03 June 2011

6 penyakit harus dijauhi

  4 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi Allah sekalian. Segala puji bagi Allah dapat lagi kita bertemu di alam maya ni untuk sedikit perkongsian bersama walau apa jua topiknya. 

Hari ni aku nak berkongsi serba sedikit tentang isi khutbah yang dibacakan oleh tuan khatib masa kat masjid tadi. Sangat menarik pengisiannya hingga membuatkan mata aku yang mengantuk terasa segar apabila tuan khatib tu mengulas isi khutbah yang dibacakan tu dengan jelas.


Ianya berkenaan hadis rasulullah SAW berkenaan penyakit umat terdahulu yang melanda umat zaman sekarang ni. 

Apa penyakitnya tu ? Adakah ada antara kita yang menghidapinya ? Jom kita sama sama tengok.

Berseronok banyak.

Penyakit yang pertama disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda tu ialah berseronok banyak. Terlebih dalam berseronok. Memang dah jadi fitrah manusia ni sukakan pada hiburan dan keseronokan. Takde larangan dalam agama untuk berseronok tapi tak boleh berlebih lebihan.


Kalau kita tengok zaman sekarang ni boleh kata 80% kehidupan kita dikelilingi dengan keseronokan. Dengan bermacam macam rancangan TV, konsert di sana sini, program realiti yang menjurus pada keseronokan dan macam macam lagi. Kalau dibandingkan antara program hiburan dengan program majlis ilmu, ibarat bintang dengan bumi. Jauh terlampau jauh.

Bermewah mewah.

Penyakit kedua yang disebut Rasullullah SAW pulak ialah bermewah mewah. Islam tidak melarang penganutnya untuk mengumpul harta yang banyak malah sedia maklum para sahabat Nabi SAW sendiri pun ada yang bergelar jutawan. Tapi bermewah mewah yang dimaksudkan tu ialah dengan berbangga dan bermegah megah dengan kemewahan yang ada hingga lupa diri.


Lupa diri sampai terlupa bahawa semua harta yang dimiliki tu adalah kurniaan Allah jualah semata mata. Beli kereta mewah sampai dua tiga bijik. Rumah pulak besar tak ingat. Bila nak berzakat, bersedekah, nak membantu umat Islam lain yang memerlukan tak pernah difikirkan pun.

Menghimpun harta 

Penyakit ketiganya ialah menghimpun harta dunia dengan banyak. Tak salah pun nak menghimpun harta sebab Islam memang melarang umatnya bermalas malasan dan menjadi fakir. Cuma disini yang menjadi masalahnya bila keterlaluan dalam menghimpun harta sampai lupa nak menghimpun bekalan harta di akhirat kelak.


Zaman sekarang ni berapa ramai yang sanggup berhujan panas mengerah tenaga demi mendapatkan harta yang banyak. Purata sehari selama 8 jam berkerja malah ada yang menambah masa dengan melakukan kerja lebih atau kerja sampingan semata mata untuk mendapatkan pulangan yang banyak. Sampai ada yang sanggup mengabaikan masa sekitar lima atau sepuluh minit untuk sujud membuktikan kehambaan kepada Allah. 

Tipu menipu merebut harta dunia

Penyakit yang ke empat ni selalu dah kita dengar. Sebabkan nak kaya dengan cepat sampai sanggup menggunakan penipuan. Dengan skim cepat kayanya la, penipuan internet la dan macam macam la lagi jenis penipuan semata mata nak jadi cepat kaya. 


Kadang kadang tu tak kira mangsa pun. Asalkan dapat dipenuhi matlamat merebut harta dunia tu, lansung tak difikirkan dosa akibat penipuan tu. Mudahnya manusia kabur matanya kerana harta. 

Saling bergaduh

Penyakit ke lima ni pun selalu kita dengar. Bukan bergaduh antara kongsi gelap tu tapi bergaduh kerana nak membuktikan siapa yang lebih hebat dan berkuasa. Macam kucing dengan anjing. Masing masing nak menyalahkan antara satu sama lain. 


Kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dah jadi macam lauk je dalam kehidupan. Kalau takde semua tu terasa macam tak lengkap je hidup seharian. Walaupun sesama agama tapi tetap jugak nak bermusuhan sampai sanggup menjatuhkan maruah sesama sendiri. 

Hasad dengki

Penyakit yang ke enam disebut Rasulullah SAW lagi ialah hasad dengki sesama manusia. Tak boleh tengok orang lain berjaya lansung, mula la nak disabotajnya. Bila orang lain mendapat susah, berseronok sakan melihatkan kesusahan orang lain tu.


Sepatutnya sebagai umat bersaudara, perasaan hasad dengki ni perlu la dibuang jauh jauh. Tapi disebabkan hati yang busuk, perkara pertama yang selalu difikirkannya adalah cara nak menjatuhkan orang lain. 

Tu la enam penyakit umat terdahulu yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW yang akan melanda umat Islam akan datang. Dan tak perlu tengok akan datang, zaman sekarang pun dah banyak menular penyakitnya. 


Sama sama la kita mengambil peringatan untuk diri kita sendiri, ahli keluarga kita, rakan rakan kita supaya menjadi iktibar dan panduan dalam menjalani hidup yang sementara ni. Buangkan sifat sifat mazmummah yang ada dalam diri kita ni, tanamkan sifat sifat mahmudah agar kita menjadi hamba Nya yang diredhoi bukan saja kat dunia ni malah di akhirat kelak.


4 comments:

  1. hmm...betul la...ke enam2 penyakit ini..mmg sedang menular.... :(

    ReplyDelete
  2. betul2..
    ramai yang lalai untuk mengejar sesuatu perkara..

    ReplyDelete
  3. moga2 kita semua terhindar drpd penyakit ini. aminn

    ReplyDelete