Salam sabtu buat semua rakan pembaca. Ramai ke yang terkantoi semalam sempena April fool ? Aku pun heran apa yang seronok sangat dengan budaya yang ntah apa apa je tu. Tapi yang ntah apa apa je tu jugak la yang suka sangat nak diikut.
Malam tadi aku sempat menonton berita jam 8. Selalunya tak berkesempatan pun. Dan selalunya memang sengaja malas nak tengok sebenarnya. Hanya berapa minit pertama je yang aku tengok sebelum layan makan malam sambil layan anak aku yang tak reti nak duduk diam tu.
Sekarang ni disamping kisah bencana yang melanda kawasan utara semenanjung, antara terpanas menjadi bualan tak lain tak bukan pasal video rakaman si polan tu hingga mengalahkan perlawanan kriket dunia 2011.
Aku bukan berniat nak borak pasal politik pulak tapi sebagai orang awam yang berhak untuk bersuara rasa mual lak dengan situasi tak senonoh yang melibatkan mereka mereka berkuasa besar dalam negara ni.
Ingatkan rakyat biasa je yang suka dengan hobi pelik camtu, rupanya rakyat luar biasa pun lebih kurang sama je. Patut la bebenda camni tak henti henti. Mentang mentang la teknoloji sekarang ni semakin canggih, hobi pun jadi semakin pelik.
Kalau setakat pelik je mungkin boleh diterima lagi la tapi bukan setakat pelik, jelik jijik semua pun ada. Apa yang ada dalam kepala otak manusia yang camtu la menjadikan kecanggihan teknoloji yang ada ni sebagai satu alat untuk mencemar diri. Sampaikan perlakuan sulit pun nak diabadikan dalam memori kad.
Apa tujuannya ? Nak jadi pengeluar filem porno yang berjaya ke ? Cukup cukup la dengan Hugh Hefner sorang je yang jadi bapak segala porno tu. Ni sampai nak mengikut jejak langkah orang tua keladi tu watpe ?
Lagi bertambah heran, masih jugak lagi disanjung dan dikasihi. Aku ingat, kalo kat luar negara la berlaku perkara camni mungkin si pelaku dah meletak jawatan atau mungkin jugak dah bunuh diri. Tu baru yang terdedah, yang lain lain yang tersorok lagi tu tak tau la ntah camne pulak.
Nak tuding jari kat siapa bila perkara camni berlaku ? Orang awam macam aku ni, tutup mulut butakan mata pekakkan telinga. Nanti kalo lelebih bersuara silap haribulan kena soal siasat pulak. Hehehe..
berkaitan dengan porno..
ReplyDeletebanyak yang diperkenalkan sekarang..
eheheeee
tak kenal maka tak cinta..hehehe..
ReplyDeletetapi tak patut owh..
surat khabar pun nak curi traffik jugak. lagi sedap dia panaskan cerita tu, lagi ramai orng beli.hehe...
ReplyDeleteduniawi...duniawi...
ReplyDeleteAdakah saya selemah iman hanya menegur didalam hati sahaja
ReplyDeletehahaha..sngt setuju..part "disanjung..dikasihi"
ReplyDeletetak tau la apa nk jadi..
yg pasti org awam macam kita2 ni...dah bijak...dah boleh fikir la kot..mn yg betul..mn yg salah...
jom ke APA KATA HATI pulak ;
REQUEST SI DD
bukan je kena soal siasat, kang tak pasal2 kena msk lokap, or kena saman. skang dunia saman-menyaman..haha
ReplyDelete