19 January 2011

nafsu hilang, hati pun sakit

  15 Komen    
label: 
Bagi orang yang ada anak kecik macam aku ni, kadang kadang nak jugak bawak anak pegi main kat taman permainan awam. Maklum la, boleh jugak dibiar bercampur gaul dengan budak budak lain. Lagipun budak kecik mane la yang tak suka kalo dapat main ramai ramai tu. Panjat sana sini pun mak bapak tak marah. Macam anak aku ni, selagi dia tak puas hati jangan harap nak ajak dia balik.


Aku ni kira bernasib baik gak la sebab duduk kat kawasan perumahan awam. Bukan satu kawasan je tapi sememangnya bersambung sambung kawasan perumahan tu. Dan dah jadi macam kewajipan lak untuk setiap perumahan ni mesti nak kene ada padang dan taman permainan untuk kanak kanak.


Tapi walaupun disediakan taman permainan dan kekadang tu disertakan sekali untuk rekreasi bersukan, belum tentu dapat dipergunakan. Macam dekat rumah aku je ada lebih kurang hampir 10 taman permainan ni tapi tu la, tak bernafsu rasanya nak singgah.


Dengan keadaan peralatan dan kemudahan yang tak diselenggara la, dirosakkan oleh orang orang tak bertanggungjawab la. Elok dari hati berbunga bunga nak bawak anak main kat taman permainan pehtu bila tengok keadaan yang menyedihkan tu, memang sakit hati tul.


Kalo sampah sarap tu memang tak boleh nak kira la. Belum lagi tambah dengan botol minuman terlarang tu la, belon panjang pun kadang kadang boleh jumpa kat taman permainan tau.


Bajet comel la kononnya tu. Hahaha..patutnya menatang alah tu dikhaskan untuk kanak kanak, ni dah tahap boleh jadi nenek kanak kanak pun teringin jugak. Mane la tak jahanam permainan tu kalo yang dah tak kanak kanak pun dok henjut sama.


Satu lagi masalah yang selalu ada ni ha, haiwan terlarang yang perlu disamak kalo dijilatnya. Biasanya dekat kawasan perumahan memang ramai la diorang ni. Kekadang tu elok je aku tengok diorang melepak kat atas gelongsor la, main pancut pancut dekat buaian la. 


Kalo spesis ni pulak menyakitkan mata dan permandangan. Boleh rosak minda anak anak kecik dibuatnya. Bukan tak boleh nak duduk duduk pun, tapi duduk la regang regang bak kata Sohaimi Mior Hassan, Anna Raffali dan Altimet  dalam lagu 'kalau berpacaran' tu. 


Satu lagi masalah kalo kat taman yang jadi tumpuan umum ni diorang ni la. Bukan la nak marah diorang berkumpul lepak ramai ramai ushar awek pehtu syiut syiut sana sini. Tapi tak payah la nak tunjuk kehebatan sarkis tu depan anak anak kecik yang ramai kat taman tu. Diorang tak tepuk tangan pun kalo tengok aksi aksi sarkis tu. Tapi takut je tercemar jiwa minda anak anak ni. Maklum la budak budak kecik ni kan cepat terpengaruh. Baru bawak basikal roda tiga pun dah nak cuba buat aksi angkat tayar depan lak.

Apa pun sama sama la kita jaga segala kemudahan awam yang telah disediakan tu. Bukan untuk siapa pun kalo bukan kita semua. Kalo nak beli atau buat sendiri, ntah bila nak siap. Gunakan la segala kemudahan yang ada tu dengan rasa tanggungjawab. Malu wei kalo orang luar tengok.





15 comments:

  1. seiyes sampah mmg ada je

    bak kata org dah berak x nak basuh!

    huhu

    ReplyDelete
  2. hahaha!!!!nice entri pipoq!time kecik2 dulu selalu pun jadi macam ni...macam buang duit je buat taman permainan ni....

    ReplyDelete
  3. taman permaianan tu di bina tuk kita juga...tp masalahnya itu la..tk reti nk jaga..

    yer la..bukan harta sendiri...tu yg buat tak kisah..

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    POPULAR ??

    ReplyDelete
  4. err..dulu dulu kite pun suka tangkap gambar kat taman permainan macam gmbar budak tu yg buat peace. hehehe. tp kite tak rosakkan pape pun eh kat sana!! just rosakkan permandangan org di tempat tu lah sebab tangkap gmbar buat2 muka comel. padahal? HAHAHA

    ReplyDelete
  5. mr.syazwan :

    di mana la kesedaran orang orang yang suka membuang sampah merata tempat tu..kadang tu ada tong sampah pun masih lagi nak buang merata..

    ReplyDelete
  6. fauzibest5 :

    tu la pasal..baru di bina tak lama pehtu dah jahanam..

    ReplyDelete
  7. nabilah_2908 :

    mentaliti camtu yang tak ble nak pakai lansung..ape la yang diorang pikirkan dalam kepala otak tu ye ?

    ReplyDelete
  8. eykameow :

    hahaha..kalo setakat nak ambik gambar berposing je bole maaf la..ni kalo duduk situ pehtu dok buat macam kemudahan tu untuk permainan sendiri, tu yang tak ble blah tu..

    ReplyDelete
  9. nice en3...sgt betul, taktau biler la spesis2 yg dinyatakan tu akan insaf dan kembali ke pangkal jalan...jom sama2 kita pertahankan kemudahan awan dia mesia... =]

    ReplyDelete
  10. aku pernah kene kejar dgn monyet masa jogging kat cyberjaya...perrgghh..nasib la aku sprinter sekolah dulu...walaupun skrg dah berat...hahaha

    ReplyDelete
  11. AlfiEean WaRsi :

    spesis camtu mane nak makan saman..elok kalo dapat cekup, suruh je diorang wat kerja amal dekat taman tu..

    ReplyDelete
  12. E.d.Y :

    mesti tu monyet betina..dia nak ngorat ko la tu..hehehe

    ReplyDelete
  13. maafkan aku.
    aku janji aku tak naik permainan kanak-kanak lagi.

    -tutup muka,berlari pergi dan nangis-

    ReplyDelete
  14. kapten krunch :

    hahaha..ingat tau..nanti sok2 ko dah ada anak kalo ko nampak taman tu dah rosak, ko pasti tau apa puncanya kan ? kesian kat anak ko nanti nak main tak dapat..

    ReplyDelete
  15. kenapa aku rasa entri kau ni macam kelakar ye?
    owh! mungkin sebab gamba 'si comel gedabak' yang naik atas pemainan tu atau mungkin sebab si beruk2 3 ekor tu?!!
    LOL
    XD

    ReplyDelete