18 February 2011

cara mengurangkan pahala di masjid

  20 Komen    
label: 
Selamat hari jumaat buat semua rakan pembaca. Apa kes tajuk entri hari ni lain macam je. Selalunya kalau dah ke masjid tu dah tentu la untuk menambahkan pahala berganda ganda ye tak. 



Kalau aku nak bagitau cara menambah pahala kat masjid ni mungkin ramai dah sedia maklum tahu camne caranya. Sebab tu aku nak bagitau cara untuk mengurangkan pahala masa berada di masjid pulak. Bukan susah pun. Sama senang macam nak menambah pahala gak.

Aku ni nak kata selalu ke masjid pun tak la jugak. Seminggu sekali je dapat nak berjemaah semasa bersolat jumaat. Waktu lain tu tak berkesempatan sebab keluar kerja pun jam 6 pagi dan balik rumah dah jam 10 malam. Setakat dapat berjemaah isya di rumah bersama wifey je kalo wifey aku tak solat lagi.

Tapi dalam seminggu sekali aku menjejak kaki ke masjid tu, dan bila waktu cuti kerja bilamana aku berkesempatan untuk ke masjid memang banyak kali jugak la aku nampak beberapa cara untuk mengurangkan pahala yang dipraktikkan oleh orang orang yang keluar masuk masjid ni.


Biasanya sewaktu nak solat jumaat la atau ketika tuan khatib sedang berkhutbah. Memang la salah satu fungsi masjid ni sebagai tempat untuk berkumpul dan berbincang permasalahan tapi bukan la tentang permasalahan duniawi. Ni aku tengok sebelum khutbah dibacakan dok borak pasal kerja la, pasal duit tak cukup la, pasal cerita pegi shopping la. 

Masa tuan khatib membacakan khutbah pun mulut dok pot pet pot pet lagi berborak keduniaan walaupun secara bebisik. Padahal di awal khutbah tu pun tuan khatib dah bagi amaran awal awal supaya diam agar ibadat jumaat tu sempurna diterima Allah. Kalo bebudak yang dok borak borak tu tak pe la jugak. Ni dah tahap bapak budak, ntah ntah atuk budak pun sama je tak paham bahasa. 

Bukan tak boleh nak borak. Tapi tidak la menjurus kepada perkara lagho dan keduniaan sangat. Kekadang tu pulak dibuatnya macam borak kat kedai kopi lak. Sambil borak sambil ketawa berdekah dekah. Ada baiknya borak tentang permasalahan agama ke, perkara perkara yang baik ke, kalo ada tuan guru bagi tazkirah tu dok diam dengar ke. Ni tidak, asyik nak borak je kerjanya.


Lagi satu yang selalu aku nampak bila aku pegi solat jumaat kat masjid pasal pisang. Kan ke biasanya ada orang sedekah pisang kat masjid bila hari jumaat ni. Bagus la tu sebab bersedekah ni amalan mulia. 


Tapi yang tak bagusnya tu perembat perembat pisang tu la. Kekadang tu aku tengok berebut macam tak pernah makan pisang. Kalo letak buah durian ke, anggur ke aku ingat mau ada yang bertumbuk sebab nak berebut buah sedekah ni. Dah la berebut, sisa kulit tu pulak bukan nak dimasukkan dalam tong sampah yang disediakan tu. Sesuka hati je campak kat pangkal pokok bunga la, kat parkir motor la. 

Apa la salahnya kalo dah makan tu sisanya dibuang dalam tong sampah yang ada tu. Bukan susah sangat pun. Ooh..mungkin diorang tak tau kalo membersihkan sampah atau kotoran di masjid ni ganjarannya diberikan bidadari di syurga. Bukan kutip taik cicak je dapat bidadari ni, kutip la apa sampah yang ada pun kat masjid tu bukan sikit sikit pahala leh dapat.

Lagi satu ni kebiasaan bagi musafir la. Kekadang tu tengah dalam perjalanan tetiba terasa nak 'bank in' sesuatu. Nak singgah kat tandas awam rasa sayang lak nak keluarkan duit syiling. 250 meter kat depan tu ada pulak masjid, jadik lebih baik pilih tandas masjid je la.


Siapa kata tak leh nak melabur kat tandas masjid, boleh je. Memang apa saja yang ada kat kawasan masjid tu untuk umum. Tak payah bayar apa pun tapi kalo nak bersedekah tu bagus la. Tapi apesal singgah masuk tandas je dah puas melanyak jamban masjid tu, masuk kereta terus jalan. 

