07 June 2012

Pokkits - Indah khabar dari rupa

  30 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Mata terkabur dengan iklan ?

Sememangnya pengiklanan di media media mampu mempengaruhi minda tak kira penonton dewasa atau kanak kanak. Contohnya seperti anak sulung aku tu. Pantang nampak iklan yang menarik perhatiannya mesti dia akan paksa aku untuk tengok dan akhirnya meminta aku untuk membelikannya kelak.

Nasib baik la pengaruh iklan tu hanya ketika menonton di kaca televisyen je. Kalau terbawa bawa sampai ke situasi realiti mau bocor poket seluar aku dibuatnya. Dan dari iklan iklan di media tu jugak sampaikan anak aku dah kenal bermacam macam jenama terutamanya restoran makanan segera la. 

Tidak menghairankan la kalau dia mengetahui di mana arah tuju kalau nak menikmati ayam goreng yang enak, membaham burger dan kentang goreng yang menyelerakan dan melayan menu pizza terbaik di pasaran. 

Jujur dalam perniagaan, pengguna harus menerima hakikat sebenar

Namun begitu, bukan kita tidak menyedari pun sebenarnya bahawa kebanyakan iklan tu semuanya mengaburi mata dengan tayangan yang tidak serupa seperti yang dilihat. Dan kita semua pun memang sedia maklum apa yang dipaparkan melalui iklan itu hanyalah untuk ilustrasi semata mata. Aku tak pasti la kalau ada iklan yang benar benar jujur dalam menjalankan strategi pemasaran syarikat.

Contoh terbaik yang boleh aku kongsikan kat sini dari pengalaman sendiri ketika menikmati makan malam semalam. Atas rasa keteringinan nak merasa dan membandingkan perbezaan antara dua produk dari dua pengeluar berbeza, aku pun layankan je.

Hasilnya untuk makan malam semalam aku memilih untuk mencuba produk terbaru dari restoran makanan segera KFC, pokkits. Aku tak pasti kenapa mereka mencipta menu pokkits ni sedangkan mereka sudah menyediakan menu Toasted Twister yang sekian lama berada dalam menu pilihan.

Ini apa yang digambarkan dari pembungkus

Maaf kalau aku hanya dapat memberikan rating 1/10 untuk produk terbaru KFC ni. Kalau diberikan pilihan, aku lebih menyukai toasted twister keluaran mereka. Dengan harga yang diletakkan untuk set pokkits RM3.60 setiap satu terasa tidak berbaloi dengan apa yang dihidangkan.

Aku tak pasti bagaimana penyediaan produk pokkits ni disediakan. Mungkin apa yang aku terima semalam tu tidak disediakan secara segar, bermakna ianya sudah siap tersedia untuk beberapa masa sebelum diberikan kepada pelanggan. 

Bukan nak menuduh, tapi sebagai seorang yang agak biasa dalam bidang penyediaan makanan selama hampir 8 tahun ni aku boleh membezakan makanan yang dihidangkan segar atau makanan yang tersimpan sedia.

Ini apa yang terkandung dalam bungkusan

Berbanding dengan twisted toaster yang mana rasa dan kualitinya lebih menyelerakan, pokkits ni umpama satu produk gagal yang dikeluarkan oleh pihak KFC. Seandainya mereka ingin mempertahankan produk bernama pokkits ni di pasaran, aku cadangkan mereka menambah baikkan kualiti produk pokkits ni sesuai dengan harga yang dikenakan.

Bagi orang lain yang mungkin peminat setia KFC agaknya tak menjadi masalah untuk mereka menyukai produk terbaru dari KFC ni namun tidak untuk aku dan keluarga. Cukup hanya beberapa produk sedia ada di dalam menu menjadi pilihan sejak dulu lagi. 

Dengan tagline "The end is the best" tu, aku tak pasti la di mana yang dikatakan the best sebab aku tak rasa best lansung dan untuk kesekian kalinya, kalau takde peningkatan kualiti tak mungkin aku akan membelinya lagi. 




30 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...benar ke x sedap seperti dalam iklan tu...tipu jer la tu..:)

    ReplyDelete
  2. kdg2 dorang keluarkan product baru utk masa tertentu saja. mungkin nak tarik org beli kot.. leh naik jualan utk tempoh tu.

    tapi tul gak, sama macam saya, biasanya lau sekali dah try yg baru, lau tak kena seleranya mmg akan beli yg biasa makan jer..takut tak berbaloi

    ReplyDelete
  3. Tak sedap ke pipoq...tak yah tylah kalau cam tue hihihi

    ReplyDelete
  4. sy nak cuba tpi takakt ni mmg sllu beli ayam jer bro sy diner set jer.. tak pernah2 pesan basa bro pesan dg produk sblum ini.. klu ada sllu md jer mmg terbaik walau ia bukan mkn yg sya suka..

