Ada ke yang tak tau ape benda tapai ni ? Bukan tapau ye, tapi tapai. Kalo ada yang tak tau, tapai ni adalah satu jenis makanan yang diperbuat dari beras pulut atau ubi yang diperam bersama ragi. Kalo orang yang duduk kat kampung mesti tau punya la tapai ni apa. Kalo yang kat bandar, mungkin ada yang tak kenal pun tapai tu camne.
Kalo korang rujuk kat Wikipedia, tapai ni salah satu makanan tradisional . Kira warisan dari nenek moyang dulu dulu la. Aku pun kurang pasti camne sejarah tapai ni tapi yang aku pasti, aku sangat menyukai tapai lelebih lagi tapai pulut.
Arwah nenek aku salah sorang pakar dalam membuat tapai pulut ni. Sempat jugak la diperturunkan kepakaran dia tu kat makcik aku dan sempat jugak la aku belajar sama cara cara pembuatan tapai pulut warisan nenek aku ni.
Orang kata kalo nak buat tapai ni banyak pantang larangnya. Aku tak pasti la sebab arwah nenek aku tak pernah cakap pun pasal pantang larang ni.
Hari ni aku nak perturunkan lak ilmu tapai pulut ni kat korang yang berkenan nak mencuba. Bahan utama yang diperlukan mudah je. Hanya beras pulut dengan ragi je.
*Tips : kalo nak beli ragi tu pastikan beli ragi yang untuk buat tapai sebab kalo terguna ragi untuk buat roti nanti tapai tu jadi masam.
Ni la rupa ragi untuk membuat tapai tu |
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengukus beras pulut tu tadi sehingga masak. Lepas dah masak pulut tu tadi, biarkan sehingga sejuk keseluruhan.
*Tips : Letakkan ragi tu kat atas penutup pengukus tu agar panas sebab kepanasan tu akan 'menghidupkan' lagi ragi tu.
Sesetengah orang, tapai pulutnya berwarna hijau. Pernah jumpa ? Camne nak kasi jadi berwarna hijau tu ? Bukan letak pewarna ye. Korang cari daun pokok cekur manis atau nama lainnya asin asin, dah basuh bersih tu korang kisar daun tu tadi bersama air. Tapiskan sisa daun tu, pehtu pulut yang dikukus tadi tu samada digaul dalam air daun cekur manis ni atau korang buat la camne pun supaya rata sebati dengan pulut tu.
Ni la rupa daun cekur manis @ asin asin |
Lepas dah sebati tu, toskan airnya pehtu kukuskan semula agar tidak terlalu basah pulut tu tadi. Kemudian bila dah agak kering dan masak, sejukkan pulut secara keseluruhan. Maksudnya sejuk betul la luar dalam.
*Tips : Boleh jugak korang mula mengaul pulut bersama air daun cekur ni bila pulut tu dah agak nak masak.
Selepas selesai proses penyejukan tu, ragi yang tadi tu korang hancurkan sehingga menjadi serbuk. Kemudian gaulkan ragi tu bersama pulut tu tadi hingga sebati. Agak agak la kuantiti ragi tu tadi. Kalo terlalu banyak takut tapai tu terlalu cepat sangat 'masak'nya. Kalo terkurang, nanti kurang pulak rasa tapainya.
Bila dah gaul rata tu pulut dengan ragi tu. Korang dah boleh mulakan proses pemeraman. Pastikan proses pemeraman tu didalam bekas yang bertutup dan tidak didedahkan kepada suhu yang panas. Ala ala suhu bilik pun ok la tu.
Selain diperamkan dalam bekas, boleh jugak terus dibungkus dalam daun pisang ke, daun getah ke. Caranya yang diajar oleh arwah nenek aku, sediakan sedikit air suam bercampur sedikit gula untuk mencelup tangan semasa proses mengepal. Maknanya celupkan tangan dalam air suam bergula tu tadi pehtu kepalkan pulut tu dan bungkuskan dalam daun pisang atau daun getah. Lakukan proses ni berulang ulang.
Sesetengah orang akan mendapati tapai pulut ni sedikit 'panas' bila makan banyak. Rahsia kepanasan tapai pulut ni sebab selain diletakkan gula dalam air celupan tangan untuk mengepal tu, boleh jugak letakkan sedikit serbuk lada sulah. Biasanya orang banjar suka la tapai pulut yang 'panas' ni.
