18 March 2012

Contrail

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 

Sejak dari zaman kanak kanak sampai la ke usia sekarang ni, entah kenapa setiap kali mendengar deruan enjin pesawat terutamanya kapal terbang mesti akan mendongakkan kepala ke langit untuk melihat pesawat tu melintas pandangan mata sambil minda berfikir ke mana arah tujuan pesawat tu agaknya.

Seringkali jugak teruja melihatkan 'laluan wap' atau contrail yang mengiringi pesawat yang bergerak laju di angkasa tu. Masa kanak kanak dulu ingatkan tu asap yang keluar sepertimana asap kenderaan darat. Pernah juga terfikir contrail tu terhasil dari awan yang tersedut ke dalam enjin pesawat yang terbang di langit.


Apa sebenarnya laluan wap atau contrail tu ? Untuk perkongsian hari ni jom kita sama sama mengetahui serba sedikit pasal contrail ni. Apa yang kita lihat seperti asap yang keluar dari belakang pesawat tu sebenarnya ialah wap awan tiruan yang terhasil dari gas ekzos pesawat yang panas kemudiannya menyejuk di udara sekeliling pada ketinggian yang tertentu. 

Dibeberapa kawasan dan ketinggian tertentu di mana suhunya mencapai sejuk terlampau, contrail yang terhasil biasanya lebih tebal dan kekal lama kerana wap yang terhasil terbentuk dari hablur ais kristal. Dan kebiasaannya bagi pesawat ketenteraan, mereka menggunakan sejenis bahan kimia (chlorosulphonic acid) yang disuntik ke ekzos pesawat bagi mengelakkan terhasilnya contrail agar tidak dapat dikesan oleh pihak musuh.

Kalau nak tau atau belajar dengan lebih mendalam lagi pasal contrail ni, boleh la melawat ke laman web contrail education. Jom kita layan sikit gambar gambar contrail.







Gambar : Ehsan Google

6 comments:

  1. masa kecik2 dulu, suka tengok persembahan udara yg kuar warna warni tu...

    ReplyDelete
  2. Saya pun dahulu seusia anak saya akan teruja apabila mendengar bunyi kapal terbang dilangit. Sanggup lari keluar rumah untuk melihat kapal terbang. :-)

    ReplyDelete
  3. Edy Zaidi :

    kalo yang berkaler tu susah nak tengok selalu..nak kena ada event baru kot ada..

    tapi contrail yang biasa ni setiap hari pun boleh nak nampak..hehehe

    ReplyDelete
  4. akubiomed :

    serupa la kita..pantang dengar deruan pesawat mesti terdongak ke langit mencari..siap babai lagi kekadang tu..hehehe

    ReplyDelete