Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Hari ni semasa mentelaah akhbar dalam talian, terbaca pulak pasal kisah seorang anak yang tergamak mengugut mak dia sendiri demi melebihkan kekasih hatinya.
Bukan ugut nak buat mogok lapar atau tak nak mandi seminggu, tapi diugutnya nak tikam mak dia tu dengan penebuk tin susu sebab mak dia tak kasi anak dia pinjamkan kereta Toyota Vios kepada kekasih hatinya tu. Tak cukup dengan tu, paksa pulak mak dia bagi duit RM1500 bersama dengan geran kereta sebab nak pergi ke Thailand.
Oleh kerana tu, mahkamah menetapkan denda sebanyak RM3000 ke atas anak yang derhaka tu atas kesalahan yang dilakukan terhadap mak dia. Masalahnya, dia tu dah la penggangur. Camne dia nak bayar denda yang ditetapkan mahkamah tu ? Mane nak cari duit ? Kemungkinan besar mak dia yang diugut tu jugak la yang akan membayarkan denda tu.
Biasa yang kita dengar kes kes sebegini melibatkan golongan penagih yang dah kehabisan sumber untuk membeli bekalan diorang tu. Tapi kes yang ni agak unik jugak la sebab melibatkan kekasih hati pulak.
Tergamak tul nak ugut mak sendiri sampai camtu sekali. Padahal mak dia tu la yang bersusah payah membesarkan dia dari tapak kaki tu sebesar dua jari. Tak cukup dengan tu ditambah lagi dengan segala kepayahan sewaktu mengandungkan selama sembilan bulan sepuluh hari. Tak dikira lagi bagaimana mak dia tu bertarung nyawa untuk melahirkan.
Tapi bukan la nak tumpukan pada dia tu je. Kita kita ni pun kena la beringat sama. Jangan sesekali menderhaka pada mak kita sendiri. Kena ingat selalu segala susah payah mak kita dari kita berada dalam kandungan lagi.
Macam aku yang dah tak mempunyai mak kandung mungkin dah kehabisan peluang nak memberikan segala kegembiraan untuk dikecapinya. Cuma doa yang tak putus setiap kali selepas solat je la yang mampu aku hadiahkan untuk mak aku.
Walau berapa lama pun kita hidup, tak kita setua mana pun usia kita ni selagi kita mempunyai mak yang melahirkan kita ke dunia ni, jangan la rasa malu malu nak mengucapkan kata kata cinta dan sayang pada mak kita tu. Kalau pada kekasih boleh diucapkan sejam sekali, pada mak sendiri takkan tak boleh kot ?
Hargailah mak kita tu selagi ada. Walaupun kita ni hidup berjaya kaya raya, bukan kesenangan hidup yang mak kita tu nak sebenarnya. Cukup kalau kita melimpahkan kasih sayang pada mak kita tu melebihi dari apa yang kita perolehi masa kita kecik dulu. Tapi tak tau la pulak kalau ada mak mak yang materialistik. Hehehe..ada ke ?
Banyak nau kisah2 gini sejak dua menjak ni, takut pulak jadinya..moga cepat2 la berubah selagi mak masih hidup tu..
ReplyDeletegenarasi muda masa kini..hmmm...
ReplyDeletesemakin hari semakin teruk...
bab mak materialistik....ada je..pernh juga dgr kisah2 mcm ni..ad kes yg si anak terpaksa berhutang dgn along tuk penuhi permintaan mak.. :)
Anak derhaka ini tentu gara-gara dahdah sintetik
ReplyDeleterasanya cara didikan ibu bapa
ReplyDeletejuga penting agar anak2 tu menjadi
insan yang berguna
tapi memang ramai yg kaya raya
tapi lupa nak menyenangkan
ibu dan bapa...
Bila dah jadi parent ni baru la tau susah payah parent masa nak besarkan kita. Tapi setengah anak tak tahu nak hargai penat lelah dan pengorbanan parent diorang. Semoga Allah buka hati dan jalan untuk menyedarkan kita dan semua yang terlupa.
ReplyDeleteanak durhaka..tak cium pintu syurga klu x mintak ampun.
ReplyDeletesaya sayang mak saya!!
ReplyDelete2015-9-30 linlei
ReplyDeleteMichael Kors Outlet Online Deals Huge
Michael Kors Factory Outlet Online Official
Outlet Michael Kors Sale Online
Coach Outlet Handbags With Factory Price
Michael Kors Handbags Clearance Outlet
Christian Louboutin Outlet Sale Cheap Online
Gucci Outlet Store Locations
Montblanc Pen Refills Outlet
hollister uk sale
michael kors bags