09 April 2012

Siapa lebih berkuasa ?

  8 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Sekarang ni cuaca kat Ipoh agak tak menentu. Seringkali jugak dilanda angin kuat dan hujan lebat di waktu petang. 

Membicarakan berkenaan tajuk perkongsian hari ni, selalunya kita takkan dapat lari dari kenyataan. Tapi tak semua yang terlibat. Mungkin segelintir dari kita atau mungkin sekali sekala kita pernah melibatkan diri dalam perkara yang tak sepatutnya kita lakukan.


Adakah sudah menjadi fitrahnya kita sebagai manusia untuk ingkar kepada arahan dan larangan ? Rasanya tak patut lansung kalau nak menyalahkan fitrah ye tak ? Cuma kita perlu tanya pada diri kita sendiri, adakah patut kita menjadi makhluk yang susah nak taat pada arahan dan larangan ?

Kalau dalam hubungan sesama manusia, banyaknya kita dapat lihat betapa degilnya kita sebagai manusia yang sepatutnya patuh pada arahan yang dikeluarkan tetapi melanggar arahan tersebut seolah olah kita lebih berkuasa dari penguatkuasa yang menetapkan arahan itu.

Bila pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk tidak meletakkan iklan iklan ditepi jalan atau ditiang elektrik sesuka hati, semakin banyak pulak terlihat dilekat sana sini seperti mencabar pihak berkuasa bahawa tiada apa yang dapat menghalang pelanggaran arahan tersebut.


Termasuk juga larangan membuang sampah, larangan merokok, larangan berniaga, larangan meletak kenderaan dan sebagainya. Semakin dilarang maka semakin galak pula dilanggar larangan tu. 

Adakah kita sengaja nak membuktikan hebatnya kita atau nak menunjukkan keberanian kita mengingkari setiap arahan dan larangan yang dikeluarkan oleh penguatkuasa tu ? Bagaimana pulak dalam hubungan dengan Allah ? Andai dengan angkuhnya kita  melalaikan diri dari mematuhi arahan Nya, adakah kita sengaja nak membuktikan kepada Nya bahawa siapa yang lebih berkuasa ?



Related Posts:

  • kalau tak malu...dipersilakanAMARAN : ENTRI INI MUNGKIN AKAN MENYINGGUNG PERASAAN. Salam mesra selamat hari jumaat buat semua pengunjung dan pembaca. Dah nampak amaran kat atas … Read More
  • mukmin berjayaMinggu lepas sebelum menunaikan solat jumaat, aku sempat mendengar sikit tazkirah yang disampaikan sebelum azan bergema di Masjid Muhibudin Shah. Tu p… Read More
  • cara mengurangkan pahala di masjidSelamat hari jumaat buat semua rakan pembaca. Apa kes tajuk entri hari ni lain macam je. Selalunya kalau dah ke masjid tu dah tentu la untuk menambahk… Read More
  • mesej dalam laguSelamat hari selasa dan salam maulidurrasul buat semua rakan rakan pembaca yang dihormati. Kalau semalam agak panas dengan isu sambutan hari valentine… Read More
  • tahniah....anda terpilih Salam isnin buat semua pembaca. Hari ni bersamaan 14 Februari agak kontroversi sikit gamaknya. Kononnya hari ni adalah hari untuk memperingati kekasi… Read More

8 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...Allah tetap Maha berkuasa tiada manusia yg dpt menandinginya...:)

    ReplyDelete
  2. maszull :

    w'salam..

    tapi tetap juga manusia ada yang tak nak mengakui kelemahan sebagai hamba malah berlagak seumpama yang lebih berkuasa..

    ReplyDelete
  3. Biasalah peraturan manusia selalu dilanggari.

    ReplyDelete
  4. akubiomed :

    kalau peraturan manusia dilanggar takpe la lagi kot..tapi kalo peraturan dari Allah pun langar semacam je..dikira melampau tu..

    ReplyDelete
  5. selalu jumpa kes bgini. Xtau nk ckp apa..

    ReplyDelete
  6. nak salahkan org ygingkar..

    sy pun selalu juga ingkar..

    kenapa eh..? entah la..mmg sifat semula jadi seorang manusia itu agaknya...

    kita tahu itu salah...tapi kita buat juga....

    mugkin juga ujian tuk kita..dlm Allah nak tengok sejauh mana ketaatan kita pada Dia.. :)

    ReplyDelete
  7. kalau dilarang..
    lagi dibuatnya...
    ehehehee

    ReplyDelete