Salam isnin buat semua rakan rakan yang sudi singgah. Semoga semuanya okay saje hari ni. Tahniah untuk pasukan Lotus-Renault yang berjaya menduduki podium tempat ke tiga dalam perlumbaan F1 di Sepang petang semalam. Sedikit kecewa sebab takde siaran lansung kat TV seperti tahun tahun yang lepas. Nak melanggan Astro sport semata mata untuk tengok F1 ? Tak payah la.
Hari ni aku nak berkongsi kisah kenangan masa persekolahan dulu dulu. Aku mula jadi budak hostel sejak dari tingkatan satu lagi. Bila dah duduk kat asrama ni pepaham je la, boleh kata sepanjang hari pergaulan dengan kawan kawan seasrama je.
Siapa kata duduk asrama ni membosankan ? Banyak owh aktiviti yang boleh nak dibuat kalo duduk asrama ni. Salah satu aktiviti yang paling popular masa aku duduk asrama dulu tu bertukar tukar komik.
Masa tu memang boleh kata gila komik jugak la. Tambah lak waktu tu lambakan komik Hong Kong banyak giler terjual kat gerai gerai jualan surat khabar dan majalah.
Apa ? Doraemon ? Dragon Ball ? Aisehmen..yang tu hanya untuk koleksi bacaan kat rumah je. Kalo baca komik doraemon kat asrama alamatnya kena gelak je la. Zaman aku dulu tu antara komik yang menjadi pilihan terhangat adalah karya Ma Wing Seng yang bertajuk Raja Rimba.
Bukan cerita tarzan tau. Tapi pasal sorang mamat yang hebat bertarung namanya Sang Harimau Kumbang. Kalau nak sebut semua watak watak yang ada dalam komik ni memang ramai. Tapi yang pastinya komik ni memang panjang sirinya dan penuh dengan aksi aksi berlawan.
Lepas tu pulak masuk satu lagi komik karya Ma Wing Seng yang berjudul Pedang Setiawan. Punya popular komik ni sampaikan dijadikan filem lagi tu dengan tajuk Storm Rider. Komik Pedang Setiawan ni aku suka sebab lukisan dia lebih kemas dan cantik dari Raja Rimba tu.
Masa tu masing masing nak cilok nama watak dalam komik tu buat nama samaran. Cuma nasib baik je takde yang bawak pedang pegi sekolah. Kalo tak naya jugak.
Kemudian dalam tahun 1996 kalo tak silap aku, terbit pulak satu lagi komik yang lebih kemas dan cantik lukisannya dan diterbitkan atas kertas yang lebih berkualiti.
Memang tak boleh blah tul komik Pendekar Laut ni. Tapi aku suka gak. Walaupun agak mengarut sikit dengan hikmat yang memacam, aku tak pernah ketinggalan la mengikuti setiap keluaran seminggu sekali tu. Sanggup keluar asrama tanpa kebenaran untuk pegi ke bandar pehtu singgah kat gerai surat khabar tu semata mata untuk baca komik pehtu balik.
Aku tak tau la kalo sekarang ni ada lagi ke tak gerai surat khabar yang buat camtu. Bayar dalam 30 sen untuk baca satu komik kat situ. Masa aku sekolah kat Taiping dulu ada woo. Sempoi giler tokei tu sampaikan kalo aku tak dapat nak datang baca sanggup dia simpankan komik tu untuk aku.
Tapi yang jadi tak bestnya bila komik Pendekar Laut ni dah ala ala feymes pehtu tetiba dah jadi sekuel lain lak kesinambungan anak anak watak dalam pendekar laut tu dengan tajuk yang lain. Tak pasal pasal je dah jadi tajuk Wira Tunggal dan bertambah tambah lak hikmat hikmat mengarut yang semakin tak masuk akal.
Bila dah abis zaman persekolahan lak aku dah semakin malas nak baca komik keluaran Hong Kong ni. Antara sebabnya ialah harga yang semakin mahal dan semakin banyak iklan lak dalam komik tu.
Kemudian aku bertukar angin baca manga lak. Bukan buah mangga atau kunci mangga tu ooi. Tapi manga atau komik mini dari Jepun. Masa tu terjemahan manga ke dalam bahasa melayu dah semakin menular jadi senang la sikit nak baca. Kalo tak sebelum tu hanya dalam tulisan cina. Tak larat nak terjemah dengan hanya tengok gambar je.
