03 April 2012

Keistimewaan surah Al Fatihah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung dengan doa dan harapan mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan sepanjang hari ni.

InsyaAllah hari ni jom kita sama sama berkongsi tentang keistimewaan surah Al Fatihah yang sentiasa kita ulang baca ketika dalam solat. Pentingnya surah Al Fatihah ni dalam kehidupan kita kerana andai ada sedikit kecacatan dalam pembacaannya maka tak sempurnalah solat yang kita kerjakan tu. Sebab tu seboleh bolehnya dalami dan pelajarilah surah Al Fatihah ni dengan sebaik baiknya agar amalan solat kita diterima oleh Allah.

Surah Al Fatihah ni dikenali sebagai surah Makkiyah dan surah Madaniyah sebab ianya diturunkan sebanyak dua kali iaitu sekali sewaktu di Mekah ketika permulaan difardhukan solat dan kali kedua ketika di Madinah ketika perintah dipalingkan qiblat. Namun begitu ianya lebih dikenali sebagai surah Makkiyah di dalam Al Quran. 


Bagi mazhab Syafie dan Hanafi, surah ini memiliki tujuh ayat termasuk ayat 'Bismillah' tu sendiri. Terkandung didalamnya 141 huruf dari 29 kalimah dan terdapat 14 syaddah padanya. Perlu kita berhati hati dalam pembacaan surah Al Fatihah didalam solat sebab andai kita tersilap pada makhraj sebutan huruf atau baris sehingga terubah makna maka tak sah la solat kita tu nanti.

Di mana istimewanya surah Al Fatihah ni ? Untuk pengetahuan rakan rakan pengunjung semua, istimewanya surah Al Fatihah ni tak terdapat padanya tujuh huruf yang menjadi pangkal nama bagi neraka iaitu huruf 'tsa' (tsubur - lebur), 'jim' (jahannam - tempat seksa), 'kha' (khalidin - kekal), 'zai' (zamharir - sejuk), 'syin' (syaqawah - sempit), 'dzo' (dzulumat - gelap) dan 'fa' (firqah - bercerai berai). 

Marilah kita bersama sama mempelajari dan memperbaiki bacaan kita pada surah yang menjadi rukun dalam solat kita sehari hari. Biarlah kita kurang mampu untuk membaca surah surah lain yang ada dalam Al Quran tu dengan sempurna tapi jangan sampai bacaan surah yang utama dalam solat ni pun kita tak sempurnakan sudah la. Semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat untuk kita semua.



9 comments:

  1. Terima kasih perkongsian yang diberikan. Bukan semua orang mampu membuat penerangan dengan baik.

    ReplyDelete
  2. akubiomed :

    insyaAllah semoga perkongsian bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. thankz..
    ada yang gue baru tau rupanya..
    ehehe

    ReplyDelete
  4. tq info.. Pipoq mmg selalu bagi info yg bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. mie :

    ilmu Allah ni kan luas..macam lautan jugak..kalo kita tak selam, memang tak jumpa memacam..

    ReplyDelete
  6. miya :

    sekadar berkongsi ilmu yang dipelajari..kalo diperam sendiri nanti lama lama berkarat pulak..

    ReplyDelete