29 March 2012

Kita dan najis ayam

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengujung yang dihormati dengan doa dan harapan mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Pagi ni kami sekeluarga menghabiskan masa di klinik sebab ibu mengandung perlu buat pemeriksaan rutin dan begitu jugak dengan anak yang dah masuk usia 3 tahun setengah ni pun nak kena buat pemeriksaan sama.


Kembali kepada tajuk entri hari ni, rasanya isu tentang telur najis ayam ni dah agak lama diperkatakan tapi seakan semakin dilupakan saban hari. Kalau kita baca bab hukum makanan, hukum memakan najis itu adalah haram. Tapi dalam sedar tak sedar entah berapa banyak najis yang dah kita masukkan dalam tubuh badan kita ni tak tau la.

Kalau kita sendiri yang memasak di rumah insyaAllah takde masalah dalam mengendalikan telur ayam untuk menjadi menu masakan kita tu sebab mungkin kita akan basuh bersih dulu telur tu sebelum digunakan. Tapi bagaimana pulak kalau kita memesan menu di luar ?


Sebutkan je apa menu yang kat luar tu yang menggunakan telur ayam. Nasi goreng kampung, char kuew tiau, burger benjo, mee goreng mamak, roti canai telur, murtabak, telur bungkus, mee bandung, nasi lemak, bihun kung fu, nasi pataya dan berbagai lagi menu menu yang menggunakan telur sebagai sebahagian dari bahan masakan bagi menyempurnakan masakan tu sendiri.

Adakah telur yang digunakan oleh penyedia makanan tu dibasuh terlebih dahulu ? Atau hanya terus diambil dari bekasnya lalu dipecahkan dan terus dicampurkan ke dalam masakan yang dipesan ? Andai tidak dibasuh, adakah bersih telurnya tu dari najis yang mungkin melekat dikulit telur tersebut ? Dan adakah hasil dari telur yang tidak dibasuh yang dicemari sisa najis ayam itu yang kita makan dengan berselera sekali ?


Rasanya tak menjadi kesalahan pada kita sebagai pengguna untuk bertanyakan soal kebersihan pada makanan yang kita pesan tu dari penyedia makanan tak kira la samada restoran atau gerai di tepi jalan. Sebagai orang Islam, menjadi kewajipan bagi kita untuk memastikan makanan yang kita makan tu adalah dari sumber yang halal lagi bersih. Andainya penyedia makanan tu membantah, buat apa kita nak memajukan perniagaan yang penuh dengan syubhat sebegitu yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri dari memikirkan keutamaan menjaga kesejahteraan umat.

Tepuk dada tanyalah selera masing masing. Perlu kita ketahui setiap apa yang kita makan dan minum itu akan menjadi darah dan daging kita jugak. Kalau rasa tak peduli dari mana sumber hasil darah daging kita tu, terpulang pada selera masing masing. Cuma kita perlu ingat, dalam Islam ni antara perkara utama yang perlu kita jaga ialah kebersihan. Sebab kalau bernajis, dah tentu amal ibadat kita tak sah. Mungkin kerana terlalu banyak makan najis tanpa kita sedari, maka sebab tu la kita ni jadi liat nak beribadah kepada Allah. 


Andai dapat kita hindari, bersama sama la kita cuba hindari. Kalau teringin sangat nak makan kat luar tu, gunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk memastikan makanan kita tu benar benar terjamin kebersihannya. Tapi kalau rasa tak kesah nak makan najis sebab mungkin nak cepat tumbuh subur macam tanaman, silakan la menjamu selera berasaskan menu telur najis ayam tanpa perlu memikirkan apa apa.



9 comments:

  1. salam...
    ramai yg msk x basuh telur ayam tu..
    mg2 pekedai semua basuh.. ameeennn..

    ReplyDelete
  2. LadyBird :

    tu sebab sebagai pengguna kita kena gunakan kuasa yg kita ada untuk menuntut hak kita..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq....yer la dah rasa semacam plak bila baca n3 ni mcm mana nak memberitahu kedai2 yg menjual makanan tu ek...:)

    ReplyDelete
  4. Kalau dirumah sudah tentu dibasuh telur kalau diluar belum tentu lagi.

    Perlu ada kesedaran yang diwar-warkan kepada peniaga dan pengusaha makanan yang mengunakan telur sebagai bahan penyediaan makanan.

    ReplyDelete
  5. tul la...kalau kat rumah..mmg cuci dulu telur2 tu...

    kat kedai..mana kita nampak kan..? erk...

    ReplyDelete
  6. maszull :

    w'salam..sebagai pelanggan, kita ada hak untuk buat permintaan agar kalau ada menu menggunakan telur tu minta dibasuh dulu..selebihnya bertawakal je la..

    ReplyDelete
  7. akubiomed :

    mungkin pihak dari KKM kena bekerjasama dgn Kementerian pengguna + jabatan agama negeri untuk kuatkuasakan syarat membasuh telur terlebih dulu bagi pengusaha makanan..

    ReplyDelete
  8. nabilah_2908 :

    kalo boleh elakkan menu bertelur tu ok la..kalo tak dapat, gunakan je hak pengguna untuk menyuarakan permintaan agar dibasuh dulu telur tu..

    ReplyDelete