Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.
Tak habis-habis dengan isu fesyen terutamanya bagi kaum wanita. Memang fitrahnya kaum wanita ni diciptakan Allah mempunyai tarikan bagi kaum lelaki. Dan sememangnya Allah menciptakan kaum wanita ni cantik dipandang mata lebih-lebih lagi dimata kaum lelaki.
Cuma yang menjadi masalahnya, bila dah cantik tapi masih terasa tak cukup-cukup cantiknya. Walaupun dah cukup untuk membuatkan kaum lelaki tertarik, masih tak cukup-cukup nak menarik.
Berhias bagi kaum wanita tidaklah menjadi satu kesalahan, namun ianya terbatas mengikut syariat Islam. Berhias hanya untuk suami. Haram jika berhias untuk dipandang oleh kaum lelaki lain selain dari suami.
Walaupun alasannya berhias untuk suami, bukan untuk menayang kecantikan berhias tu kepada orang lain namun jika perbuatan berhias tu hanya diaplikasikan ketika hendak keluar rumah, apakah ada niat terselindung disebalik alasan berhias untuk suami tu ?
Ada juga yang memberikan alasan kononnya supaya suaminya akan merasa bangga jika dirinya berhias dan akan diperkatakan orang ramai bahawa si isteri kepada si polan itu cantik dan pandai bergaya. Adakah benar suaminya bangga ?
Terbaru pulak di hari ni, fesyen ranggi muslimah yang kononnya mengikut garis syariat Islam. Dalam bab penutupan aurat tu aku tak nafikan la sudah tertutup sebahagiannya tapi tidakkan syariat Islam melarang kaum wanita ni berhias secara tabarruj atau berlebih-lebihan ?
Mungkin di dunia ni kita terasa cantik berfesyen bergaya begitu dengan apa yang kita pakai hingga menjadi kemegahan dan ikutan generasi namun ingatlah sabda Nabi SAW tentang tabarruj dalam berpakaian.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah)
Peringatan Nabi SAW melalui sabdanya ni bukanlah tertumpu semata-mata bagi kaum wanita malah kaum lelaki juga perlu beringat agar tidak berlebih-lebih dalam berpakaian.
Janganlah kita mudah terperdaya dengan kata-kata mempermudahkan syariat Islam. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka itu ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Muka dah cantik semestinya menarik pandangan lelaki. Ditambah pulak dengan berpakaian fesyen terkini yang semestinya lebih menarik pandangan lelaki, kemudiannya akan dingorat lalu berkapel. Bila dah berkapel akan semakin menambah tahap kefesyenannya, belum sah hubungan sudah berpegangan tangan ke panggung wayang, ke taman bunga. Dan akhirnya silap haribulan dibisik oleh syaitan lalu hanyut.
Beringatlah sementara tubuh dan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita ni belum ditarik kembali. Kita menerima tubuh dan nyawa ni dalam keadaan suci bersih, adakah patut kita memulangkan kembali tubuh dan nyawa pinjaman ni kepada pemiliknya dalam keadaan kotor bernoda dosa ?
pipoq macam nak like gambar bawah boleh
ReplyDeleteassalamualaikum pipoq...moga kita semua dpt menjaga aurat kita..:)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesukar d utarakan sb tak semua irg blh terima apa lagi utk d tegur..kita ada mesuim moga2 dpt beri ingatan pada semua
klu tersesat blh patah kembali..tpi klu dh thau still dek payah nak ungkap..
ReplyDeletebro anak2 sht?
perempuan sekarang berbeda dengan zaman Rasulullah
ReplyDeleteUn felice inizio settimana per Te...ciao
ReplyDeletepelik...dieorg ni just faham maksud aurat, tp xnak mendalami apa scope aurat tu...tu yg jadi fesyen pelik2 tu...tp aku still suka pompuan pakai baju kurung + tudung bawal...nampak ayu + seksi...hehe
ReplyDeletebila tidak berpada2 mmg kita timbul riak bangga diri huhu,payah gak tuh..
ReplyDeletediorang tak fikir semua tu. Janji nampak cantik. Itu yang diorang fikirkan..
ReplyDeletePerlu ada garis panduan jangan sembrono sahaja.
ReplyDeletexiaowei 20160409
ReplyDeletecoach outlet store online
coach outlet online
nike huarache
prada handbags on sale
hollister clothing store
true religion jeans
ray ban sunglass,ray ban sunglasses,ray ban outlet,cheap ray bans,cheap ray ban sunglasses,cheap ray bans,ray bans
bottega veneta shoes
calvin klein dresses
fitflops sale clearance
nike cortez shoes
coach outlet online
louis vuitton pas cher
coach outlet online
michael kors
valentino
coach factory
levis 511
adidas superstars
coach outlet online
longchamp uk
michael kors uk
michael kors canada
adidas shoes
reebok shoes
timberland boots
michael kors outlet canada
sac longchamp pliage
asics gel kayano
fitflop uk
ugg sale
michael kors outlet
true religion jeans
coach factory outlet
rolex replica watches
toms outlet
timberland uk
michael kors outlet
converse sale
nike blazer
pandora charms
ReplyDeletenike huarache
nike air huarache
air jordans
michael kors outlet online
yeezy boost 350
kobe shoes
chrome hearts
true religion jeans
michael kors outlet store