17 February 2012

Tak kenal maka tak cinta (bahagian - 2)

  Tiada Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat penghulu segala hari diucapkan kepada rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 

InsyaAllah entri hari ni menyambung kembali sirah rasulullah SAW dari entri Tak kenal maka tak cinta (bahagian - 1) yang lepas. Memandangkan kita masih lagi berada dalam bulan kelahiran nabi Muhammad SAW , mari la kita sama sama meneruskan mengingati baginda hingga akhir hayat kita seboleh bolehnya.


Kepulangan rombongan dagangan milik Khadijah binti Khuwailid yang diamanahkan kepada Muhammad SAW disambut meriah kerana hasil pulangan dagangan tu sangat menguntungkan. 

Pembantu lelaki milik Khadijah yang bernama Maisarah menyampaikan berita kepada Khadijah tentang kejujuran dan segala akhlak terpuji rasulullah SAW dalam menjalankan perdagangan hinggakan mendapat keuntungan yang tidak pernah diterima sebelumnya.

Atas segala sifat terpuji yang dimiliki oleh Muhammad SAW tu, Khadijah menaruh hati lantas menyatakan hasrat terpendamnya kepada sahabat karibnya yang bernama Nafisah binti Manyah yang seterusnya menyatakan hasrat Khadijah tu kepada rasulullah SAW sendiri.


Melalui bapa bapa saudara nabi SAW, urusan peminangan pun diatur bagi pihak rasulullah SAW kepada bapa bapa saudara Khadijah. Tak lama selepas tu, rasulullah dan Khadijah diijabkabulkan. Adapun Khadijah menjadi salah seorang isteri rasulullah SAW yang paling baginda kasihi selain dari Saidatina Aisyah r.a kerana berbagai pengorbanan dan susah senang yang ditempuhi bersama.

Dari kisah perkahwinan rasulullah SAW dan Khadijah ni, banyak jugak pengajaran yang boleh kita contohi antaranya jika kita sersikap jujur dan amanah pastinya dikasihi dan disayangi orang. Dan lagi bagi kaum hawa yang berkeinginan nak berumahtangga tu, tak salah kiranya kalau nak berkenan pada kaum adam.


Mungkin janggal dan dikatakan macam perigi mencari timba. Contohi la sirah yang ada ni. Maklum je la, sekarang ni kaum hawa pun ramai yang berkedudukan dan memiliki harta benda. Kalau berkenan tu jangan malu malu nak sampaikan hasrat nak jadi isteri kepada kaum adam tapi biar la dengan cara yang betul.

Kalau boleh, berkenan la pada kaum adam yang berakhlak mulia dan beramal soleh. Baru la berbaloi percaturan jadi perigi mencari timba tu. Kalau yang dipilih tu hanya berdasarkan kepopulariti luaran je, kot menyesal dikemudian hari pulak.




Related Posts:

  • Sita punya pasal Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 4 November yang lepas, brader Boni ada mengulas ringkas pasal restoran antara yang terbaik di Ipoh dalam e… Read More
  • Iman kurang sempurna Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pengunjung. Kehidupan kita di atas muka bumi ALLAH ni merupakan suatu proses pembelajaran yang … Read More
  • Piagam Pelanggan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam baru 34 minggu usia kehamilan isteri aku. Kami ke unit O&G Hospital Raja Perempuan Bainun untuk ruj… Read More
  • Terminal Amanjaya Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam awal muharam buat semua rakan-rakan pengunjung yang beragama Islam. Mudah-mudahan kita dapat mengambil ik… Read More
  • Apa ada pada nama Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak lama lagi ni dah nak cuti sekolah. Kenduri walimah pun berderet-deret. Bonus bagi jurunikah sebab penuh sak… Read More

0 comments:

Post a Comment