Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Bagi yang duduk kat negeri Perak, hari ni cuti umum sebab Thaipusam. Cuaca kat Ipoh pun nampaknya cerah sejak pagi tadi tapi tak pasti la kot hujan lebat melanda macam petang semalam pulak.
Entri hari ni mungkin terlebih berat pada pasangan pasangan yang sudah berumahtangga tapi tak salah kalau nak dijadikan teladan bagi bakal bakal pasangan yang nak berumahtangga kelak.
Sebagai seorang yang berstatus suami ni memang rasa berbeza sangat kehidupan berbanding masa zaman bujang bujang dulu. Walaupun semasa berstatus 'solo' dulu tu kononnya dah boleh nak membayangkan camne nak berhadapan dengan kehidupan berumahtangga, tapi yang pasti antara teori dan amali tu macam ibarat langit dengan bumi.
Bukan la nak kata menjadi suami ni susah. Seronok sebenarnya kalau betul betul dihayati. Lebih lebih lagi bila kita dapat bersama dengan pasangan yang kita sendiri impikan.
Tapi perlu kita sedari supaya jangan terlalu mencari kesempurnaan atau terlalu mengharapkan apa yang kita inginkan terutama dari pasangan kita tu sendiri. Misalnya kita mengharapkan pasangan kita tu sempurna seperti ibu kita yang rajin mengemas, rajin memasak, rajin serba serbi dan sebagainya.
Dan jangan pulak membandingkan pasangan kita tu dengan orang lain. Jangan sekali kali buat camtu kalau nak hidup lama. Hehehe..Apa yang penting, lihat dalam diri kita sendiri dulu. Lagipun bukan ke suami tu sebagai ketua keluarga. Ketua tu kan pemimpin, dari sekolah rendah lagi kita dah diajarkan pasal 'kepimpinan melalui tauladan'.
Jangan ingat bila kita ni jadi pemimpin jadi ketua maka boleh sesuka hati nak arah mengarah macam macam. Kalau kita renungi sirah rasulullah SAW sendiri sebagai seorang suami macam mana baginda melayani isteri isteri baginda dengan adil sekali.
Tak salah pun kalau sekali sekala suami buat kerja kerja isteri bila kat rumah. Memasak ke, sidai baju ke, mengemas ke, jaga anak anak ke. Kalau rasa segan nak buat sendiri atau rasa ego besar sangat, sekurang kurangnya bantu isteri memasak ke, kemas rumah sama sama ke, sidai baju sama sama ke. Kalau jiran sebelah rumah nampak pun boleh cemburu tau.
Lagipun perlu kita ingat selalu, bila kita melangkah ke alam rumahtangga ni bermakna kita dah merelakan sebahagian dari diri dan kehidupan kita untuk dikongsikan bersama dengan pasangan hidup kita tu. Andai kita sentiasa ingat formula matlamat utama berumahtangga iaitu kasih + sayang = kebahagiaan, insyaAllah seronok berumahtangga.
Terima kekurangan dan kelebihan pasangan seadanya. Kadang-kadang kita lupa tujuan kita membina mahligai impian hingga melukan hati yang tersayang.
ReplyDelete