20 March 2012

Don't phish me

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan semua mudah mudahan kita semuanya diberkati Allah. Macam luar biasa pulak hari ni sebab ada dua entri kerana kebiasaannya sehari satu entri je. Bukan maksud aku nak kejar trafik atau menyusahkan rakan rakan berkunjung berkali kali tapi untuk berkongsi sedikit maklumat lanjutan dari entri bertajuk CIMB penipu.



Terlebih dulu aku nak mengucapkan terima kasih kepada bro akubiomed kerana berkongsi maklumat tentang keselamatan dalam talian hasil maklum balas pada entri sebelum ni. Sebenarnya aku pun tak tau adanya perisian sebegitu rupa bagi membantu pengguna internet terhindar dari perbuatan tak bermoral oleh pihak lain.

'Don't phish me' adalah satu perisian plug-in yang dibangunkan oleh CyberSecurity bagi membantu pengguna pembankan dalam talian. Ianya boleh dimuat turun secara percuma bagi keselesaan pengguna dalam membasmi kegiatan kecurian wang melalui penipuan internet ni.


Klik gambar untuk muat turun

Modus operandi perisian Don't phish me ni sangat mudah. Apabila seseorang pengguna menerima e-mail dari laman perbankan yang mencurigakan, perisian Don't phish me akan mengeluarkan amaran di skrin secara otomatik dan pihak CyberSecurity akan menerima laporan secara dalam talian dalam masa yang sama. 

Satu laman berkenaan phishing akan dipaparkan di skrin jika penerima e-mail tersebut memilih untuk tak meneruskan pautan yang diberikan. Tapi kalau gatal tangan nak bukak jugak, risiko berkaitan akan ditanggung oleh penggatal tangan tersebut tapi pengguna yang gatal tangan tu tak boleh nak masukkan nama atau cuba nak log-in pada pautan perbankan palsu tu sebab laman tu dah disekat secara otomatik dari pihak CyberSecurity.



Bagi menjamin kemakmuran dan keharmonian seluruh rakyat 1Malaysia, kesemua bank yang menawarkan perbankan dalam talian yang ada diseluruh Malaysia adalah dilindungi dengan Don't phish me. Lepas dah muat turun perisian tu, tak payah la nak risau risau lagi kalau dapat e-mail mencurigakan camtu. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pastinya kita akan bertindak dengan betul bagi melindungi keselamatan seluruh penduduk negara kita ni.

6 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...bagus kalau ada Cybersecurity yg mcm ni jadi kita akan rasa terjamin n selamatkan...:)

    ReplyDelete
  2. maszull :

    w'salam mama maszull..betul tu..zaman sekarang ni semakin maju teknologi semakin maju jugak jenayahnya..

    ReplyDelete
  3. Eh, jangan terima kasih kepada saya kerana maklumat ini saya dapat dari sahabat blogger. Saya tolong menyampaikan kepada sahabat-sahabat kita supaya tidak ditipu oleh penyangak siber.

    ReplyDelete
  4. akubiomed :

    hehehe..ape pun sy dpt maklumat ttg cyber security ni dari bro..sama sama la kita sampai menyampai..

    ReplyDelete
  5. hmm..pendedahan yang bagus...

    kalau nak..kena ke web cyber security lah ye?

    ReplyDelete
  6. nabilah_2908 :

    pautan untuk muat turun perisian tu boleh klik pada gambar yang tengah tu..

    ReplyDelete