Selepas siap proses pembungkusan, boleh la diperamkan tapai tu tadi dalam bekas yang bertutup selama beberapa hari. Agak agak dua tiga hari tu, cuba la tengok hasilnya. Kalo dah berair tu, rasa pun menggoncang selera, boleh la dimakan begitu saje atau moden sikit layan ngan aiskrim.
Ni la rupa tapai pulut yang telah siap untuk dimakan |
Kalo nak sedap lagi lepas dah sempurna pemeraman tapai tu, korang boleh simpan dalam peti sejuk. Lebih lama tapai ni tersimpan akan membuatkan rasanya semakin enak.
Ada orang pernah cakap apesal tapai yang dibuat tu masa peram tu jadi macam berkulat atau merah. Masalah camtu adalah sebab penggunaan ragi yang kurang sesuai, terlebih letak ragi masa nak menapai tu dan pulut tu tak cukup sejuk semasa digaul dengan ragi.
Pada yang nak mencuba, selamat mencuba dan semoga berjaya. Kalo tak berjaya, tingkatkan usaha hingga berjaya ke menara gading. Eh, apa aku merepek ni la ?
dah lame xmakan tapai ubi.eh,tetibe kan?heh~ :P
ReplyDeletems nenek sy masih sihat...dia mmg rajin buat tapai ni..
ReplyDeletetapi cara dia complecated ler..buat tak boleh ramai2 la..kena buat dlm bilik tertutup la..haih macam2...
sy pernh gak dgr2 org ckp..perempuan yg sedang period tk boleh buat tapai...nnti tapai jadi merah...
jom ke APA KATA HATI pulak,
GiveAway EdY : Awak Busuk!
time kasih sbb kongsikan tips dan respi..pasti akan dicuba.. (sblm ni dh pernah buat, tp fail laa..)
ReplyDeletetak pnah makan tapai. bau dia xtahan la..;D
ReplyDeletetak penah amik tau buat dia macam mana. tau makan saja. muehehe!
ReplyDeletealeen aiden :
ReplyDeletetapai ubi ? tak berapa minat sangat la..aku gila tapai pulut je..hehehe
nabilah_2908 :
ReplyDeletehehehe..memang ada dengar gak camtu..tapi alasan je tu..mungkin tak nak tunjuk resipi rahsia kot..hehehe
Noorma Ismail :
ReplyDeleteselamat mencuba hingga berjaya..
♥cik cahya♥ :
ReplyDeletesedap woo..rugi la kalo tak makan..
Alexandriana Alia :
ReplyDeletehehehe..blaja blaja la buat..resipi warisan ni tau..
aku tak makan tapai, so tak blh nak try lah resepi ni, hehehehehe~
ReplyDelete;p
btw, aku tag ko http://hanysapek.blogspot.com/2011/01/giveaway-edy-awak-busuk.html
ReplyDelete;D
den tak minat tapai
ReplyDeleteP/S : Siapa Yang Pernah Pergi Brunei? Apa Yang Seronoknya Di Sana?
ui..sedapnye...post kat saye skit..sbb, org kampung kate, kalo jiran dh tau, kene bagi..kalo x, dosa...=P
ReplyDeleteh A n Y S :
ReplyDeleterugi la ko tak makan tapai..sekali ko cuba mesti nak lagi..ahahaha..
tenkiu la tag aku tu..
hans :
ReplyDeletehehehe..tak pernah cuba ye ?
Chempaka Sari :
ReplyDeletenak kene pos ke ? orang kampung cakap kalo pos nanti takut tak sempat sampai lak..abis kat pejabat pos tu je..heheehe
aku lg suka tapai ubi...dah lama mak aku xbuat..nnt suruh dia buat la
ReplyDeletenak tapai ubi!!! kekeke
ReplyDeleteE.d.Y :
ReplyDeleteaku kurang sikit makan tapai ubi ni..tapi kalo tapai ubi yang dah lama simpan sampai lembut giler tu aku makan la jugak..
AesyaZealous :
ReplyDeletenak tapai ubi ? insyaAllah lain kali aku perturunkan lak ilmu tapai ubi..hehehe