Assalamualaikum, salah sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang sudi singgah ke sini. Sepanjang dua minggu ni tak habis habis pasal bersih. Aku pun tak faham apa motif diorang tu. Kalau berkumpul ramai ramai buat operasi membersihkan jalan lagi berfaedah aku rasa dari berkumpul ramai ramai bersorak bawak sepanduk ape semua tu.
Lupakan pasal bersih tu kita teruskan dengan tajuk entri hari ni. Sebagai manusia yang hidup kat muka bumi sementara ni selalunya hidup kita ni dihiasi dengan perkara kadang kadang. Cuma mungkin kita je yang tak sedar.
Kadang kadang masa kita menikmati makanan tak kira la kat rumah ke atau kat premis menjual makanan, selalunya kita banyak komen. Merungut tak tentu pasal cakap tak sedap la, mahal la, sikit la. Biasanya kita lupa sewaktu kita menikmati hidangan tu ada orang lain yang kelaparan, terliur membayangkan apa yang kita makan tu tapi tak berkemampuan.
Kadang kadang masa kita melaksanakan tugasan kerja yang diberikan kita mengeluh sorang sorang cakap dalam hati macam takde orang lain yang boleh disuruh. Biasanya kita lupa yang dah berapa tahun kita makan gaji setiap bulan kat situ sedangkan ada orang lain yang terkial kial nak dapatkan imbuhan tetap setiap bulan.
Kadang kadang masa kita bersenang lenang berehat menonton televisyen tanpa memikirkan kerisauan kehidupan sebab semuanya telah kita perolehi dari segi kewangan, kesihatan, dan sebagainya sampai kita rasa bosan tak tau nak buat apa dah. Biasanya kita lupa ada orang lain yang bertungkus lumus mengerah tulang empat kerat siang dan malam hanya untuk memperolehi sedikit kehidupan selesa.
Kadang kadang bila kita rasa duit kita dah 'terlebih' dari cukup kita tanpa ragu ragu membelanjakan duit terlebih tu dengan memberikan hiburan untuk diri kita. Biasanya kita lupa ada orang lain yang memerlukan lebihan duit kita tu dalam bentuk sumbangan ikhlas dan biasanya kita ragu ragu nak membelanjakan duit lebih kita tu untuk 'menghiburkan' orang lain.
Kadang kadang kita tak kesah nak melabur hampir separuh pendapatan kita bagi menampung kelas piano, kelas renang, kelas viola anak anak kita supaya anak kita tu nanti memiliki bakat yang tak semua orang ada. Biasanya kita lupa nak melaburkan pendapatan kita untuk anak kita tu dalam membakatkan anak anak lancar membaca Al Quran dan fasih tentang ilmu agama.
Kadang kadang kita seronok berkumpul dengan kawan kawan di padang futsal atau pergi berhibur ke panggung wayang atau bermain bowling atau sekadar menghabiskan masa sampai berjam jam lamanya. Biasanya kita lupa nak menghabiskan sedikit masa mengabdikan diri dengan penuh khusyuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada Pencipta.
Kadang kadang kita mengeluh mengenangkan kehidupan kita yang macam roda. Sekejap kat atas sekejap kat bawah. Kalau boleh tu nak kat atas je sepanjang masa. Biasanya kita lupa selama kehidupan kita kat muka bumi ni apa yang kita perolehi mungkin melebihi dari orang lain.
Kadang kadang kita berasa kehidupan kita dah cukup sempurna kerana kita miliki segalanya. Biasanya kita lupa apa yang kita perolehi tu bukanlah milik kita selamanya dan lebih menyedihkan lagi biasanya kita lupa nak berterima kasih atas segala kurnia yang kita ada. Apa yang kita selalu buat hanya merungut, merungut dan terus merungut.
Syukur alhamdulillah.
ReplyDeleteYang penting kita rajin berusaha kearah kebaikan seiring dengan amalan terhadapNya, insyaAllah kita akan selamat dunia akhirat.
Rasanya gerakan BERSIH 2.0 ini berkobar-kobar setelah adik Thaksin pihak pembakang telah menang pilihanraya Thailand mengalah parti pemerintah.
ReplyDeleteRasanya banyak saluran yang boleh diadukan dari buat perarakan sudah tentu akan memberi masalah kepada semua pihak nanti
insaf sekejap...huhu
ReplyDeletehidup kita kadang2 nak complain je cakap xcukup sedangkan ramai lagi yang xsesempurna hidup kita..
ReplyDeleteape2 pun sentiasa bersyukur..
terkesan di hati...adakalanya mengeluh juga...tp buat mcm ni juga la...cuba fikir tntg org lain...dari situ baru la timbul kesedaran... ;)
ReplyDeletemmg manusia takkan pernh cukup dgn apa yg ada...