Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua memperolehi keberkatan dalam hidup dan dirahmati Allah.
Sekarang ni sudah memasuki minggu terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2012. Agak mendebarkan bagi calon calon yang menduduki peperiksaan UPSR kerana keputusan UPSR akan diumumkan.
Dan lebih mendebarkan lagi buat calon calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM. Apa yang penting andainya sudah mantap dengan persediaan awal pastinya tiada masalah untuk menghadapi apa juga soalan.
Manakala bagi pelajar pelajar yang tidak terlibat dengan menanti keputusan peperiksaan dan bakal menduduki peperiksaan pastinya hari terakhir persekolahan adalah hari yang sangat dinanti nantikan.
InsyaAllah sekolah dimana aku diamanahkan untuk menyampaikan ilmu kepada anak anak sekolah rendah juga akan bercuti sakan. Ada jugak yang belum mula cuti sekolah pun dah buat cuti sendiri.
Dalam keseronokan cuti sekolah ni, mungkin ada jugak yang berasa susah hati. Terutama pada ibu bapa yang berkerja sepanjang hari. Kalau sebelum ni kebanyakan waktu siang untuk anak anak tu dihantarkan saje ke sekolah.
Pagi bersekolah kebangsaan, petang pulak bersekolah agama. Kalau yang memang menghantar anak ke sekolah pagi dan petang tu bagi mengisikan rohani anak dengan ilmu ilmu yang berguna buat masa hadapannya tu takpe jugak.
Tapi ada jugak sebahagian yang menghantar anak ke sekolah terutamanya sekolah agama pagi dan petang kerana alasan mudah agar anak tidak berseorangan di rumah tanpa penjaga. Golongan macam ni pastinya sedikit susah hati bila tiba cuti sekolah.
Anak anak mereka belajar atau tidak, lulus peperiksaan atau tidak lansung tak ambil peduli. Dengan yuran bulanan sekitar RM15, mana nak cari 'pusat jagaan kanak kanak' yang semurah macam ni ?
Dan kebiasaannya golongan ibu bapa macam ni, anak anak mereka yang cukup 'bermasalah' bila di sekolah. Kaki ponteng, kaki langgar displin sekolah dan sebagainya. Anak belajar atau tak, tu semua belakang kira.
Jangan macam tu. Sekolah tu kan tempat untuk menimba ilmu. Bukan tempat untuk meletak anak. Betulkan niat, buat transformasi jiwa. Jangan jadikan anak anak mangsa keadaan.
satu perkataan
ReplyDelete''setuju''
moga kita, ibu bapa diberi hidayah dan bimbingan untuk menjadi terbaik
Assalam..
ReplyDeleteGud luck pada semua calon2 yang sedang exam.
Ada ibubapa yang bekerja berbuat demikian kerana tidak ada pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka.
ReplyDelete