Salam hujung minggu buat semua rakan pembaca. Kesempatan cuti hujung minggu camni ada jugak orang yang mempergunakannya untuk mengadakan majlis perkahwinan. Lepas tu sambung lak dapat cuti ehsan sempena meraikan hari bahagia tu. Masa tu makan minum pun semua lupa. Hehehe..
Tapi hari ni aku bermasalah. Secara tiba tiba nafsu yang bergelora tu tiba tiba menghilang. Rasa tak berselera lansung untuk meneruskan pelayaran.
Perancangan dari semalam lansung tak menjadi. Keghairahan yang melonjak terus merudum dan mengakibatkan kekecewaan yang sangat besar untuk hari ni. Betul betul hilang nafsu aku hari ni.
Bayangkan la, dengan penuh senyuman dan kegirangan nak melayari internet tapi kelajuan dan kepantasan talian tu tidak seperti selalu dan yang diharapkan.
Pagi ni je berhempas pulas aku dibuatnya untuk meransang talian. Hanya beberapa blog rakan rakan je yang dapat aku lanyak. Tu pun terpaksa mengerah kesabaran menunggu hingga klimaksnya untuk memuat turun satu satu blog. Kesian siput. Tak pasal pasal menjadi perumpamaan kiasan kelembaban talian internet.
Bukan setakat tu je, kejadian ni jugak mengakibatkan aku hilang nafsu untuk meneruskan perjuangan permainan di facebook.
Harap jangan ada yang tersilap tafsiran ye. Aku pun tak tau la apehal talian internet hari ni tersangat perlahan. Fikirkan positif, mungkin pihak berkenaan sedang menaik taraf perkhidmatan lalu mengakibatkan beberapa masalah bagi beberapa kawasan. Kot ye pun notis la dulu.
Kekadang tu pembekal perkhidmatan ni hampeh gak. Macam bebaru ni kawan aku telah di ranjau oleh pembekal siaran TV satelit berbayar Asstro. Biasanya bayaran bil bulanan tak sampai seratus pun. Tiba tiba dapat bil menyatakan bayaran tertunggak dan bil semasa berjumlah seratus lebih.
Terpening pening dan tertanya tanya jugak aku ngan kawan aku tu sebab memang setiap bulan aku yang akan membantu untuk membuat pembayaran secara online. Dan apa saja penukaran pakej asstro tu aku yang buatkan. Maklum la kawan aku tu tak berapa champen sangat dengan bebenda tu semua. Agak purba jugak pengetahuan dia tu dalam dunia telekomunikasi.
Bila sampai bil seterusnya yang menyatakan pembayaran berjumlah seratus lebih tu jugak, segera aku mengenal pasti masalah yang berlaku. Tertera di situ beberapa pakej yang telah dinyah aktifkan telah aktif kembali.
Lantas dengan mempergunakan kuasa pengguna aku pun menghubungi perkhidmatan pengguna syarikat tu dengan segera. Dan pastinya perbualan antara aku dengan operator yang menjawab tu dirakam dan mungkin akan dijadikan contoh untuk berhadapan dengan pengguna yang ketidak puas hatian.
Setelah panjang lebar persoalan dan pertanyaan betubi tubi aku lancarkan, terjawablah segala masalah yang timbul tu. Jawapan yang kalo kena kat aku, kemungkinan aku akan menyaman syarikat Asstro ni.
"maaf encik, baru baru ni syarikat kami memindahkan data servis dan kemungkinan data yang lama tu telah ditermasukkan kembali ke dalam akaun encik. Kami ingin meminta maaf atas kesilapan yang berlaku"
Sib baik bukan akaun aku. Walaupun aku mendesak kawan aku tu supaya menyaman syarikat pembekal TV satelit ni, tapi dengan berhati mulianya dia cakap "I tak reti la nanti i nak cakap apa". Cis..suka ati dia la. Kalo dia nak peguam, boleh je aku rekemenkan. Tapi dah dia tak nak, kerugian la aku sebab tak dapat nak bodek sekurang kurangnya 20% hasil saman tu kalo dia bertindak memfailkan saman cuai terhadap pihak asstro tu.
Korang pernah terkena camtu ? Kesilapan dari pembekal yang menyusahkan pengguna. Kalo aku la, pasti akan aku tuntut ganti rugi tapi setakat ni tak pernah terkena lagi lak. Hampir terkena tu ada gak, tapi setelah siasatan dua pihak maka kesilapan ternyata dari kedua dua pihak so terpaksa la mengishtiharkan damai je. Hehehe..
hahahaaa!!! nafsu kuat!! tenet lak lembab!
ReplyDeleteHari ini aku free sgt nak bw tapi lappy aku mslh asyik down je bila bukak blog lebih dr 1..
ReplyDeleteLembap owh..
Entry Terbaru 1 : "Saya Mahu Tips Kecantikan Dari Blog Fatin Liyana"
Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Duit Nuffnang Dari Blog Redmummy"
stakat ni tak pernah kene lg..tp kalau kene jugak mmg menyirap la darah
ReplyDeleteayat atas membuatkan gua pikri lain napa erk?? hahaha
ReplyDeletemcm tu la org malaysia
sikit2 x kuasa nak saman
pada hal kita ada hak
sengat :
ReplyDeletehahaha..tau takpe
d_tieah :
ReplyDeletemengalami nasib yang sama gak ? bikin panas je kan..
EdY Zaidi :
ReplyDeletebukan menyirap je bro..mengopi, mensarsi, menoren semua ada darah dibuatnya..
mr.syazwan :
ReplyDeletehehehe..lain macam je ye intro tu..
sib baik tak kene kat aku je gitu..kalo tak mau aku saman je astro tu..
kat sini pun..line bermasalah...sejak ari jumaat yg lepas...menggugat kesabaran...
ReplyDeletebab bil tu...tk penah lak kena...org astro kena bagi diskaun lepas ni..huhu...mungkin tuk satu bulan...tk payah bayar...huhu.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
BUBUR JAGUNG
macam2 boleh jadi..
ReplyDeletetapi xpernah ada improvement..
heheee
nabilah_2908 :
ReplyDeleteye ke ? mungkin seluruh dunia mengalami masalah kelembaban internet yang sama kot..
terbayar lebih ke ? hehehe..
mie :
ReplyDeleteaku pun heran..tapi cakap 4G la apa la..siput jugak linenya..
Saya pun dapat mesej melalu yuran tertunggak bil Astro setahu saya memang bayar ontime.
ReplyDeleteBila di tanya pihak Astro bahawa ada glitch ketika mereka update sistem
akubiomed :
ReplyDeletegeram jugak kan kalo tak pasal pasal je mengelirukan kita sebagai pengguna bila kesilapan tu dilakukan oleh pihak diorang..