Salam isnin buat semua rakan pembaca yang mengunjungi laman blog ni. Pagi ni secara percuma aku memulakan hari dengan senaman kaki. Sudah ditakdirkan malam semalam masa balik dari membeli sedikit keperluan rumah dari pasar malam berhampiran tayar motor aku ditusuk paku.
Tak pasal pasal je pagi ni untuk pegi kerja aku merelakan diri menolak motor untuk menukar tiub yang pecah tu. Nasib baik la kedai motor pun tak jauh sangat dan jalan tu pulak turun bukit. Kalau tak mau kurus aku dibuatnya.
Hari ni aku nak berkongsi tentang satu perkara yang mungkin jarang jarang kita buat. Kalau buat pun hanya pada waktu tertentu je. Ape ke benda tu ?
Wudhu namanya. Biasanya kita cuma mengambil wudhu hanya bila nak menunaikan solat kan ? Tapi tahukah kita bahawa yang lebih bagusnya bilamana kita sentiasa dalam keadaan berwudhu walaupun diluar waktu solat.
Wudhu ni yang kita tahu ianya satu perbuatan membasuh atau menyapu air pada bahagian tertentu pada tubuh. Kalau diperhatikan, anggota wudhu yang dibasuh tu adalah bahagian muka, tangan, sebahagian kepala dan kaki tak termasuk perbuatan sunat wudhu yang lain seperti berkumur, memasukkan air kedalam hidung dan membasuh telinga.
Apa hikmahnya dengan berwudhu ni ? Wudhu ni kalau dalam kitab fiqah duduknya dalam bab bersuci. Jadik maknanya wudhu ni tujuannya untuk menyucikan atau membersihkan diri la. Cuba tengok anggota wudhu tu, kan setiap anggota wudhu tu antara bahagian tubuh yang sentiasa dan selalu terdedah kepada persekitaran.
Cuba fikirkan kalau muka kita, tangan kita, kaki kita sentiasa dibasuh. Kan ke bersih je jadinya. Kalau tak dibasuh, kusam berdebu je kan. Selain tu jugak, bahagian anggota wudhu ni jugak la yang boleh dikatakan yang paling banyak buat dosa.
Mata kita tengok perkara perkara yang tak sepatutnya. Mulut kita ntah berkata perkara apa je. Tangan kita ntah buat apa. Kaki kita melangkah ke mana. Dengan berwudhu dapat membersihkan kembali tubuh badan kita dari segala dosa yang kekadang tak sedar kita telah melakukannya. Seperti sabda Nabi S.A.W dari Uthman r.a yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya,
“Barangsiapa berwudhu secara sempurna, maka dosa-dosanya akan gugur dari jasadnya hingga keluar juga dari bawah kukunya”
Wudhu jugak menjadikan kita berbeza dari manusia yang lainnya ketika di akhirat kelak. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W,
“Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) kemilau bercahaya kerana kesan wudhu. Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya, hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebarkan basuhan wudhunya)”
Memang banyak kelebihan berwudhu ni bukan je dari segi jasmani malah rohani pun sama. Jika kita sentiasa dalam keadaan berwudhu, para malaikat akan sentiasa mengiringi dan mendoakan kita. Terdapat juga kajian bahawa dengan berwudhu yang sempurna dapat menghindarkan diri dari penyakit penyakit tertentu.
Tak susah pun kan ? InsyaAllah lain kali aku nak berkongsi lagi pasal tajuk wudhu ni. Jadi mulai hari ni jom kita ramai ramai jadi umat yang sentiasa dalam keadaan berwudhu. Jangan risau la kalo nanti abis mekap kat muka tu. Lepas berwudhu tu, tempek la balik mekap tu. Biar terasa rugi kat dunia ni jangan rugi kat akhirat sana nanti.
"bahagian anggota wudhu ni jugak la yang boleh dikatakan yang paling banyak buat dosa."
ReplyDeleteyupp...betul la tu kan.. huhu...besarnya kuasa Allah..setiap apa yg di suruh..pasti akan ada hikmah yg tersembunyi....
sy terasa bab makeup tu..huhu..
biasanya lepas zohor...sy akan simpan/jaga wuduk tu..sampai masuk waktu asar....so tak perlu nk tepek makeup bnyk2 kali.. (-_-)
jom ke APA KATA HATI pulak ;
REQUEST SI DD
dan nak tambah satu lagi:
ReplyDeleteKalau rasa tengah marah tu, amalkan cepat-cepat amik wudhu, sebab boleh memadamkan api kemarahan iblis laknatullah ni.
dan amalkan tidur ada wudhu sebab sebagai pelindung daripada iblis n setan
p/s: boss, den tengah buat eksperimentalis gaya tulisan.itu pasal guna perkataan 'wa'. den budak baik, jangan salah faham yek...hehe..
nabilah_2908 :
ReplyDeletehehehe..sori la kalo terasa..tapi apa salahnya kalo touch up balik mekap tu kalo terpaksa berwudhu pun kan..
G :
ReplyDeleteyup..insyaAllah akan dihuraikan lagi dalam entri seterusnya berkenaan wudhu nanti..
untuk bersih amarah hati...
ReplyDeletexyah makeup...
ReplyDeleteair wuduk pun muka boleh jadi berseri..
Selalu berwuduk before nak tdo..insyaAllah akn mempraktikkan juga pd ms2 lain..
ReplyDeleteKalau berwhudu jangan buka air pili besar macam nak mandi kerana Nabi SAW tidak suka pembaziran
ReplyDeletejika sentiasa berwuduk ni
ReplyDeletemalaikat pun sentiasa doa
utk kita
Republic Aku :
ReplyDeleteinsyaAllah akan dikupaskan pada entri akan datang pasal wudhu dan amarah pulak..
ïêmå å¢klê§ :
ReplyDeletetul tu..dengan wudhu tu jugak menjadikan wajah lebih berseri seri walaupun tanpa mekap..
Surie :
ReplyDeleteistiqomah yang bermula dengan sikit sikit insyaAllah akan berpanjangan dan boleh menjadi amalan..
akubiomed :
ReplyDeletesetuju tu..tapi ada jugak yang tak faham pasal pembaziran yang dilakukan masa berwudhu ni..
Ati Masrif :
ReplyDeletekeberkatan pun insyaAllah ada dalam apa jugak yang kita lakukan..
michael kors outlet clearance
ReplyDeletecanada goose
louboutin
adidas outlet
coach outlet
puma shoes
canada goose outlet online
converse trainers
uggs canada
ugg boots canada
20161226
vans shoes
ReplyDeletetom ford sunglasses
d rose shoes
air jordan 12
pg 1
real jordans for sale cheap
pandora jewelry
goyard tote
hogan outlet
ultra boost 3.0