22 April 2011

bazir

  13 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia diucapkan buat semua rakan pengunjung. Semoga di hari yang bahagia ni semuanya berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah sentiasa.

Kebelakangan ni banyak sudah kita mendengar berbagai rungutan tentang perbelanjaan yang semakin meninggi akibat kenaikan harga barang keperluan harian. 


Tapi dalam kemelut yang melanda tu, mungkin juga kita selalu lupa tentang kelakuan kita selama mempergunakan segala keperluan tu. Dalam erti kata lain, sering kalinya kita tanpa sedar membazirkan apa yang kita ada tu.

Bila berbelanja, kadang kadang tu melebihi dari apa yang diperlukan. Kalau boleh nak penuhkan simpanan dalam peti sejuk tu dah macam nak menghadapi musim kemarau atau peperangan je.


Selagi tak penuh troli barang tu selagi tu jugak la nak masukkan barang. Bak kata orang barat, "shop till you drop". 

Lagi satu contoh pembaziran yang biasanya kita terleka darinya bila menghadapi dengan makanan. Memang tak dinafikan negara kita ni memang banyak makanannya. Bermacam macam jenis masakan yang ada. Sangat menyelerakan dan membuat mulut takkan berhenti mengunyah.


Bila perut dah tak boleh nak terima lagi akibat kekenyangan, takde penyelesaian lain kecuali tong sampah la yang menjamahnya. Tambah pulak bila berkenduri kendara. Jarang sangat kalo tak terbazir. Tu pun jarang jugak kita bersyukur dengan limpahan rezeki yang kita perolehi kalau nak dibandingkan dengan insan ditempat lain yang sangat mendambakan makanan. Tanpa ada rasa keinsafan, mudahnya kita melemparkan lebihan makanan tu.

Kemudian pulak yang selalunya kita leka bila menggunakan peralatan kat rumah. Kadang kadang tu letrik terbazir bergitu je. Kalo ada 50 suis kat dalam rumah tu, 50 tu jugak la nak dipasang. 


Air pun lagi satu hal. Mentang mentang la bil air tu datang dua bulan sekali, tak terasa sangat la kononnya pembazirannya tu. Tapi tu la kita ni, bukan nak pikir berapa banyak yang boleh kita jimatkan kalau kita tak amalkan segala pembaziran tanpa sedar tu.

Bila harga barang naik, merungut tak tentu pasal. Bila tak dapat bonus, mula nak buat protes atau mogok. Takde maknanya semua tu kalau sikap kita tak berubah. Lagi banyak bagi bonus, lagi besar la belanjanya. Lagi murah harga barangan, lagi penuh la troli pasaraya tu.

Apa pun kita, jadi la insan yang sentiasa bersyukur. Sentiasa ingat tentang kesusahan dan kedaifan insan lain. Setiap kali membaca doa waktu nak makan tu, kenangkan la insan lain yang mungkin kelaparan tanpa makanan. Elakkan pembaziran kerana telah termaktub dalam Al Quran, orang yang membazir itu saudara kepada syaitan. Nak ke jadi sedara syaitan ? 


13 comments:

  1. bil air dtg 2 bulan sekali..? sungguh ke..? :)

    dulu..xde gak kesedaran ni..tapi bila dah start ada duit sendiri...dah take over bayar bil2 kat rumah tu...baru lah reti nak berjimat cermat...

    kalau org2 kat rumah tu bazirkan elektrik..air...sure sy bising punya lah..

    sampaikan ayah saya kata..

    " dah bayar sendiri...baru rasa...."

    tp bab makanan tu...payah sikit tuk elak dari membazir...terutama nasi..adakalanya basi mcm tu jer..tk habis makan...lauk2 pun..lebih 2...3 hari..xnk makan dah....akhirnya ke tong sampah...

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    TEMPAT CARI MAKAN YANG SUPERB!!

    ReplyDelete
  2. kak ati jimat sgt bab air
    kalau air buangan mesin basuh yg
    ke2 dan ke3 tu kita akan tadah
    dlm bekas utk buat jirus2 apa
    yg patut

    ReplyDelete
  3. btol..dl masa x keje, x brapa rasa pegang duit, skang, rasa gayaaat je kalau nak keluarkan duit, nak2 ujung bulan..

    ReplyDelete
  4. ish tak mau le...aku tak suka suku sakat setan ni

    ReplyDelete
  5. hihi...
    selalu mmbazir makanan sebab bila xmakan nmpk sikit...
    bila dah makan xlarat nak habis kan..

    ReplyDelete
  6. hihi...
    selalu mmbazir makanan sebab bila xmakan nmpk sikit...
    bila dah makan xlarat nak habis kan..

    ReplyDelete
  7. air ni memang orang kita selalu bazir
    sebab ingat takkan putus sumbernya kot

    ReplyDelete
  8. nabilah_2908 :

    hehehe..tu belum duduk rumah sendiri lagi tu..lagi la macam macam nak dicatu kalo boleh..

    ReplyDelete
  9. Ati Masrif :

    betul jugak idea kak ati ni..tak pernah terpikir lak nak buat camtu..
    lepas ni nak tadah jugak la air bilasan basuh baju tu..

    ReplyDelete
  10. h A n Y S :

    blajo blajo la bejimat wei..kang sok sok dah kawen lagi banyak belanja woo..jangan kata gayat, ketaq lutut semua ada..

    ReplyDelete
  11. IMANSHAH :

    tapi ada jugak kot yang suka nak jadi sedara setan tu..hehehe

    ReplyDelete
  12. ïêmå å¢klê§ :

    kebiasaan camtu la..nak kena didik sifat tamak tu jadi jinak sikit..hehehe

    ReplyDelete
  13. Esempoi :

    time kalo berlaku gangguan bekalan air je baru la tau camne susahnya idup takde air..

    ReplyDelete