Apa salahnya beri penghormatan sikit kat masjid tu. Bukan lama pun masa yang nak diluangkan. Aku ingat kalo duduk dalam jamban tu lagi lama. Ambik sikit berkat masjid tu beb. Dua rakaat sunat tahyatul masjid peh tu niat beriktikaf sebentar peh tu nak jalan silakan la. 

Memang la tak berdosa pun nak melanyak jamban masjid tu tapi apa guna masuk ke kawasan yang penuh keberkatan tapi tak mengaut peluang yang ada tu untuk menambah pahala diri. 

Kita ni bukan apa, sebab dosa ngan pahala tu perkara ghaib je. Tak nampak dengan mata kasar. Tak pasti untung atau rugi yang kita perolehi tu. Tapi kalo dah rasa macam pahala tu banyak sangat dan tak perlu nak tambah bonus, terpulang la kan. Sekadar untuk ingat mengingati sesama saudara seagama je.


20 comments:

  1. as salam pipoq,

    rupanya macam tu perangai demo tu
    di masjid ye..uh..uhh..buyuknya
    perangai...

    hubby kak ati kalau sempat ke mana2
    masjid pun dah jadi habit dia
    mesti sedekah wang kat masjid tu

    jadi kak ati pun jadi terikut2 pula..Alhamdulillah ^_^


    Jom baca: MEDAN TANGGA

    ReplyDelete
  2. Ati Masrif :

    alhamdulillah la kalo camtu..nak syok lagi praktikkan pada anak anak supaya rajin bersedekat kat masjid..

    ReplyDelete
  3. haha..kurangkan pahala yek.. bagus sedekah kat masjid ni. mak sy suka sedekah kt masjid rm10 tiap2 ari jumaat. mak kata, kalau kita sedekah, berganda2 Allah balas balik. satu hari tu, mak sy jumpa rm100 bawah katil kat bilik die.hahaha. tp rasenye tu mmg duit mak! die lupe agaknye..hihihi...

    ReplyDelete
  4. time kasih ustaz.....

    ad erk orang sedekah buah kt masjid..
    memang rmai la y jakun cm xpernah makan buah kalau mcm 2..

    ReplyDelete
  5. folo & BW..

    meh la jenguk belog ai..

    salam kenal!(^_^)

    ReplyDelete
  6. suka dgn ayat ni..

    dosa & pahala tu perkara ghaib...sbb tu ada yg tk bape kisah sngt...dgn tmpa rasa berslahnya tambah dosa.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    FAIRY TALES

    ReplyDelete
  7. AesyaZealous :

    camtu pun kira rezeki berganda gak kot..kalo jumpa dek orang lain camne ? hehehe

    ReplyDelete
  8. ïêmå å¢klê§ :

    biasanya hari jumaat la ada orang letak pisang sebagai sedekah untuk jemaah yang datang..tapi tu la, berebut rebut cam tak pernah makan pisang lak..

    ReplyDelete
  9. :: noremy bte rahmat :::

    salam kenal..

    ReplyDelete
  10. nabilah_2908 :

    cuba kalo dosa & pahala tu boleh nampak..rasanya apa akan berlaku ye ?

    ReplyDelete
  11. haha...best-best...:D dulu waktu aku kecik-kecik pun selalu makan pisang dulu sebelum semayang. tapi sekarang kat shah alam ni cam xde pisang plak orang nak bagi...

    ReplyDelete
  12. bagus la ko pipoq...hehe..tapi aku tak pernah pegi msjid semata2 nak pegi toilet. Sgt zalim...huhu

    ReplyDelete
  13. 2 minggu lepas saya ada bersolat Jumaat di masjid Putrajaya ketika selesai solat saya ada lihat dipintu keluar ramai orang berkerumun rupanya ada pemberian roti secara percuma yang memalukan berebut mengambil roti percuma dan adalah hamba Allah ini boleh dipanggil ayah sampai 2 buku roti diambil<--tidak perlu balas komen saya sekadar memberi peringatan kepada saya dan yang lain

    ReplyDelete
  14. errr bercakap masa khutbah bukan kurang pahala tapi tak dapat pun .

    ReplyDelete
  15. G :

    orang Shah Alam tak makan pisang kot beb..

    ReplyDelete
  16. man yusoef :

    mau tak zalim..kalo sedekah seposen dua dalam tabung masjid peh melepas tu tak pe gak..

    ReplyDelete
  17. E.d.Y :

    hahaha..selalu buat ke bro ?

    ReplyDelete