27 April 2011

lupa diri

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu buat semua rakan pengunjung yang dihormati. Berapa hari je lagi ni dah nak menyambut hari pekerja pulak. Mungkin ada yang ambik kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing masing sempena cuti ni nanti.


Bagus jugak kalau sesekali pulang ke kampung bersama keluarga. Dapat jugak serba sedikit nak memperkenalkan anak anak kepada kehidupan kat kampung. Kalau yang takde anak tu pulak, bawak la kawan kawan yang tak pernah ada kampung tu untuk merasa camne kehidupan kat kampung tu.


Berbanding dengan tahun 80-an dulu, kebanjiran penduduk di bandar masih tidak sepadat macam sekarang ni. Anak anak muda masih mengusahakan pekerjaan di kampung dan menjalani kehidupan kampung. Cuma awal 90-an membawa perubahan besar apabila ramai belia belia dari kampung bermigrasi ke bandar untuk mencari perkerjaan dan memenuhi keperluan tenaga kerja yang semakin meluas.

Sejak dari tu, kampung terus menjadi kawasan terpencil dan kurang tumpuan. Kebanyakan generasi mendatang pun semuanya lahir di bandar bandar dan membesar di bandar yang penuh dengan arus kemodenan.


Masa aku belajar dulu ada sorang kawan aku ni pernah bagitau dia tak pernah tengok pokok padi secara alami. Sikit lagi aku nak tergelak sampai terkentut kentut sebab aku rasa kelakar betul la kalau tak kenal pokok padi tu camne. 


Tapi lepas tu bila aku pikir pikirkan balik, kawan aku tu membesar kat bandar jadi tak hairan sangat la kalo reti makan nasik je tapi tak tau asal mane nasik tu. Masa tu baru la aku rasa beruntungnya aku ni sebab walaupun lahir di bandar tapi aku sempat jugak membesar dalam kehidupan kampung.

Memang masa aku duduk kat bandar dulu tu pokok getah, pokok padi, pokok kelapa sawit, lembu, kerbau, kambing ape semua yang ada kat kampung tu lansung aku tak kenal. Kalau kenal pun sikit sikit je la tu pun sekadar tengok dalam gambar.


Bila keluarga aku berpindah ke Perak ni baru la aku kenal semua tu secara peribadi. Boleh bersua muka dengan segala haiwan dan tumbuhan yang dulunya asing bagi aku. Baru la merasa camne seksanya bergelut dengan nyamuk masa ikut tolong arwah nenek aku kat kebun getah dia. Baru la bermandikan lumpur dan peluh membantu di sawah padi.


Dan kebetulan bapak aku pulak ada sebidang kebun kelapa sawit baru la aku tau dari mana datangnya minyak masak tu. Kalau tak dan kalau bukan sebab keluarga aku berpindah ke Perak dan menjalani kehidupan kampung mungkin aku takkan kenal semua tu. 


Aku ingat lagi jiran aku dulu ada bela beberapa ekor lembu. Masa tu aku rasa jakun betul bila dapat tengok lembu depan mata sendiri. Perasaan teruja bertambah tambah bila aku dibagi peluang untuk memegang lembu tu pulak.

Generasi sekarang ni macam mana pulak ? Entah entah ayam pun tak kenal. Dan yang lebih malang pulak tu bila yang mana asalnya dari kampung bila berhijrah ke bandar, lansung lupa diri yang asalnya diri tu dari kampung.

Tak salah pun nak menikmati kemodenan dalam kehidupan tapi yang penting kita kena sentiasa ingat asal usul kita. Jangan sesekali berasa malu untuk mengaku kita ni dulu budak kampung yang berselut seluruh badan sebab cari ikan kat dalam parit.

8 comments:

  1. prince pon budak kg..semua yg tuan blog cakap tu prince tahu dan pernah main2 mase kecik2 dulu..samapai digelar raja parit..haha

    ReplyDelete
  2. rumah sy..dgn rumah nenek sebelah ayah..tak lah jauh mana..dalam 10 minit naik kereta...

    ala Melaka..faham jer la bukan besar mana kan..? huhu..

    rumah nenek kampung gak..tp sy tk merasa lak masuk selut bagai...sawah padi pun dah jadi kawsan perumahan...nasib baik masih ada lagi reban ayam..itik belakang rumah tu...ada la rasa suasana kampung...sungai sebeleh rumah skrg ni dah jadi parit...kotor jer air nya...bnyk dah berubah....

    zaman yg akan dtg...? nth2 semua ni dah xde dah...

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    TAJUK N3

    ReplyDelete
  3. kak ati ni lahir di singapore
    membesar pula di KL

    tapi sangat suka suasana kampung
    nasib baik kahwin dgn orang kampung

    anak2 semua suka kalau dapat
    balik kampung...

    pipoq ...perak di mana?

    ReplyDelete
  4. sian aku tak pernah duk kampung. kampung pn kat bndar..

    ReplyDelete
  5. Prince Halilintar :

    tapi parit sekarang dah tak macam parit dulu owh..tercemar dah..

    ReplyDelete
  6. nabilah_2908 :

    tu la..sian kat generasi akan datang tak dapat nak merasa mandi parit dah..

    ReplyDelete
  7. Ati Masrif :

    umah family kat Teluk Intan..

    sy kat Ipoh ni kat area Medan Gopeng..

    ReplyDelete
  8. AesyaZealous :

    memang kesian tul aku mendengarnya..

    ReplyDelete