Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa di hari rabu ni buat semua rakan rakan pengunjung yang sentiasa dirahmati Allah. Kebelakangan ni jarang jarang pulak update entri. Jangan kata nak update entri, nak menjengah laman blog rakan rakan lain pun tak berkesempatan sangat.
Maaf dipinta sebab kesibukan melanda ditambah jadual kerja yang berubah sejak masuk Ramadhan ni. Seawal jam 3 pagi dah nak kena bangun ke tempat kerja menyediakan makanan sahur dan berterusan sampai masuk waktu subuh. Kemudian sambung kerja semula dari jam 12 tengahari sampai la 9 malam. Ok, lupakan pasal tu semua.
Kalau tengok tajuk entri hari ni mesti ada yang terfikir apa ke benda yang dimaksudkan dengan kongsi ni ? Ulasan filem kongsi ke ? Rumah kongsi ? Kongsi yang aku nak kongsikan kat entri hari ni berkaitan dengan ibadah bulan Ramadhan yang kita sedang jalani sekarang ni.
Mungkin ramai yang dah tahu dan selalu dengar pasal salah satu kita berpuasa ni adalah kerana untuk berkongsi perasaan saudara semanusia yang lain terutama yang seagama yang mana bagi mereka yang kurang berkemampuan dari kita ni. Maknanya sekurang kurangnya kita dapat merasai dan berkongsi sedikit perasaan kelaparan yang mereka harungi.
Setakat mana kita mampu nak menginsafi diri dengan berkongsi kelaparan ni ? Adakah cukup dengan membelai perut yang berkeroncong minta diisi atau dengan hanya tidur berehat menanti waktu berbuka sambil minda teringat ingat pada individu yang kebuluran ditempat lain ? Atau mungkin minda hanya teringat dan memikirkan juadah apa yang bakal dibeli di bazar Ramadhan untuk dilahap waktu berbuka nanti ?
Memetik maksud firman Allah dalam ayat Al Quran berkenaan kewajipan berpuasa ni, diakhiri dengan "agar kamu bertaqwa". Adakah memenuhi meja dengan berbagai juadah untuk berbuka puasa itu menunjukkan kita menjadi orang yang bertaqwa ? Adakah dengan tidur sepanjang siang menjadikan kita orang yang bertaqwa ?
Sebenarnya tak perlu kita memandang jauh ke negara orang lain bila nak mengenangkan individu individu yang tak berkemampuan dan menghadapi kebuluran. Malah dalam negara kita sendiri pun rasanya ramai insan insan malang yang tidak bernasib baik seperti kita.
Mungkin jiran kita sendiri ? Mungkin ada kenalan kita sendiri ? Mungkin jugak dalam kalangan sanak saudara kita sendiri yang hidupnya tidak seindah kehidupan kita yang mewah makan. Jadik pada ketika dan masa ni la seharusnya kita bermula untuk merasai keperitan hidup mereka. Bukan je setakat merasai, sebolehnya dibantu agar mereka tidak berterusan terpaksa mengikat perut.
Selain tu jugak, dalam bulan Ramadhan ni selain kita menjalani ibadah puasa dengan menahan diri dari makan dan minum disiang hari, kita jugak diwajibkan menunaikan zakat fitrah yang hanya setahun sekali je kita keluarkan duit ni. Melalui zakat ni jugak kita dapat berkongsi kegembiraan dengan asnaf asnaf zakat terutama fakir miskin dalam berbelanja menyambut hari lebaran.
Bukan banyak pun nak kena dikeluarkan. Kalau kat negeri Perak ni, nilainya RM7 bagi setiap diri. Andai kata dalam keluarga ada 10 orang, maka jumlah zakatnya hanya RM70. Banyak ke tu ? Takkan terketar tangan nak keluarkan zakat fitrah sebanyak tu kot sedangkan nak bayar harga kain langsir baru semata mata nak menyerikan rumah sempena hari lebaran yang bernilai ratusan ringgit tak pulak ragu ragu.
Bagi yang bujang bujangan pun jangan la mengharap bapak kat kampung je tolong bayarkan. Walaupun mungkin masih dibawah tanggungan, tak salah kalau mula belajar membayar zakat fitrah ni dengan wang belanja yang kita ada. Ala, beli tiket wayang lagi mahal dari bayar zakat fitrah ni ape. Kedekut tul la kalo tu pun nak berkira. Setahun sekali je pun nak keluarkan duit bayar zakat fitrah ni. Masuk panggung sebulan dua tiga kali tak kecoh pun.
Rasanya sampai sini dulu la perkongsian untuk hari ni. InsyaAllah bila ada kelapangan boleh la kita berkongsi lagi. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amal kita diterima Allah.
tahun ini tahun pertama wan membayar zakat sendiri
ReplyDeleteyeah
alahamdulilah
Terima kasih share jadual zakat tu..Selamat berpuasa..
ReplyDeleteoo..
ReplyDeletesaya xpayah bayar zakat lagi..
hihi