Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Alhamdulillah pagi ni cuaca di bandar Ipoh agak cerah berbanding semalam.
Apa program yang dilakukan hujung minggu ni ? Mungkin ada yang keluar membeli belah dengan rakan rakan atau keluarga kot maklum la gaji pun dah masuk. Kalau berbelanja tu biar la berpada pada. Jangan belum sampai hujung bulan dah kering poket pulak.
Bagi yang menetap berhampiran Ipoh ni, kalau takde apa apa program nak dibuat hari minggu ni boleh la ke Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) yang terletak di Gopeng. Terutamanya bagi lepasan graduan atau sesiapa saja yang masih mencari pekerjaan.
Untuk makluman rakan rakan, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak ada mengadakan Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja yang akan berlansung selama dua hari bermula hari ni dan akan berakhir esok. Programnya bermula seawal jam 9 pagi hingga ke jam 4 petang.
Antara aktiviti yang berlansung selama dua hari ni seperti temuduga terbuka, seminar kerjaya, ujian psikometrik, pameran kerjaya, khidmat nasihat pekerjaan dan pendaftaran di JobsMalaysia.
Bagi yang berminat, boleh la hadir mana la tau ada rezeki boleh menjana pendapatan sendiri pulak lepas ni. Jangan terlepas peluang sebab program ni akan berakhir esok. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.
salam pipoq,
ReplyDeletebagus majlis gitu..
utk anak muda cari peluang kerja :)
kak ati baru selesai dgn kek2
sat lagi kalau hb balik awai
boleh gi kenduri kahwin :)
hari ni ada workshop kat Hotel Heritage
ReplyDeleteSekarang ini macam usaha dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu graduan mengganggur mendapatkan kerja.
ReplyDeleteZaman saya tahun 1996 kena usaha sendiri dengan panjat pejabat majikan satu persatu
erk hari penempatan pekerja ni macam job fair tu ke?job fair eyh org panggil?aku pon lupe.hu3
ReplyDeletebestnye ade event macam tuh kan .
ReplyDelete