Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat rakan rakan pengunjung sekalian. Masa aku menaip entri ni, mata aku sedang fokus pada dua skrin. Sebelah mata pandang skrin laptop sambil jari menaip entri, sebelah lagi pandang kaca TV layan Grey's Anatomy kat StarWorld.
Dunia sekarang ni semuanya semakin laju. Cuma talian jalur lebar aku ni je yang tak berapa nak laju. Hehehe..Apa pun perkaranya semua nak cepat. Ye la, masa tu kan ibarat emas. Macam apa yang aku buat ni pun lebih kurang la. Sambil menaip entri sambil menonton TV.
Bila cakap pasal laju, cepat dan apa apa yang semaksud dengannya ni, teringat pulak sampaikan makanan pun terlibat sama. Malah dari zaman dulu lagi pun dah wujud makanan yang tak memerlukan masa yang lama untuk dinikmati.
Siapa yang tak suka makanan segera ? Ayam goreng segera, burger segera, karipap segera, mee segera dan macam macam lagi yang segera. Sedap tu memang la sedap. Senang lak tu tak payah nak tunggu lama macam memasak. Tambah lak kalo aku yang memasak.
Wifey aku cakap kalo aku masuk dapur nak siapkan hidangan memang lama. Tapi yang penting sedap dan menyelerakan. Sebelum makanan tu dinikmati, proses memasak tu pun kena jugak dinikmati sama tul tak ?
Berbalik pada makanan segera tu, walaupun sedap, pantas dan menyelerakan tapi dalam kebaikan yang ada pada makanan segera tu ada jugak keburukannya.
Mungkin kita jarang jarang nak periksa segala kandungan yang ada dalam bahan bahan penyediaan makanan segera tu. Apa yang ada pada bungkusan produk tu pun hanya kandungan nutrisi yang pada tafsiran minda kita ianya agak menyihatkan.
Apa yang kita fikirkan cuma mudah, murah dan segera. Tak payah nak susah susah tunggu lama untuk disumbatkan dalam perut. Seluk poket keluarkan duit dan masukkan makanan dalam perut. Kesan jangka masa panjang tu abaikan je.
Bukan la nak menafikan pulak. Memang la bagus dengan adanya kemudahan camtu tapi kesimpulannya biarlah terhad dan terkawal. Sekali sekala tu mungkin la tak mengapa sekadar melepaskan gian kepada makanan segera ni. Tapi kalau selalu sangat, jangan menyesal pulak dikemudian hari.
Dan yang lebih penting lagi dalam dunia yang serba segera ni, amal ibadat tu lebih utama kalau nak disegerakan. Kalau mee segera 2 minit tu pun kita sanggup abadikan dalam kehidupan, takkan solat segera bila masuk waktunya tu dan bila dilaksanakan mungkin hanya mengambil masa 2 minit jugak tu pun liat nak abadikan dalam hidup.
Sy antara orang yang suka tengok nutrition facts and ingredients..suka belek dan telek lebel..
ReplyDeleteYe la, makanan tu msuk dalam perut, jadi darah daging kan?kenala psti kan kandungan nutrisi utk kekal sihat dah pastikan kehalalan nye agar dpt makan tanpa rasa was-was=)
blh pulak ang buat entri sambil tgk tv ye..kalau aku x boleh nya aku nak fokus~ =D
ReplyDeletehmm...fast food mmg jarang makan...
ReplyDeletetp kt rumah bnyk makanan fast food...lagi2 nugget & fries..adik sy cukup suka bnda2 ni...
Surie :
ReplyDeletehalal tu paling utama..pehtu baru la yang lain lain menyusul..
h A n Y S :
ReplyDeletedunia semakin maju..sedangkan syempu pun 2 dalam satu ni kan pulak aku..hehehe
nabilah_2908 :
ReplyDeleteyg tu pun kena kawal jugak..apa je makanan berasaskan makanan berproses serba sikit boleh mendatangkan mudarat di masa akan datang
tu la pasal.
ReplyDeletewhat to do.
fast food sedap kot.
xD
amboi...
ReplyDeletepuji diri sendiri nampak..
haha...
dok asrama malas nak turun segala jenis meggi la aku lahap....
Nutrition Fact kalau baca pun ada yang tidak faham dan begitu juga kandungan kalori yang diperlukan untuk seseorang.
ReplyDeleteAda masa ingin membenarkan tekak merasa 2 minit segara tapi bukan selalu sekadar melepaskan kerinduan nafsu.
ugg boots
ReplyDeletefit flops
cheap uggs
ray ban sunglasses outlet
birkenstock sandals
canada goose outlet
jerseys wholesale
jordan shoes
cheap uggs
jordan shoes
20161226