Manga pertama yang jadi koleksi aku adalah dari hasil karya Maigo-Chan yang berjudul Rurouni Kensin Samurai X. Cuma tak dapat nak melengkapkan koleksi je sebab kedai yang selalu aku singgah tu takde stok.
Disebabkan aku ni bukan la terlalu fanatik sangat, ketidak lengkapan koleksi dan kehilangan koleksi akibat dipinjam oleh kawan kawan yang kurang amanah sekarang ni cuma tinggal beberapa buah je manga yang ada dalam simpanan aku selain dari terjemahan manga yang lengkap.
Lepas tu pulak aku terpengaruh dengan manga Love Hina. Dengan jalan cerita yang lawak lawak bodoh dan lukisan watak yang comel comel sampai berdarah hidung, aku layankan jugak la sampai ke akhir siri.
Dan sehingga sekarang pun aku masih lagi melayan anime dan kartun. Siapa kata umur dah dewasa ni tak leh layan kartun ? Spongebob, Jimmy Neutron, dan paling aku suka Shaun the Sheep.
Bukan aku sorang je yang suka dengan Shaun the Sheep ni, wifey ngan anak aku pun layan sama. Walaupun takde dialog, tapi memang kelakar tul.
Apa pun yang kita baca, kita tonton tu yang penting cuma serapkan apa kebaikan yang ada cukup la ye tak. Selain sebagai hiburan, boleh jugak dijadikan pengajaran. Ok la, aku rasa cukup dulu kat sini. Kang terlebih keluar semua komik dan kartun yang aku layan mau panjang berjela pulak sampai bosan nak baca.
Zaman aku sekolah dulu internet ni tak menular lagi tu sebab la hanya komik komik camni je yang jadi hiburan sampingan masa persekolahan dulu. Jadik, korang pulak camne ? Layan komik ngan kartun jugak ke ?
asrama..? sy dok asrama ada la dalam seminggu..lepas tu tukar sekolah harian balik...hehehe...
ReplyDeletebab komik...suka baca..tp ayah sy tak bagi beli..ada pun tmpng2 baca jer la..lama2 jadi tak minat..
lebih kearah novel..majalah...
tp bab kartun....sy pun minat..minat sngt..smpai sekarang masih tgk kartun2 ni...
tp tk best gak...tgk kartun kena marah...kata dah tua2 masih tgk kartun..otak pun macam kartun...alahai....boring betul org2 begitu kan..?
sudahnya bila nk tgk kartun...sy bawa diri masuk bilik..tgk sorang2.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak ;
PULUT PANGGANG
aku jarang tgk kartun apetah lagi membaca komik..dulu time darjh 6 kawan ku bwk komik doraemon.aku bace, tp xpaham.rupenye aku baca terbalik. dari belakang ke hadapan!! wahahha! patutla xpaham!!!
ReplyDeletebetul tu..hiburan2 juga..mane yg baik tu amek la kn?
ReplyDeletepenah baca komik doremon dgn sin chan je..sy just tgk abg n adik bc dewata raya or seangkatannya..xreti la nk baca komik2 gitu..
tp bguslah ade kedai yg bg baca dengan byrn 30 sen..ok pe..
skola taiping?ktne?dlu sy skola kt lenggong..
anak bujang kak ati
ReplyDeletesuka dgn komik..ada 2 kotak
komik bwh katil dia
hubby pula ada koleksi
majalah ujang sekotak
kak ati pun suka baca
maklumlah tu zaman kami..huhu
Saya dahulu minat anime dan Rurouni Kensin Samurai X adalah salah satunya tapi saya tidak dapat koleksi penuh cerita sirinya. Selain itu saya minat Evangelion dan Ghost in the shell. Sejak sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil masa untuk menonton anime pudar walaupun ada koleksi cerita yang belum habis menonton
ReplyDeletepolo ralph lauren
ReplyDeletecoach outlet store online clearances
tommy hilfiger clothing
coach bags
michael kors outlet
louis vuitton borse
louis vuitton
ray ban sunglasses outlet
michael kors outlet online
mcm backpack
20172.27chenjinyan
http://www.kobeshoes.uk
ReplyDeletehogan outlet online
lacoste outlet
true religion outlet
air force 1
michael kors outlet
adidas yeezy boost
tory burch shoes
adidas tubular shadow
yeezys