06 May 2011

keutamaan membaca Al Quran

  6 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat penghulu segala hari buat semua rakan rakan pengunjung. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Baru je rasanya menghadiri solat jumaat berjemaah di masjid semalam hari ni dah tiba lagi hari dituntut berjemaah bagi kaum lelaki untuk ke masjid mendengarkan khutbah dan bersolat jumaat.



Hari ni aku nak berkongsi tentang keutamaan membaca Al Quran. Seperti mana yang kita sedia maklum, Al Quran ni adalah salah satu mukjizat tinggalan Nabi S.A.W untuk umatnya. Kalam Allah yang Maha mulia bagi kita umat Islam. Menjadi panduan dan kelebihan untuk kita semua.

Kerap kali bila aku balik ke rumah dari menyelesaikan amanah dan tanggungjawab kerja, aku terserempak dengan budak budak yang berjalan kadang kadang berlari pulang dari mengaji Al Quran di kejiranan aku tu. Terasa lega jugak dalam hati ni bila memikirkan masih ada jugak lagi generasi yang ingin mendalami Al Quran tu.



Aku ingat lagi masa umur aku sendiri lebih kurang sebaya macam budak budak tu, yang biasanya menghabiskan masa lapang dengan menonton TV atau bermain dengan kawan kawan sebaya tapi terselit jugak waktu kerahan untuk pegi belajar membaca Al Quran di rumah guru Al Quran tu. 

Tak cukup dengan tu, setiap kali lepas solat maghrib jangan mimpi la nak mengadap TV. Arwah mak aku dengan rotan halusnya memaksa aku dan adik beradik lain untuk duduk menghadap depan dia dan baca muqaddam. 



Aku ingat lagi camne peritnya kena rotan sebab lembab sangat nak mengingat dan menghafal huruf huruf hijaiyah tu. Sampai menangis meleleh leleh hingus pun kena jugak baca sampai abis satu muka surat tu.

Alhamdulillah dengan hasil usaha paksaan dan kerahan tu, bila dah dewasa ni baru la nampak kesan dan kepentingannya. Kebetulan pulak sikit sebanyak aku sendiri sekarang ni terlibat dalam mendidik generasi millenium ni mendalami Al Quran, kadang kadang rasa sedih jugak bila ada sebilangan mak bapak yang tak mementingkan dan menanam sifat mencintai Al Quran tu dalam jiwa anak anak diorang.



Ada sesetengah tu lansung tak ambik berat lansung. Apa yang lebih utama, asalkan anak anak diorang tak buta IT, tak keciciran dalam pendidikan duniawi malah sanggup membelanjakan lebih untuk pendidikan duniawi anak anak tu.

Aku pernah jugak menyertai satu seminar sebagai fasilitator untuk pelajar pelajar menengah tentang menyemarakkan generasi Al Quran di jiwa remaja masa kini. Terkejut jugak aku bila dapat tau lebih kurang 95% peserta yang terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 5 masa tu ada yang lansung tak kenal huruf Al Quran tu. 



Bagaimana pulak generasi sekarang ni ? Adakah akan sampai masanya nanti Al Quran tu akan menjadi perhiasan semata mata ? 

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: 

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran - yakni tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya, maka ia adalah sebagai rumah yang musnah - sunyi dari perkakas."  

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

6 comments:

  1. nice sharing hari jumaat.. sepatutnya semua org tak lupakan keutamaan ini

    ReplyDelete
  2. Kelebihan membaca Al Quran itu adalah teramat besar dan tidak terbayang oleh akal nilainya utk dunia akhirat. :)

    http://www.baincardin.com/search/label/Al%20Quran

    ReplyDelete
  3. salam pipoq,

    kak ati pun ada plan nak belajar semula
    al Quran ni bila syahmi dah besar skit
    kat kaw perumahan ni ada org belajar

    ReplyDelete
  4. aku pulak xpernah dpt cekgu ngaji yg garang.so memang xpnah kene rotan.rase mcm rugi pulak xde pengalaman mcm tu.keh3

    ReplyDelete
  5. insya'Allah....Al-Quran tkkn di tinggalkan..

    lagi2 dengan ada nya pendedahan secara langsung ataupun tidak..kelas2 agama..

    dgn cara macam ni pun....mampu berikan kesedaran pada pembaca... ;)

    ReplyDelete
  6. umat Islam sangat bertuah kerana bnyak nikmat yg Tuhan turunkan untuk yg benar-benar taat kepadanya.

    Sila lawat: Kaoshi Troll

    ReplyDelete