30 March 2011

naik dan turun

  7 Komen    
label: ,
Salam hari rabu buat semua rakan pembaca. Pagi ni Ipoh hujan. Sedap tul kalo cuti tapi apa kan daya, terpaksa jugak la bangun untuk pergi kerja walau kehujanan sekalipun. Tengok berita malam semalam, negeri Terengganu dilanda banjir luar biasa akibat hujan yang turun tak henti henti. Di utara semenanjung pulak, dilanda ribut hingga mengakibatkan kemusnahan beberapa rumah. 

Apa pun buat semua mangsa bencana tu, banyakkan bersabar dengan ujian dari Allah ni. Mungkin semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Sekurang kurangnya membolehkan kita semua berfikir tentang kebesaran Allah.

Alhamdulillah hujan kat Ipoh pagi ni tak berpanjangan sampai ke tengahari. Sebabnya pagi tadi aku nak kene bawak anak aku ke klinik untuk pemeriksaan ulangan lepas pemeriksaan tiga minggu lepas. 


Kebetulan pulak lawatan ke klinik pagi ni tak ramai orang. Biasanya penuh dengan ibu mengandung dan bayi bayi. Anak aku ni dah la jenis tak reti nak duduk diam. Tapi sebab agaknya hari ni tak ramai bebudak yang sebaya cam dia tu, kurang la sikit keaktifannya.


Selalu tu nak dapatkan nombor giliran pun makan sampai hampir satu jam. Hari ni baru lima belas minit memanaskan bangku menunggu dah dapat nombor giliran tu. Rasa macam memecah rekod klinik kesihatan kerajaan pulak tapi tak boleh nak diterima sebagai rekod sangat la sebab berikutan pelanggan tak ramai.


Aku ingat lagi masa anak aku ni dalam usia belum satu tahun, klinik ni dah macam tempat seksaan je. Seksaan sekeluarga. Nak tunggu giliran tu punya la lama. Anak aku ni pulak bila nak kene periksa je mesti nak nangis kuat kuat. Nampak je muka jururawat atau doktor, mesti nak meraung. 


Kalau lawatan tempoh hari berat anak aku ni hanya 9.7 kilogram dan tidak memenuhi piawaian ukuran pada umur sepatutnya, hari ni setelah berhempas pulas aku ngan wifey memastikan anak aku ni makan sepanjang masa akhirnya berbaloi jugak usaha yang dilakukan tu. Buktinya naik la jugak 0.3 kilogram menjadikan berat anak aku ni berada diparas lulus BMI.


Ketinggian pulak tak jadi masalah lansung. Mungkin faktor DNA membuatkan anak aku ni tak terbantut ketumbesarannya. Masa sesi temubual dengan jururawat bertugas, takde apa yang luarbiasa. Cuma kenaikan berat badan yang agak perlahan bagi anak aku tu tak boleh nak diperkatakan lagi. Sebabnya anak aku ni tersangat la aktif bergerak. Lagi banyak dia makan lagi jadi tak reti nak duduk diam. 

Berlari sana sini dalam rumah tu. Melompat, menari, berguling, memanjat, dan macam macam lagi la aktiviti lasak yang dia buat kat rumah tu. Bila aku balik dari kerja pulak, lagi bertambah tambah keaktifannya. Sampaikan dalam masa nak tidur pun sempat lagi nak main.


Ni baru sorang. Belum tambah lagi dua tiga orang. Mau pecah rumah dibuatnya kalo semua bergabung tenaga. Hehehe..apa pun aku bersyukur dengan kurniaan Allah yang tak terhingga ni. Tugasan untuk menaikkan berat badan anak aku ni dah berjaya. Mama dia pulak tengah nak turunkan berat badan. Dalam masa satu bulan dah berjaya mengurangkan 2 kilogram. Aku pulak, sekejap naik sekejap turun. 


7 comments:

  1. semoga anak beranak berjaya menjaga badan...hehehe

    ReplyDelete
  2. Yeah!!berjaya gk usia si ayah dan ibu menaaikkan berat si anak..apa nama anak tu ye?

    ReplyDelete
  3. bagus la dah bertambah berat badan anak tu..

    tgk dlm gambar...dia tk la kurus sngt..ok je..

    suka tgk mata dia..bulat je....comel.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    BLOG REVIEW : LIFE IS A WORD

    ReplyDelete
  4. dia kurus pasai membuas tu
    nampak aktif ...dah pasti sihat

    psst..bila nk tambah lagi 1?

    ReplyDelete
  5. hihi..
    bese la budak2 sedang membesar dgn sihat dan kuat...
    memang xreti duduk diam...

    amboi pandai posing anak 2..
    hihi

    ReplyDelete
  6. fuh!!
    10 kg je...
    kena makan banyak lagi ni..
    eheheeee

    ReplyDelete
  7. Bagi yang berkeluarga apabila membawa anak ke klinik memang satu cabaran. Macam saya anak ramai dan rapat-rapat pula. Rasanya hendak menjerit sahaja tapi tidak boleh kerana orang lain pun macam saya juga :-)

    ReplyDelete