29 September 2012

Selepas lebih seminggu

  4 Komen    
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Kaku sudah jari jemari nak menaip entri baru setelah lebih satu minggu meninggalkan dunia blogging ni.

Bermula dari minggu lepas lagi aku agak sibuk menyiapkan dan menyediakan soalan-soalan latihan setiap hari untuk anak anak murid aku tu. 


Ada masa terluang pun dihabiskan untuk melayan anak anak kat rumah. Sambil tu disebabkan agak penat menonton rancangan rancangan yang entah berapa banyak kali diulang tayang di astro, kami melayan filem-filem yang dimuat turun melalui Youtube pulak.

Puas jugak la melayan filem-filem dari Youtube tu. Kalau sebelum ni berebut ruang untuk menonton, tapi sejak ada TV baru ni cuma sambungkan kabel HDMI je untuk menonton filem dari Youtube.

Hujung minggu lepas aku menjalankan projek mengecat rumah. Bukan rumah yang aku duduk ni tapi rumah kenalan yang minta tolong dicatkan bilik rumahnya. 

Minggu ni hanya bersantai di rumah. Cuma perlu menyiapkan sedikit kertas markah ujian tilawah dan beberapa lagi soalan untuk dilatih tubikan anak anak murid aku tu.



Related Posts:

  • Lelampuan On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The ide… Read More
  • Sehari di kampung Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Apa aktiviti sempena bercuti tahun baru cina ni ? Berkunjung ke rumah rakan rakan yang berbangsa cin… Read More
  • iPhone 5 termurah Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. Demam iPhone 5 sudah lama… Read More
  • Jangan marah, jangan denda, jangan rotan Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. Ma… Read More
  • Cukai dunia Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang berkunjung ke sini mudah mudahan ALLAH memberkati dan merahmati segala amal baik kit… Read More

4 comments:

  1. assalamualaikum pipoq....sekejap jer anak yang kedua tu dah besar kan...suka tengok...:)

    ReplyDelete
  2. semuga kehidupan harian berjalan dengan baik~

    ReplyDelete
  3. Sayang kak Yong kepada adiknya. :-)

    ReplyDelete
  4. ala..la..makin bulat si kecik tu.. :)

    ReplyDelete