25 March 2012

Mahalnya air panas

  6 Komen    
label: , , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi berkunjung dan meluangkan sedikit masa di blog ni mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Aku sekeluarga amat jarang sekali untuk makan di luar. Cuma bila waktu keluar membeli belah, terasa nak bertukar selera atau malas nak masak di rumah baru la peningkan kepala untuk memilih di tempat mana untuk menjamu selera andainya bukan restoran makanan segera yang menjadi pilihan.

Kalau di sekitar Ipoh ni memang banyak jugak la tempat pilihan untuk menjamu selera. Cakap saja nak masakan variasi apa insyaAllah semuanya ada. Lebih lebih lagi bila malam menjelma sebab kebanyakan pengusaha makanan ni suka memulakan perniagaan dari bermula malam hingga ke ke awal pagi.


Ada restoran yang nampak menarik tapi kadang kadang tu masakannya tidak cukup mengecurkan air liur dan kebiasaannya harga yang ditawarkan sedikit mahal. Ada juga yang masakannya menyelerakan tapi keadaan persekitaran premis adakalanya menyekat selera.

Bercakap pasal harga ni, tadi aku terbaca satu tajuk akhbar dalam talian yang agak menarik. Berkenaan segelas air panas yang berharga RM1.80. Sikit lagi nak menyamai harga bagi seliter minyak RON 95 di stesen stesen minyak tempatan.

Entah apa yang menyebabkan harga bagi segelas air panas tu sebegitu rupa aku pun tak pasti la. Tapi melalui rencana berita tersebut, perkara itu memang diakui oleh pemilik restoran yang mengakui harga yang dikenakan tu memang adalah harga bagi segelas air panas. 


Cuma setelah pelanggan yang tidak berpuas hati tu membuat aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) dan pihak berkuasa tersebut melakukan pemeriksaan ke atas restoran tu barulah pemilik restoran tersebut mengatakan bahawa terdapat kesilapan pada harga yang diberikan  untuk segelas air panas tu.

Macam macam cara nak untung sekarang ni tak kira dah halal ke haram. Sebagai pengguna, kita mempunyai hak yang kadang kadang kita tak tau. Oleh tu sentiasa la beringat sebelum terkena. Dari kecik lagi kita dah biasa dengar ungkapan "costumer always right", jadi bagi mengelakkan terkena maka berhati hatilah dan gunakan la hak kita sebagai pengguna dengan bijak.



6 comments:

  1. barulah bertemu buku dgn ruas..nak sgt untung dgn cara menipu..

    ReplyDelete
  2. Betul tu sebagai pengguna kita kena mempertahankan had sendiri kalau tak peniaga semakin terkelaluan jadinya.

    ReplyDelete
  3. Daddy Ziyyad :

    mungkin sebab kebanyakan kita pelanggan ni lepas makan terus bayar je tak kesah berapa harga yang dikenakan walaupun terkadang terasa macam terlebih mahal..tu yang berleluasa nak pekena kat orang..

    ReplyDelete
  4. Jobless Girl :

    kita sebagai pengguna kena la selalu beringat..kalo rasa lain macam je tu, jangan dibiarkan..

    ReplyDelete
  5. Kalau saya lebih memilih air botol mineral atau reverse osmosis.

    ReplyDelete
  6. akubiomed :

    cuma kekadang tu air botol mineral atau RO yang dijual di restoran macam terlebih jugak harganya dari biasa..

    ReplyDelete