13 May 2012

Bukan sehari

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai dihujung minggu bersama keluarga mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. Saban tahun setiap hari ahad minggu kedua dalam bulan Mei, rakyat negara kita meraikan sambutan hari ibu. Memang terdapat berbagai persoalan mengenai menyambut hari ibu ni tapi pada aku asalkan ianya tidak menyimpang dan memesongkan akidah, tak salah andainya kita meraikan lebih sedikit ibu kita sendiri pada hari yang digazetkan sebagai hari ibu ni.


Apa yang kita sibuk sangat nak mengetahui apa hukum menyambut hari ibu dan sebagainya tu sedangkan kita tahu dalam sirah sejarah Islam memang lansung tak wujud hari hari khusus seperti sambutan hari ibu ni. Lebih baik dipersoalkan apa hukumnya jika melalaikan solat, mendedahkan aurat dan sebagainya tu kalau benar benar kita ni nak menjaga syariat diri dan agama.

Takde salahnya nak meraikan ibu kita sendiri. Sebagai anak sepatutnya kita menghargai dan meraikan ibu kita sepanjang masa bukan hanya semasa hayatnya malah selepas ibu kita meninggal pun kita sebagai anak tak boleh berhenti dari menaburkan bakti buat ibu kita.


Kita kena ingat selalu bukan mudah ibu kita mengharungi hari sejak dari awal penciptaan kita dalam perut ibu kita tu. Dengan rasa tak selesanya mengalami alahan diawal kehamilan. Dari badan ibu kita lansing ramping kemudiannya menjadi gebu dan montel. Tak cukup dengan tu tambah lagi dengan parut regangan di kulit perutnya yang dahulunya halus mulus. Tak termasuk beban yang dibawa selama kita membesar dalam perut ibu kita sepanjang kehamilan tu.

Tanyakan pada ibu kita, berapa lamakah kesakitan yang ditanggungnya ketika saat kita hendak dilahirkan ? Bagaimanakah sakitnya hendak melahirkan kita sewaktu itu ? Berapa banyakkah darah ibu yang hilang sepanjang melahirkan kita tu ? 

Selepas kelahiran kita, berapa kalikah ibu kita bersengkang mata setiap malam memastikan kita selesa lena tidur ? Apa yang kita tahu ketika tu hanya menangis merengek minta ditenangkan. Tapi tak sedikit pun ibu kita merungut dengan segala karenah kita yang memenatkan tu. 


Kerana itu la Islam amat memuliakan wanita terutamanya yang bergelar ibu. Hinggakan sampai akhir hayat kita di dunia pun kita diiringi nama ibu. Dan hinggakan dikatakan syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Raikan la ibu kita, bukan setakat hari ni je tapi raikan mereka sepanjang masa. Kerana pengorbanan yang ibu kita lalui sepanjang membesarkan kita bukan sehari lamanya. 

Selamat hari ibu buat isteri tercinta, mak mertua yang berada di Ranau Sabah dan seterusnya kepada rakan rakan pengunjung yang bergelar ibu mahupun bakal ibu mudah mudahan kalian semua dikasihi Allah sebagaimana anda semua mengasihi anak anak kalian.







30 comments:

  1. apa pun..niat kita nk sambut sesuatu...kalau tanda nak menghargai dan mengadakan satu hari yg sgt istimewa utk golongan ibu.rasanya xde masalah kan :)..

    apa pun.selamat hari ibu buat semua

    ReplyDelete
  2. fuh...
    setiap hari adalah hari ibu..
    ehehehee

    ReplyDelete
  3. Tajuk ni memang saya sokong 10000%...SELAMAT HARI IBU...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum pipoq...betul tu menyambut hari ibu tanpa menyimpang dr akidah kita n niat yg baik mama pun rasanya tak ada masalah kan...selamat hari ibu yer...:)

    ReplyDelete
  5. ibu adalah insan yang mulia termasuklah ayah kita. Namun pengorbanan ibu lebih besar. Bagi sesiapa yang masih ada ibu, hargailah mereka sebelum menyesal suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. setuju dgn En Pipoq..

    tak salah kalau kita gunakan hari IBu ni untuk mengembirakan ibu kita...lebih sikit daripada biasa... :)

    ReplyDelete
  7. hari-hari hari ibu..selamat hari ibu pipoq...

    ReplyDelete
  8. salam...


    semoga anak2 kita menjadi anak y berguna..

    ReplyDelete
  9. setiap ibu mmg hebat dlm melahrikan anak2nya...

    selamat hri ibu utk isteri bro

    ReplyDelete
  10. Assalam...
    Selamat hari ibu untuk semua ibu2..

    ReplyDelete
  11. hari-hari-hari apa jenis hari ni aku tak nak ambik peduli sangat. lagi2 hari yang orang kapir pun sambut. aku dengan ibu, memang hari-hari call. hari-hari hari ibu.. hidup ibu =)

    ReplyDelete
  12. :)

    Kasih sayang ibu berpanjangan..

    jom baca dan layan:
    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/05/cik-beah-osem-tudung-feat-ostad-azhar.html

    ReplyDelete
  13. Memuliakan ibu bukan sehari seperti bro tulis selagi tidak menyimpang daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar agama.

    ReplyDelete
  14. chii :

    sebab kalau nak tunggu hari lain, belum tentu ada anak anak yang 'teringat' nak meraikan ibu mereka..

    ReplyDelete
  15. mie :

    buat selang sehari la kot..kesian pulak bapak takde hari nanti kalo hehari buat hari ibu..hehehe

    ReplyDelete
  16. Mrs Beauty :

    selamat hari ibu juga..terima kasih kerana sudi singgah dan komen..

    ReplyDelete
  17. maszull :

    w'salam..

    yg penting kita jangan jadikan hanya sehari je untuk meraikan ibu kita..

    ReplyDelete
  18. duan :

    walaupun ibu telah tiada, tak jadi masalah untuk terus berbakti dengan doa yang tak putus2 setiap hari untuk arwah ibu kita..

    ReplyDelete
  19. nabilah_2908 :

    macam hari ulangtahun la jugak kan..jadikan spesel sikit je tanpa terpengaruh dengan unsur2 yang merosak akidah..

    ReplyDelete
  20. iema ackles :

    ucapan untuk aku ke tu ? hehehe..

    ReplyDelete
  21. Gadis Kampung :

    ya..setiap hari adalah hari ibu..tapi jangan dilupakan pulak bapa tu..merajuk nanti susah pulak..

    ReplyDelete
  22. sissyira :

    insyaAllah..mudah mudahan begitulah hendaknya..

    ReplyDelete
  23. suri :

    tapi jarang orang memikirkan apa yang ditanggung oleh seorang ibu tu kan ?

    selamat hari ibu juga untuk puan suri..

    ReplyDelete
  24. Iza Teratak Usang :

    w'salam..
    selamat hari ibu juga untuk puan Iza..

    ReplyDelete
  25. Paragass :

    anak mak la ni ye ? hehehe..
    semoga ibu Paragass diberkati Allah..

    ReplyDelete
  26. naim :

    tul tu..salah macam mana pun anak tu, seorang ibu takkan pernah membuang anaknya..

    ReplyDelete
  27. akubiomed :

    kalau kita fikirkan pengorbanan seorang ibu kepada kita, memang tak terbayar lansung walau dengan apa sekalipun..

    ReplyDelete
  28. Malay Movie Full Streaming Online Drama ,Movies ,Comedy visit
    Malay Movie Full

    ReplyDelete