Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan kepada rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Entri hari ni apa kata kita berkongsi pasal minyak masak pulak.
Aku tak pasti la samada mungkin aku yang terakhir merasai tentang kekurangan minyak masak yang dijual samada di kedai atau pasaraya tempatan sebab semalam hampir lima buah kedai runcit berhampiran kediaman aku ni takde menjual minyak masak. Kalau ada pun yang mahal giler tu je.
Dalam pencarian minyak masak semalam, sempat jugak aku bertemu ramah dengan salah seorang pemilik kedai runcit yang menghadapi masalah kekurangan stok minyak masak untuk dijual.
Menurut pemilik kedai runcit tu, memang sudah jadi kebiasaan hampir setiap tahun bermula hujung tahun hingga melarat ke awal dua bulan tahun berikutnya. Untuk tahun 2012 ni pulak, antara sebabnya berkenaan subsidi kerajaan dalam menentukan harga pasaran minyak masak dan sambutan perayaan tahun baru cina.
Aku pun tak la dapat tangkap sangat ape yang apek tu cakap tapi dalam masa yang sama dapat aku rasakan kerunsingan beliau dalam mencari keuntungan jualan agak tergugat jugak la. Tu penjual punya runsing kalau kita yang pengguna ni pulak tak dapat nak membeli minyak untuk kegunaan setiap hari, apa cerita ?
Larat ke nak beli minyak yang mahal tu untuk kegunaan setiap hari ? Dah la nak menggunakan minyak yang dah digunakan tak digalakkan pulak tu. Boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan kalau diamalkan.
Alternatifnya ? Makan makanan kurang penggunaan minyak. Hari hari makan makanan rebus atau kukus. Tukar dari makanan bergoreng kepada makanan yang dibakar atau dipanggang.
Arang pun boleh tahan mahal sekarang ni. Nak guna oven kang parah pulak nak bayar bil elektrik. Kalau nak guna ketuhar gelombang selalu pulak dikatakan tak berapa elok sangat untuk kesihatan.
Mungkin kalau kita mengamalkan pemakanan cara orang orang terdahulu lebih baik kot. Tanam sayuran dan ulaman banyak banyak kat belakang rumah, lebihkan makan sayuran ulaman dari makan produk daging, ikan dan sebagainya tu. Tak pun, perah sendiri je dari kebun kelapa sawit bapak aku tu. Hehehe...Boleh ke ?
Isu kekurangan minyak masak sudah berlarutan 3 bulan di tempat saya sejak penghujung tahun lepas.
ReplyDeleteHairan pengeluar minyak sawit terbesar dunia tidak mempunyai minyak yang cukup untuk negara sendiri.
setakat ni di Melaka...tak ada masalah rasanya...beli barang dapur minggu lepas...rak2 minyak masih penuh...
ReplyDeletemungkin kurang pekerja kat ladang sawit...?
michael kors handbags
ReplyDeletefit flops
oakley sunglasses
coach outlet store
true religion jeans
fitflops sale clearance
true religion
michael kors outlet clearance
ugg canada
ugg boots
20161226
burberry handbags outlet
ReplyDeletepandora rings
adidas outlet
coach outlet store online
timberland boots uk
mcm handbags
ecco shoes outlet
broncos jerseys
oakley sunglasses outlet
toms outlet
20172.27chenjinyan
mont blanc pen
ReplyDeleteair max outlet
pandora charms outlet
coach factory outlet
michael kors outlet canada
oakley sunglasses wholesale
hermes bags
nfl jerseys wholesale
ray bans
birkin handbags
170624yueqin