    ReplyDelete
  5. bgi pendapat sy apa yg bro tunjukkan agak kesal sama skli.ni kira pas makn pelanggan rasa tak hpy..sy suka menu kfg sb ayam dia..tpi klu gini cara persembahan dia mmg bt sy berkira2 ingin mencuba produk yg baru dri mrka..
    ni kt kfc mana ?

    ReplyDelete
  6. @maszull

    waalaikumsalam..

    pada sy dan isteri memang tak menepati citarasa lansung pokkits ni..rasa macam ada yang tak kena je dengan bahan bahan yang dicampurkan tu..tak sesuai dengan selera Melayu..hehehe

    ReplyDelete
  7. @fiezaradzi

    bagi sy dan isteri, mungkin ini kali terakhir beli pokkits tu..kalo pegi KFC layan ayam ngan wedges je cam biasa..

    ReplyDelete
  8. @Che Rosliza Che mat

    bagi orang lain sy tak tahu la..tapi untuk sy dan isteri memang kami leh kata tak sedap dan tak berbaloi dengan harga..

    ReplyDelete
  9. @suri

    sengaja nak mencuba je semalam kot sedap bagai di kata..hehehe..

    biasanya kalo kat KFC, kitorang layan ayam goreng ngan wedges je..

    semalam sy drive-thru je kat KFC medan gopeng depan petronas tu..

    ReplyDelete
  10. sy tak pernh percaya dgn menu baru keluaran KFC..pastinya tak memenuhi selera..

    kalau ke KFC..lebih suka ambil snack plate or dinner plate...itu lebih berbaloi dari cuba menu yg baru... :)

    ReplyDelete
  11. aku dah lama TAK PERCAYA dgn saiz beger/apa apa yng di iklankan ( McD, KFC, etc)...

    Dan kalau beger dan senagkatan dgn nya, aku lebih prefer ke McD...

    ReplyDelete
  12. Assalam..
    Tak pernah cuba lagi tapi ramai yang kata tak sedap..

    ReplyDelete
  13. yg ni sy lom try lg...klo kt sini ayam yg digoreng x masak..masih lg kemerahan bhgn tulang ayam...pastu ade bau hanyir..myb ayam tu dh lama...start hari tu jarang dh nk mkn kt kfc

    ReplyDelete
  14. @Daddy Ziyyad

    hahaha..kalo dalam iklan tu memang nampak tak muat mulut nak suap..realitinya, lubang hidung pun boleh sumbat..

    kalo burger + fries, aku pun prefer McD..

    ReplyDelete
  15. @Iza Teratak Usang

    w'salam..

    kalo tanya kat sy, jawapannya "memang tak sedap"

    ReplyDelete
  16. @Yumida

    wahh..haru jugak tu..nasib baik la kalo balik ke Sabah, KFC kat sana tak pernah lagi jumpa kes camtu..

    ReplyDelete
  17. tak pernah tau pipoq ni pula

    ReplyDelete
  18. Belum pernah try lagi yg ni, tp kalau dah ada bro pipoq dah kasi testimoni camni, mmg maleh nak try...hehe

    byk kali iklan gempak, bila kite cuba sendri, rasa tertipu pulak...sedih2

    thank bro pipoq kongsi =)

    p/s-harap2 kfc bace entri ni...hehee

    ReplyDelete
  19. sy sllu jumpa yg isi ayam rs x fresh..rs lama..tepung dia mmg rs sedap..tp isi dlm tu kureng sket..skrg prefer kt sugarbun n marry brown jak..

    ReplyDelete
  20. pasal kau dah buat iklan tak sedap,so tak payah lah aku buang duit beli benda ni,baik aku beli zinger sahaja

    ReplyDelete
  21. salam,

    tengok iklan ..bukan main selera

    nasib tak cuba lagi..hik3

    ReplyDelete
  22. @hafizmd

    kalau nak mencuba apa salahnya..mana tau selera kita tak sama..cuma berkongsi apa yang dirasakan je setelah mencuba sendiri..

    ReplyDelete
  23. @Yumida

    boleh buat aduan kalau camtu..tapi pastikan bebetul la ada kesilapan dalam penyediaan ayam tu..

    ReplyDelete
  24. @onlajer

    ya..layan zinger lagi puas hati..tapi aku jarang layan burger kat KFC, prefer McD je..

    ReplyDelete
  25. @Ati Masrif

    hehehe..pengaruh iklan tu biasa la kak..mesti nak kasi cam gempak..

    tak boleh celen CFO McD lansung..hehehe

    ReplyDelete
  26. belum test, tunggu bebila nak test

    tapi dah lamaaaaa sgt tak ke kfc

    ReplyDelete
  27. @kujie

    pd pendapat sy macam tak sesuai dengan selera Malaysia pulak pokkits ni..hehehe..

    ayam goreng dia masih lagi #1 dalam pilihan

    ReplyDelete
  28. tgk dlm iklan mcm menarik..tp nasib baik x try lg..ehehe..

    rasanya produk ni x lama kot..

    ReplyDelete
  29. Belum pernah rasa. Melihat daripada gambar seperti sedikit sahaja isinya tidak padan dengan harga.

    ReplyDelete