Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Sambil pekena neslo air yang menyegarkan tekak yang gatal gatal di pagi yang sedikit keredupan ni sempat jugak la aku jenguk jenguk blog orang lain. Ada yang sempat aku tinggalkan kata kata dan ada yang cuma aku singgah membaca je.
Mungkin ada jugak yang tak berkesempatan lagi untuk aku jenguk jenguk tapi tak bermakna pulak aku mengabaikan. InsyaAllah bila ada kesempatan pasti akan aku singgah jugak. Kalau nak terjah semua sekali setiap hari mau tak jalan pulak pasaran saham papan utama BSKL tu.
Hari ni aku nak berkongsi pasal umpat. Tak boleh dimakan atau dipakai pun umpat ni. Pengertian umpat ni dalam penjelasan Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin jilid ke 3 ada berbagai jenis.
Menurutnya kita ni terlibat dalam mengumpat bila kita memperkatakan tentang seseorang pasal tubuhnya, keturunannya, kelakuannya, perbuatannya yang bersangkutan dengan agama, perbuatannya yang bersangkutan dengan duniawi dan pakaiannya.
Umpatan ni pulak terjadi bila seseorang bercerita dengan seseorang yang lain berkenaan seseorang yang lain pula. Andainya apa yang diceritakan tu perkara yang baik baik, maka terhindar la dari dosa mengumpat tapi jika apa yang diceritakan tu perkara yang menjelikkan, semoga kita terhindar dari perbuatan zalim camni.
Siapa saja pun boleh terlibat dalam perkara umpat ni. Nak jadi pengumpat boleh. Nak jadi pendengar umpatan boleh. Nak jadi mangsa umpatan pun boleh. Mungkin ahli keluarga kita. Mungkin rakan rakan kita. Mungkin jiran jiran kita. Semuanya berpotensi untuk terlibat sama.
Tambahan pulak dalam dunia serba lebar macam sekarang ni. Kalau zaman dulu nak bawak cerita pasal orang lain mungkin tahap kesebarannya sedikit terhad. Berbanding zaman sekarang ni, segalanya hanya dihujung jari je.
Memberi contoh kalau la aku ceritakan pasal kambing jantan peliharaan aku tu yang tak tau malu. Sudah la telurnya besar sebelah, seluar dalam tak pernah nak pakai. Tapi ada hati nak mengurat kambing betina dara Pak Abu kampung seberang.
Cukup hanya dengan beberapa perkataan camtu pun dah boleh menjadi buah cerita seluruh dunia. Sampaikan individu yang kita tak kenal, tak pernah kenal dan tak lansung mengenali pun boleh memanjangkan cerita umpatan pasal kambing tu.
Kadang kadang dalam tak sedar kita terumpat pasal seseorang kepada orang lain. Ada yang bercerita tentang ahli keluarga sendiri. Ada yang bercerita tentang pasangan hidup sendiri. Ada yang bercerita tentang kawan, rakan dan sahabat sendiri. Dalam tak sedar kadang kadang tu kita menceritakan keburukan mereka lalu dalam tak sedar jugak keburukan tu akan tersebar luas tanpa kita maksudkan.
Jadi berhati hati la dalam urusan seharian tu. Berhati hati dengan apa yang diperkatakan. Jauhi diri dari sifat tercela ni. Andai terdengar, cepat cepat la pekakkan telinga seperti mana firman Allah dalam surah yang ke 20, Al-Qashash ayat ke 55 dari juzuk ke 20 dimukasurat 392 yang bermaksud,
"Dan apabila mereka (orang orang beriman) mendengar perkataan yang sia sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata : "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu, selamat tinggallah kamu, kami tidak ingin berdamping dengan orang orang yang jahil".
bercakap yg betul di belakang orang itu mengumpat, bercakap benda yag tidak benar dibelakang orang itu fitnah.
ReplyDeletemengumpat nie dah macam hobi bagi sesetengah org...selalu org kaitkan mengumpat nie dgn org perempuan..tapi lelaki pun kuat ngumpat juga...betul tak?
ReplyDelete