Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
Apa khabar rohani kita hari ni ? Kalau ditanya khabar kesihatan fizikal, insyaAllah mudah untuk kita jawabkan. Andai ada tersalah baring tidur malam tadi mungkin terasa sengal sengal badan. Mungkin juga semalam tercedera kaki ketika beriadah bermain futsal bersama rakan rakan. Namun bila ditanya khabar rohani, agak sukar juga untuk diberikan jawapannya.
Dalam dunia serba maju ni bermacam macam produk kesihatan yang terjual dipasaran. Bukan je produk untuk dimakan atau minum malah peralatan untuk menjamin kesihatan pun dah seperti bawang yang dijual di pasar tani.
Tu tak termasuk lagi pusat pusat kesihatan yang menawarkan berbagai pakej untuk memastikan pelanggannya terus sihat. Boleh dikatakan kita sekarang ni memang kalau boleh nak memastikan kesihatan fizikal kita benar benar berada dalam keadaan yang paling sempurna.
Namun dalam kesibukan kita menjaga kesihatan fizikal tubuh badan kita yang semakin hari semakin meningkat usianya, terkadang kita terlupa untuk menjaga kesihatan rohani pulak. Padahal kesihatan rohani kita ni pun sama penting dengan kesihatan fizikal kita.
Mengambil contoh sebuah rumah yang kelihatan indah pada luarannya. Dengan laman dihiasi rimbunan bunga bungaan, tumbuhan renek menghijau dan alunan aliran air dari kolam ikan koi yang mengasyikkan. Tetapi andainya bahagian dalamannya tidak dijaga, dengan sampah sudah berulat , aroma yang kurang menyenangkan menyengat deria hidu dan permandangan yang menyesakkan penglihatan.
Adakah situasi sebegitu layak untuk dipanggil sebuah rumah ? Atau layakkah sebuah rumah sebegitu dipanggil rumah untuk didiami oleh manusia atau apa makhluk sekalipun ? Sudah semestinya la tidak. Begitu juga la dengan diri kita.
Kalau hanya luaran fizikal kita je yang kita jaga kesihatannya tapi dalaman rohani kita ni kita abaikan pulak, layakkah kita dipanggil manusia ? Mungkin boleh la dipanggil manusia tapi mungkin lebih mesra kalau dipanggil manusia jadian.
Apa yang kita bekalkan untuk santapan rohani kita setiap hari ? Dari apa yang kita pandang, apa yang kita baca, apa yang kita dengar semuanya diserap oleh hati rohani kita. Belum kira lagi apa yang dihadam oleh suapan ke dalam mulut kita setiap hari.
Andai apa yang kita pandang, apa yang kita baca, apa yang kita dengar tu terlebih keburukannya dari kebaikan maka begitulah tahap kesihatan rohani kita ni. Terkadang kita tak sedar betapa tenatnya rohani kita dengan segala macam pencemaran yang kita ambil setiap hari.
Mata melihat kepada perkara perkara yang tidak baik. Mulut memperkatakan perkara perkara yang tidak baik. Telinga pula mendengar perkara perkara yang penuh dengan fitnah dan umpatan. Mungkin sebab tu la dalam sedar dan tidak sedar puncanya kita ni boleh jadi hamba Allah yang lalai kerana hati kita tenat dengan segala kejelikan sebegitu.
Tubuh badan kita mungkin sihat, kuat dan bertenaga. Setahun dua kali buat pemeriksaan kesihatan lansung takde simptom nak menghidap penyakit merbahaya. Sakit jantung, darah manis, kencing tinggi kencing manis, darah tinggi semuanya takde. Tapi kita terlupa malaikat maut tu takde nak tangguh kerja dia.
Biar la otot berketul ketul macam roti bun sekalipun. Biar la kulit tegang tak kedut lansung. Biar la sihat cergas macam mana pun bila ajal tu tiba, tak boleh nak elak dah. Jadi selagi masih berpeluang ni, marilah kita sama sama muhasabah diri kita masing masing. Gunakan peluang yang ada ni sementara kita masih waras untuk berfikir.
Pergi la berjogging setiap petang. Nak main futsal setiap malam pun takpe. Nak duduk dalam gym tu dua tiga jam pun tak salah. Tapi dalam kita meningkatkan tahap kesihatan fizikal kita tu, jangan dilupakan kesihatan rohani kita sama.
Berzikirlah sambil beriadah tu. Dalam hati pun takpe, tak perlu nak kuatkan suara. Bertahmidlah memuji setiap pemberian Allah kepada kita. Bertasbihlah mengkagumi setiap ciptaan Allah di bumi ni. Bertakbirlah mengakui bahawa hanya Allah yang paling hebat berbanding dengan kita yang ape la sangat ni.
Kalau kita boleh meluangkan masa lepas bersenam ape semua tu di kafe bersama rakan rakan sejam dua, apa salahnya kita luangkan masa membaca Al Quran, berzikir, bermunajat, bermuhasabah diri dan beribadat untuk Nya sejam dua jugak. Kalau rasa tak nak, fikirkan sejenak...layakkah kita untuk hidup di bumi ciptaan Nya ni ?
assalamualaikum pipoq...betul2 tu semuanya kena ada kesedaran pada diri kita semua semoga kita sentiasa menjadi manusia yg dilindungi.di dunian di akhirat InsyaAllah...:)
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteSejenak itu bisa menyedarkan...
terima kasih berkongsi santapan minda ni. ingat mengingati memang harus dipuji
ReplyDeleteyang penting, banyakkan amalan bersedekah.antara bekalan yang saaangat bagus =)
ReplyDeletesentap aku baca entry ni..terasa..hehe
ReplyDeleteterima kasih ustaz
ReplyDeletesegala nasihat akan cuba diterapkan dalam diri :)
chii pernah kena tego..daripada kita takde wat pape.dok dgr lalu yg melalikan..better kita berzikir..ingtkan DIA..lgpun bukan sukar mana pun kan..
ReplyDeleteterima kasih utk perkongsian dan peringatan bersama =)
Memang benar makanan rohani sama penting dengan makanan fizikal,kita memang digalakan untuk meningati mati supaya kita lebih bertakwa dan beriman kepadanya
ReplyDeleteada sesi tazkirah juga...
ReplyDeleteeheheh
kata anak saya 10 minit jer hee...buat hilangkan resah sllu mop lantai..joging sete,pat ok gak
ReplyDeletebila dah makin berusia ni semua rasa sakit akan menjegah huhu...cept2lah buata pa2 yg patut selagi msh ada sempat.
ReplyDeletePerlu peruntukkan masa untuk santapan rohani.
ReplyDeletereplica watches
ReplyDeletetrue religion jeans
true religion jeans
hermes belt
louis vuitton handbags
michael kors handbags
oakley sunglasses
oakley sunglasses
vans shoes
pandora jewelry
20170711caihuali