Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi lagi dihormati sekalian mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
Baru baru ni kita dikejutkan lagi dengan kejadian gempa bumi yang melanda Aceh di Indonesia sehinggakan beberapa negeri di negara kita sendiri turut dapat merasakan gegarannya yang mendatangkan suasana panik diikuti dengan amaran tsunami yang dikeluarkan mungkin berlaku.
Alhamdulillah walaupun gempa bumi yang berukuran 8.9 skala richter itu tidak mencetuskan ombak tsunami sehingga meragut banyak nyawa seperti yang berlaku pada tahun 2004. Walaupun begitu ianya tetap memberikan suasana kecoh dan panik disekitar kawasan yang terlibat.
Semalam sempat aku membelek akhbar di kediaman DSZ sementara menunggu anaknya pulang dari kelas agama. Dalam akhbar tu ada memaparkan gambar gambar sekitar Aceh yang dilanda gempa bumi tersebut. Salah satu gambar yang agak menarik perhatian aku adalah gambar dimana ramainya orang yang berkumpul di kawasan Masjid Raya Baiturrahman selepas gempa bumi itu berlaku, mungkin untuk mencari perlindungan di sana.
Mungkin kerana ketika berlakunya gempa bumi dan tsunami melanda Aceh pada tahun 2004 dahulu, beberapa masjid sekitar Aceh terselamat dari kemusnahan tsunami yang mengorbankan banyak nyawa tu. Apakah itu sebenarnya tanda tanda yang ditunjukkan Allah agar kita kembali taat kepada Nya kerana kita semakin melupakan tugas kita sebagai hamba ?
Bukan aku nak menghakimi perbuatan menjadikan masjid Allah itu sebagai satu tempat perlindungan tapi terasa sedikit sedih apabila disaat menuju kehancuran barulah kita mencari cari belas ihsan dari Allah untuk menyelamatkan diri dari bencana.
Betapa lalainya kita dengan kehidupan dunia sehari hari sehingga sering kali melupakan tentang kehidupan akhirat yang lebih kekal abadi. Tanpa sedikit amaran dari Allah, bangganya kita memenuhi gedung gedung pasaraya dan pusat pusat hiburan. Apabila diberikan sedikit amaran dari Nya, barulah kita menangisi dan mencari perlindungan memohon dari Allah agar menyelamatkan nyawa kita yang sangat murah ni.
Mungkin hari ni pun kita sudah kembali melupakan amaran yang diberikan oleh Allah tu. Kembali kepada kehidupan dunia yang melalaikan. Jauh dari mengingati Allah. Jauh dari meletakkan dahi sujud tunduk mengharap keredhoanNya. Mungkin juga dikala ini kita bergelak ketawa menceritakan pengalaman masing masing melarikan diri dari suasana panik akibat gegaran gempa bumi baru baru ni.
Apakah kita perlu menunggu sehingga Allah mencabut gunung ganang atau mengeringkan lautan dihadapan mata kita barulah kita akan benar benar taat kepadaNya ? Hiduplah di dunia ni ibarat musafir yang mencari keuntungan untuk kehidupan yang sentosa apabila tiba ke destinasi kekal abadi. Jangan kita lupa, dunia ini hanyalah sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.
Assalam...
ReplyDeleteKita hanya Musafir di bumi Allah. Kadang-kala leka dan lalai. Namun Allah tidak pernah lupa pada kita dan sentiasa memberi peringatan...
salam...
ReplyDeletemasa kejadian ni berlaku, syira baru 2 jam lepas check out dari hospital TAA kuantan..huhu..
Saya setuju dengan pendapat bro ketika senang kita leka dan bila susah baru hendak ingat tikar sembahyang.
ReplyDeleteTeringat topik khutbah Jumaat yang disampaikan oleh katib mengenai tanggungjawab pengorbanan kepada ajaran agama islam bukanlah semata-mata menghulur wang atau harta benda tetapi adalah dengan penglibatan hati rohani dan batin.
Bukan beranggapan dengan sumbangan wang ringgit kepada perjuangan agama sudah mencukupi.
fuh!!
ReplyDeleteini mungkin amaran..
supaya kita sentiasa beringat..