Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam keberkatan dan rahmat dari Allah.
InsyaAllah hari ni aku nak berkongsi tentang susu ibu. Ada ke sesiapa yang tak tau apa susu ibu tu ? Susu ibu tu ialah susu yang dihasilkan oleh para ibu. Kalau tak faham lagi, sila bertanya kepada ibu ibu.
Sebenarnya banyak kebaikan dan manfaat yang terkandung dalam susu ibu ni. Walaupun kita dipengaruhi oleh iklan iklan susu formula untuk menjamin tumbesaran bayi kononnya susu yang diberikan mengandungi berbagai khasiat dan zat mencukupi untuk bayi namun ianya tidak mungkin dapat menandingi susu ibu.
Dari pengalaman mengandung melihat anak membesar di hadapan mata sendiri, anak aku yang pertama tu memang diberikan susu ibu sejak dari awal kelahiran hinggalah usianya hampir mencecah 3 tahun.
Alhamdulillah walaupun pada mulanya isteri aku agak kekok untuk menyusukan anak pertama yang baru lahir tu sebab takde pengalaman menyusukan bayi, namun hasil tunjuk ajar dari aku jururawat semasa berada di wad hospital menjadikan urusan menyusukan anak ni sangat mudah.
Dan hasil dari penyusuan badan tu jugak, alhamdulillah anak aku yang pertama tu dulu tak pernah mengalami masalah yang serius. Memang jarang sekali menghidapi demam kecuali selepas diberikan suntikan vaksin (tu pun sehari je demamnya). Selsema pun memang jarang sangat walaupun anak aku tu tidurnya lansung tak suka pakai selimut dan asyik nak berkipas sepanjang masa.
Dan bila anak aku tu mengalami kecederaan pun memang singkat masa penyembuhannya terutama kalo bab luka luka tu. Selain tu jugak, kelebihan memberikan susu ibu ni menjimatkan perbelanjaan. Tak perlu nak pening kepala memilih susu yang terbaik untuk anak sebab Allah dah memang sediakan susu paling super terbaik untuk pembesaran anak anak.
Tiada alasan bagi para ibu semua sebenarnya untuk memberikan susu ibu tu kepada anak kerana dengan adanya kumpulan sokongan penyusuan ibu di hospital hospital seluruh negara, mereka dapat memberikan khidmat nasihat dan perundingan dalam menjalankan kempen penyusuan ibu untuk bayi ni.
Buat para bapa dan suami sekalin, berikanlah sokongan kepada isteri isteri tercinta untuk memberikan susu ibu kepada anak anak. Jangan kita lupa bahawa susu ibu itu adalah hak anak anak kita. Janganlah kita menafikan hak mereka.
Buat para ibu dan isteri sekalian, janganlah bersikap pentingkan diri sendiri. Allah menciptakan buah dada itu kepada kaum wanita ada fungsinya sendiri. Bukan untuk dibanggakan tahap kekencangan atau ketersembulannya tapi ianya adalah untuk menyempurnakan hak anak anak tu semata mata.
erm..lama gak ye anak sulung pipoq menyusu..chii pun hanya sampai 2 thn..
ReplyDeletetp mmg x nafikan..antobodi anak2 yg menyusu ibu lebih kuat berbanding mereka yg minum susu formula..
@chii
ReplyDeletemasa anak sulung tu kalo bukan sebab mama dia terpaksa balik Sabah sorang dulu tu rasanya ntah bila nak berenti menyusu tak tau la..
assalamualaikum pipoq...betul tu susu ibu hak mutlak utk anak2kan...:)
ReplyDeletesyahmi pun masih nenen
ReplyDeletesusu cap gantung lagi...hehe
banyak khasiat rupanya...
ReplyDeletepatut la bayi disarankan minum susu ibu..
eheheee
dah besar minom susu lembu pulak....
ReplyDeletekan?
perkongsian dari seorang blogger yang lain pula...
ReplyDeletejika si bapa sibuk2 nak minum susu ibu..akan bawa mudarat pada anak...
@maszull
ReplyDeletewaalaikumsalam..
tapi malangnya ada ibu ibu yang menafikan hak anak anak mereka..dengan alasan nak jaga badan..
@Ati Masrif
ReplyDeleteberapa umur hero kak ati tu sekarang ? tak pueh lagi nak berkepit ngan mama dia ye ? hehehe
@mie
ReplyDeletekhasiat dari sumber asli lagi tu..hehehe..tak boleh nak celen punya kalo ciptaan Allah ni..
@-gedek!
ReplyDeletehehehe..kalo dah beso takpe minum susu lembu..dah tua pun digalakkan minum susu lembu..kang kalo gi nenen cap gantung, ape pulak orang kata..hahaha
@nabilah_2908
ReplyDeletehehehe..gatai sungguh bapa2 yang nak sibuk menyusu gak tu..bagi je la kat anak..
mmg tak dapat dinafikan kebenaran entry ni..
ReplyDeletelama tu sampai 3 tahun.. saya, anak pertama sempat 1tahun lebih, sbb berpisah, kena outstation, dan masa tu tak cukup bekal stok susu ibu..
anak kedua, lelaki, pun setahun lebih gak, sbbnnya dia sgt kuat nyusu, hingga terpaksa berhanti sbb de masalah sikit..
pun rasa bersalah setiap kali terkenangkan hak mereka yg tak cukup 2 tahun nyusu.. dah nekad, tapi mampu setakat itu je.. harap pas ni mampu lebih lama, utk anak ketiga.. lau de la..
tul, sokongan ayah2 sgt2 diperlukan isteri ketika tgh nyusu ni.. lau suami turut bgn masa malam2 tu, selesa sgt rasa, bersemangat nyusu..
betapa rindunya nak nyusu lagi.. rilek dulu la..
** pjg sungguh komen ini
@fiezaradzi
ReplyDeletesekurang kurangnya mereka menerima bahagian hak diorang.. :)
salah satu cara sy bangun / terbangun tengah malam utk bagi baby gi nenen mama dia ialah dengan tidur ngan baby..hehehe
kata ust. azhar- tuan punyer susu ibu adalah suaminya..kalo isteri jdi ibu susuan, hanya suami sahaja yang boleh beri kebenaran..
ReplyDelete@jelah
ReplyDeleteitu sudah semestinya la bila jadi ibu susu..maknanya bukan anak hasil dari suaminya..mesti la kena mintak izin dari suami..
betul betul...sgt setuju.
ReplyDeletehubungan anak beranak pun erat
Penyusuan antara ibu dan anak mengeratkan hubungan kasih sayang.Sudah semesti susu ibu lebih berkhasiat berbanding susu formula.
ReplyDeleteada ke patut ada orang cakap kat wife saya
ReplyDelete'nak jimat sangat la tu breastfeeding'
adoi..dia tak tahu la tu khasiat susu ibu . Dalam AlQuran pun ada sebut pasal susu ibu