07 April 2011

amukan durian

  18 Komen    
label: , ,
Ipoh - Satu kejadian amuk telah berlaku di sebuah sekolah di bandar Ipoh petang semalam. Kelihatan beberapa orang bersenjatakan parang tanpa belas kasihan mengeronyok dan membelasah mangsa dengan rakus. Kejadian yang melibatkan hampir seribu orang itu menyebabkan beberapa mangsa yang terdiri dari berbijik bijik durian telah tewas di tangan pengamuk.



Hehehe..sebenarnya takde siapa pun yang mengamuk. Ceritanya semalam pihak sekolah dengan berbesar hati telah membuat satu acara makan makan durian sempena meraikan kejayaan pelajar pelajar SPM 2010 yang lepas atas kecemerlangan diorang menjadikan sekolah ni di tangga ke enam dari seluruh sekolah kat Perak ni.

Jadik sempena musim durian yang melanda negeri Perak sekarang ni maka diadakan la seakan pesta durian kat sini. Kitorang yang bersama menyumbang sedikit sebanyak keperluan nutrisi kepada pelajar pelajar ni turut dijemput sama untuk melanyak durian durian yang ada. 

Cerita banyak pun tak guna jugak. Walaupun sedikit hujan turun petang semalam tu, kemeriahan pesta durian ni tetap berjalan lancar. Meh kita tengok beberapa aksi yang sempat aku tangkap semalam.



Longgokan durian untuk dibahagikan kepada kumpulan pelajar

Acara tak bermula lagi tapi beberapa mangsa sudah dikerjakan

Tak sempat nak bersila, bertinggung pun jadik


Antara pengamuk durian yang berjaya dirakamkan

Kerana mulut, badan binasa, kerana pulut, durian pun habis

Makan durian sampai tak nampak bapak mertua lalu kat belakang

Aksi ngeri makan durian bersama kulitnya. Tapi gambar agak kabur sebab aku menggigil ketakutan

Ni bukan tokei durian tapi tukang masak aku yang menjadi model durian 

Walaupun dengan kulit berduri tajam tidak mampu untuk menghadapi pemangsa durian 

Perut dah penuh durian free, kena la merajinkan diri mengemas segala sisa sisa pulak

Mesti ada yang tertanya tanya mane aku dalam kejadian amukan durian semalam tu ? Maklum la aku ni kan berprofil tinggi jadi tak boleh nak terlalu didedahkan sangat. Lagipun sebelah tangan pegang durian masuk mulut, sebelah lagi sibuk ambik gambar. 




18 comments:

  1. wadduhh!!!~ sampai berasap mkn durian! ^_^

    ReplyDelete
  2. Ala, bestnye!!nak juga!!

    Buat roti jala cicah dgn kuah durian pun best woo!!

    Ni kt skola mane ye?

    ReplyDelete
  3. Waa....perut den dah mula teraso menggelegak ni...jap lagi mau cari durian.muahaha

    ReplyDelete
  4. baincardin :

    makan sakan dibuatnya..maklum la makan free..hehehe

    ReplyDelete
  5. Surie :

    kat sekolah Raja Perempuan Ta'ayah..

    ReplyDelete
  6. G :

    rambang mata woo tengok durian bebanyak camni..free lagi tu..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah...

    best nya...!!! bnyknya durian..!!
    durian kt sana dah murah eh..?

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    HOW TO..

    ReplyDelete
  8. waaaaaaaaaaaaaa

    ku gila durian!!!!

    tompoyak, bubur pulut durian

    aaaaaaaaaaaaaah!

    >.<

    ReplyDelete
  9. halamak...teringat plak kat skolah lame.tetiap taun sponser bebudak asrama makan durian.mula2 makan ramai2.patu da siap makan setiap dorm die kaan bagi sebakul besar durian.wu3

    ReplyDelete
  10. durian.. sedapnya...
    tibe2 teringin makan pulut duria,,,
    huaa nk balik umah...

    ReplyDelete
  11. mane gmbr ko...haha...mak aku dah tepon dah, kata kat kg tgh musim doyan...kena balik dlm masa terdekat ni

    ReplyDelete
  12. nabilah_2908 :

    murah tu tak la sangat tapi tengah musim luruh kat Perak ni..

    ReplyDelete
  13. mr.syazwan :

    moh le ke Perak melantok deroyan..

    ReplyDelete
  14. aleen aiden :

    ni kita sejarah sekolah la..baru pertama kali diorang buat pesta durian ni..

    ReplyDelete
  15. ïêmå å¢klê§ :

    hehehe..sedap woo

    ReplyDelete
  16. man yusoef :

    aku sibuk makan ngan amik gambor je masa tu..lupa nak interframe..hehehe

    ReplyDelete
  17. huwaaaaaaaaaa..jelesnyeeeeeeeeee..duriann ohh duriann..pulut lg ade...memang jeles..waaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  18. Minat makan Durian sudah berkurangan tetapi pengat Durian masih makan lagi.

    Cuma gembira melihat anak-anak dan isteri kusyuk menikmati durian

    ReplyDelete