Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Apa khabar hari ni ? Semoga semua rakan rakan sihat dan bersemangat menjalankan segala aktiviti hari ni.
Semalam sepintas lalu masa tengok berita jam 8 aku terpandang petikan yang berbunyi lebih kurang "Ibu bapa tidak harus kedekut membeli buku untuk anak".
Dengan pantas jugak aku terfikir, ada ke ibu bapa yang bersikap camtu kat negara kita ni ?
Tabiat membaca ni seharusnya menjadi tabiat yang wajib bagi setiap orang. Tak kira la samada orang muda atau yang tua. Tapi jangan la pulak membaca penulisan yang tak bermanfaat tu.
Kalau kita imbas kembali kisah wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Junjungan kita tidak lain dan tidak bukan ayat pertama yang diwahyukan itu adalah berkenaan membaca.
Membaca menjadikan kita manusia yang berilmu. Lebih banyak bahan yang kita baca maka lebih banyak la ilmu yang kita perolehi. Membaca ni pulak tak la terhad pada membaca buku atau bahan bacaan konvensional je, tapi asalkan penulisan tu ada manfaatnya yang menuju ke arah kebaikan dan boleh disebarkan tu pun dah cukup bagus.
Membaca jugak dapat menjana minda kita dengan lebih efektif sebenarnya. Orang yang malas membaca, mindanya kurang berkembang. Tu pun kira nasib baik la ada media lain yang boleh nak bagi maklumat perkembangan semasa. Kalau tak mau mati terus minda orang yang malas nak membaca ni.
Walau camne pun, menurut kajian Perpustakaan Negara terdapat perubahan positif dikalangan rakyat Malaysia dalam tabiat membaca ni. Kalau kajian pada tahun 2005 yang dulu, hanya satu atau dua buku je yang dibaca dalam masa satu tahun, untuk kajian terbaru ni mendapati rakyat Malaysia membaca sehingga 12 naskhah buku setahun.
Bagi aku, tabiat membaca ni bermula dari rumah. Maknanya bermula dari keluarga la. Kalau ahli rumah atau keluarga kita tu malas nak membaca, kemungkinan besar generasi yang baru nak mengenal dunia tu pun akan jadi malas nak membaca sama.
Tapi kalau setiap ahli rumah atau keluarga tu menanamkan sikap suka membaca pasti generasi yang baru nak kenal dunia tu jugak akan mengikut sama. Tak semestinya bahan bacaan kita tu yang terkini je. Majalah lama, surat khabar lama pun boleh jugak.
Kadang kadang tu aku terfikir jugak, bila rumah dah penuh dengan surat khabar lama biasanya kita hanya menunggu pembeli surat khabar lama je datang. Nilainya cuma beberapa sen sekilogram. Tapi kalau la kita manfaatkan sikit isi kandungan surat khabar lama tu, ambik keratan untuk disimpan. Silap haribulan boleh jadi bahan sejarah simpanan kita tu.
Oleh tu, jangan la kita bersikap kedekut untuk membeli bahan bacaan. Belikan buku untuk anak anak, belikan buku untuk adik adik, atau belikan buku atau bahan bacaan untuk sekeluarga. Kesian bebudak kecik tu kalau nak buku tapi tak dibelikan.
hrumm....sy rasa..zmn skrg..ibubapa tak kedekut pasal beli buku ni...
ReplyDeletelain lah zaman dulu...hidup susah...nk beli buku..cukup la payah.. ;)
skrg ni...bukan saja buku jd sumber bacaan...blog pun sama juga kan... ;)
jom ke APA KATA HATI pulak ;
NAK TUTUP BLOG
kalau baca ujang je blh..
ReplyDeletehihi...
tanamkan tabiat membaca dr kecil. buleh memudahkan tugas guru and anak takkan keciciran..
ReplyDeletenabilah_2908 :
ReplyDeletetu la..kalau ada jugak yang kedekut keluarkan duit untuk beli buku bagi kat anak zaman sekarang ni tak tau la..
ïêmÃ¥ Ã¥¢klê§ :
ReplyDeleteboleh..tapi jangan nanti sampai otak dan pemikiran ko jadi cam katun udah la..hehehe
Chempaka Sari :
ReplyDeletetul tu..susah tul kalo nak didik bebudak yang tak reti lansung nak membaca ni..
Saya tidak kedekut membeli buku tapi anak saya suka membaca secara senyap(baca tidak keluar bunyi) :-)
ReplyDeleteburberry handbags
ReplyDeleteherve leger
fendi
michael kors outlet online
nike pas cher
brazil world cup jersey
adidas superstar
kevin durant shoes
nike air force
dolce gabbana
2018.6.30chenlixiang