05 February 2012

Mentor

  4 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat berhujung minggu dan salam maulidur rasul buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 

Sempena kita semua menyambut hari maulidur rasul yang jatuh pada hari ni, marilah kita bersama sama memperbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita, Muhammad SAW sebagai tanda cinta dan kasih kita sebagai umatnya.



Kita semua tahu semasa di akhir hayat baginda, tiada lain yang lebih baginda utamakan bukannya isteri isteri baginda, bukan juga anak anak baginda, bukan juga para sahabat baginda tetapi kita umatnya juga yang disebut sebut meniti dibibirnya semasa menghadapi sakaratulmaut.

Betapa sayang dan kasihnya baginda kepada umatnya akan tetapi adakah kita sebagai umatnya sebegitu kasih dan sayang kepada baginda SAW ? Berapa kali dalam sehari kita berselawat ke atas baginda ? Adakah hanya setahun sekali di hari maulidur rasul je kita memperingati beliau ?



Semoga bermula dari hari ni, marilah kita sama sama menanamkan kecintaan terhadap nabi junjungan kita yang terakhir dengan harapan mudah mudahan kita menjadi umatnya yang diberikan syafaat ketika di akhirat kelak.

Dan semoga bermula dari hari ni jugak, marilah kita menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola dan mentor dalam kita mengharungi kehidupan di dunia ni. 



InsyaAllah perkongsian ni tak berakhir kat sini je. Ada masa dan kesempatan nanti kita menyusuri lagi sejarah tentang nabi junjungan SAW di lain entri. Takkan cukup dengan hanya sehari je kita memperingati kekasih hati tul tak ? 




4 comments:

  1. nabi masih mengingati umatnya kala menempuh saat kematian, tp tdk semua umatnya yg mengingatinya.

    ReplyDelete
  2. Mari kita senantiasa ber sholawat untuk junjungan Nabi besar Muhammad SAW....

    ReplyDelete