila digunakan untuk menulis. Biasanya tabiat kita ni bila nak membeli pen, kita hanya mencuba samada pen yang bakal dibeli itu mengeluarkan dakwat atau tidak.
Setelah menggunakannya untuk beberapa ketika, pasti terkadang akan terasa beberapa masalah seperti ada yang tak kena dengan pen yang dibeli. Mungkin reka bentuk pen tu kurang sesuai dengan jari kita. Mungkin juga kualitinya tidak sebagus apa yang diiklankan.
Kerjaya sebagai seorang pendidik ni memang banyak memerlukan penggunaan pen samada untuk membuat catitan dalam buku persediaan mengajar ataupun menulis nota pelajaran untuk kelas. Jadi sebab itu aku perlukan keserasian bila memilih pen.
Buat masa ni keserasian aku bersama pen Pilot wingel masih belum mencapai tahap maksimum. Maklum saja la cuti sekolah ni kurang sikit menulis. Namun begitu setakat ni pencapaian pen Pilot wingel masih memuaskan hati aku.
Dengan rekabentuk yang mesra genggaman, dakwat yang tidak comot, tiada masalah 'kehilangan' dakwat apabila menulis laju dan tiada masalah tompokan dakwat melimpah.
Ini hanyalah review pertama menggunakan pen Pilot wingel. Maknanya akan datang setelah aku berpeluang 'membelasah' pen Pilot wingel ni ke tahap penggunaan maksimum pastinya aku akan mengulas kembali prestasinya tidak kira samada yang baik atau buruk.
Dan kisah aku bersama sebatang pen ni tidak akan berakhir disini. Manalah tahu kisah ini akan berakhir dengan penyudah yang menggembirakan dimana pihak Pilot Pen Malaysia telah melanjutkan peraduan Wingel Wow Contest dan menawarkan iPad sebagai hadiah cabutan bertuah.
Dikesempatan yang masih berbaki ni, cuba-cubalah klik pautan Wingel Wow Contest yang ada disebelah kanan blog ni atau hantarkan saja penyertaan anda semua melalui SINI.
p/s : iPhone 5 gadget impian atau iPad dari Pilot Pen Malaysia ? Dua-dua pun aku dambakan.
lepas ni nak beli pen branding ni lah.. pen pun memainkan peranan yang penting untuk kita rajin menulis sebenarnya..
ReplyDeleteakak suka mata pen tajam hihihi
ReplyDeletePen Pilot antara yang berjenama suatu ketika dahulu. Ketika zaman sekolah memilih jenama Kilometrico keluaran Paper Mate. :-)
ReplyDelete@boni kacak
ReplyDeletetul tu..beli pen kena ada keserasian..baru semangat nak menulis..
@Che Rosliza Che Mat
ReplyDeletesy biasanya tengok pada keadaan..selalu beli mesti berbagai saiz mata pen..
@akubiomed
ReplyDeletekilometrico memang antara jenama yang popular dikalangan student sebab harga yang murah..
@pipoqsetuju sgt tuh...nak2 kalau pen tu org tersyang yg bagi...lagi laju menulis...hehehe
ReplyDelete@pipoqnama tu ada sebut kilo, mau 'jauh' tu boleh tulis...antara pen feveret ni..
ReplyDeleteGood luck En Pipoq.. :)
ReplyDeletesy suka pen saiz mata 0.7 :)
brand tak bape kisah..ye la tak selalu sangat menulis..
tapi jenama Pilot..dari dulu hingga kini memang tak menghampakan..tahan lama pun yer juga..
sy beli mechanical pencil jenama Pilot dari sy form 5...sampai sekarang...masih boleh guna..caye tak..? :)
Assalamualaikum pipoq...pen ni mmg byk kegunaan nyer elok ke x terpulanglah pada siapa yg memakainya...:)
ReplyDeleteAssalam...
ReplyDeletepen memang penting dalam kehidupan. Tak ada pen, tak boleh nak isi borang...
Saya suka pen mata lebar tapi susah nak jumpa. Pernah dulu suruh ustaz sekolah asah matanya untuk menulis khat...
brand pilot dah sangat establish, pakai memang puas hati walaupun harga yg sederhana.
ReplyDeleteSemenjak bekerja, dah tak pernah beli pen..hahaha..Pen free aja dari drug company, dari hospital...
ReplyDeletesaya kurang suka pen pilot, tak tau sebab apa, tapi pensel picit mesti dari pilot, best..
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerkenang2 karangan masa sekolah dulu...aku sebatang pen, aku sebuah basikal, aku sebuah buku hu hu hu
five finger shoes
ReplyDeletepandora jewelry
longchamp
michael kors outlet
michael kors handbags
michael kors outlet
lebron james shoes
hogan outlet online
adidas ultra boost
air max 2017
mont blanc pen
ReplyDeleteair max outlet
pandora charms outlet
coach factory outlet
michael kors outlet canada
oakley sunglasses wholesale
hermes bags
nfl jerseys wholesale
ray bans
birkin handbags
170624yueqin
christian louboutin
ReplyDeletebelstaff jackets
asics running shoes
michael kors outlet
ugg boots
flops
adidas football boots
pandora charms
air max 270
flip flops
20182.8chenjinyan