24 May 2011

ipoh (siri 3)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Ape kabor arini ? Pada rakan rakan yang sedang atau akan menghadapi kertas peperiksaan tu buat la sehabis baik. Bila keluar keputusan nanti, terima aje la dengan hati yang redho. Orang kata waktu peperiksaan camni la dapat membuktikan kita ni betul belajar ke atau tak. 

Tak habis lagi cerita pasal Ipoh ? Banyak jugak la lagi yang aku rasa perlu diperkongsikan pasal Ipoh ni walaupun tak la secara sebegitu terperinci. Bila dah habis pasal Ipoh, baru la pegi kat tempat lain pulak. Boleh gitu ?

Macam yang dijanjikan, hari ni aku nak berkongsi pasal tempat tempat menjamu selera yang ada disekitar bandaraya Ipoh ni. Dua siri sebelum ni asyik borak pasal tempat nak dilawati je kalau bersiar ke sana sini lama lama perut pun berkeroncong mintak diisi tul tak ?

Aku tak nak cakap pasal medan selera ke, kopitiam ke, restoran makanan segera yang bertaburan kat sekitar Ipoh ni ke atau restoran rangkaian nasik kandar yang dah biasa sangat kita singgah. 


Antara kedai makanan yang terkenal kat Ipoh ni terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar berhampiran Pasar Besar Ipoh, kalau tak jumpa jugak tanya je kedai Haji Daud Mat Jasak atau sebut je kedai mee kari Mat Jasak pasti jumpa punya. Bukan setakat mee kari je yang ada kat kedai Mat Jasak ni, mee kicap dia pun boleh tahan jugak. Dengan harga yang berpatutan memang terbaik jugak la makanan yang ada di kedai Mat Jasak ni.


Bagi yang ingin merasai kelainan pulak, boleh la menyusuri Jalan Dato Seri Ahmad Said berhampiran Pusat Perdagangan Greentown. Kat situ korang akan jumpa Restoran Simpang Tiga yang menyediakan masakan Padang dan masakan melayu. Suasana 'ekslusif' di dalam restoran ni pasti akan membuatkan korang bertambah selesa dan berselera menjamu makanan yang disediakan. Cuma harganya mungkin agak mahal sikit la tapi makanan yang ada kat situ pastinya tak mengecewakan.


Selain tu pulak bagi penggemar nasi ayam, terdapat beberapa kedai yang menjadi pilihan ramai. Antaranya nasi ayam Poziah yang dulunya dikenali dengan nama nasi ayam Bazar Bulat dan nasi ayam Ipoh Hainan. Nasi ayam Poziah ni memang terkenal sejak sekian lama dulu lagi. Restoran Nasi Ayam Ipoh Hainan pulak boleh tahan jugak hidangan nasi ayamnya ditambah dengan berbagai lagi menu pilihan yang menarik dengan harga yang berpatutan.


Penggemar sate pulak jangan berasa sedih kalau datang ke Ipoh ni. Pastinya sate Endut yang terkenal kat Ipoh ni dapat memuaskan nafsu makan tu. Ditambah pulak dengan pembukaan Restoran Serai Sate Kajang kat bandar Ipoh ni membuatkan korang mempunyai pilihan untuk menikmati sate kegemaran tu. 


Ada banyak lagi sebenarnya nak aku kongsikan kat sini tapi disebabkan talian jalur lebar yang tak berapa nak lebar ni bermasalah sangat aku rasa cukup dulu untuk hari ni dan insyaAllah kita sambung minggu depan di hari yang sama. 


7 comments:

  1. bnyk tmpt makan yg best2 yer kat Ipoh...

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    PAKAI BOTOX KE ??

    ReplyDelete
  2. sate kajang klo dah kat ipoh panggil sate ipoh la ptotnye kot?hu3

    ReplyDelete
  3. dah lama xpergi ipoh...kira part2 utara ni mmg lama la xjejak...teringin nak jalan2 ke arah utara ni

    p/s : dah lama xmenjengah blog ni...ampunkan diriku...hehe

    ReplyDelete
  4. nabilah_2908 :

    boleh tahan jugak la..ada lagi tu nak kena kongsi..tunggu minggu depan..

    ReplyDelete
  5. aleen aiden :

    hehehe..tu yang hairan tersangat..Kajang pak malau jugak yang dapat nama..

    ReplyDelete
  6. Edy Zaidi :

    dah abis XM ke ? sampai terbang ke London lagi tu..sakan eh..hehehe

    ReplyDelete